Pengikut Blog Ini

Wednesday, May 27, 2009

Gergasi England atau Gergasi Sepanyol...?


Pertembungan epik dua kelab terbaik Eropah malam ini bakal menyaksikan satu persaingan yang menarik. Turun dengan misi mempertahankan kejuaraan, United sudah pastinya tidak akan membiarkan barisan serangan Barca bermaharajalela di kubu pertahanan.

Lebih menarik, mungkin pertembungan dua pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi dan Christiano Ronaldo bakal menyajikan satu persembahan berkualiti dalam pertembungan kemuncak bagi pasukan-pasukan terbaik Eropah.

Barcelona yang juga memburu trofi ketiga mereka musim ini sudah pastinya tidak mahu berputih mata. Mereka sudah pastinya mahu menebus kehampaan musim lalu apabila tewas kepada United pada peringkat separuh akhir.

Kepada semua peminat bola sepak jangan lupa untuk menyaksikan pertembungan dua gergasi ini. Kita bakal melihat aksi bola sepak sebenar...

p/s : Gergasi England atau Gergasi Sepanyol...?

Tuesday, May 26, 2009

Manik Urai : BN Memulakan Kempen


Ibarat sebuah pasukan bola sepak yang baru di naikkan pangkat ke liga utama, BN berkobar-kobar semangatnya untuk memenangi Pilihanraya selepas ini, setelah tewas dalam kesemua pertandingan di Semenanjung termasuk yang terbaru tidak meletakkan calon di Penanti.

Seperti biasa media pro-kerajaan melaung-laungkan pelbagai kata-kata semangat dan slogan. Terbaru, hari ini Utusan melaporkan bahawa BN akan sedia menerima asakan pembangkang (klik sini) untuk memenangi Pilihanraya yang bakal di adakan di Manik Urai setelah penyandangnya meninggal dunia akibat masalah kesihatan

Seolah-olah sudah menjadi satu skrip mungkin kenyataan-kenyataan seumpama ini dilaung-laungkan. Pada akhirnya tersungkur. Bila tersungkur maka dialog seterusnya ialah akan mengkaji dan membuat post mortem. Itulah jalan ceritanya. Bak drama Melayu yang boleh dibaca jalan ceritanya walaupun baru bermula.

Dialog lain yang selalu di pakai bila tersungkur ialah adat pertandingan. Mesti ada kalah, mesti ada menang. Wake up bro.. Dialog-dialog cover line ni orang dah jemu dengar. Dah jadi bahan gelak je kat kedai-kedai kopi. Hehe...

Ape-ape pun selamat berjuang kepada PAS untuk mengekalkan kerusi Manik Urai di tangan PR. Kepada BN, taburlah duit anda banyak-banyak untuk rakyat disana. Harap-harap dapat tarik undi. Macam biasa la kan. Hehehe...

p/s : Kisah lawak BN bakal bermula...

Selamat Datang Ke Peringkat Tertinggi




Entri yang sebelumnya aku cerita pasal dramatiknya EPL musim ini dengan tersingkirnya kelab-kelab berpengaruh seperti Newcastle dan Boro.

Tapi entri kali ni aku nak bagi tabik hormat kepada pasukan-pasukan yang dinaikkan pangkat ke liga perdana musim depan. Pasukan-pasukan tersebut ialah Wolverhampton Wanderes, Birmingham City, dan Burnley.

Tiga pasukan ini adalah tiga pasukan terbaik daripada Liga Kejuaraan (Championship) yang dinaikkan pangkat pada musim depan untuk bersaing dengan kelab-kelab besar seperti Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

Mungkin pasukan yang paling gembira adalah Burnley kerana setelah 33 tahun ini adalah kali pertama mereka dapat bersaing di peringkat tertinggi.

Kepada pasukan-pasukan dominan dalam Liga Perdana ini adalah cabaran baru buat mereka setelah dua daripada tiga kelab yang di naikkan pangkat musim lepas iaitu Hull dan Stoke berjaya menempatkan diri mereka untuk bersaing pada musim depan sehingga tergelincirnya pasukan besar seperti Newcastle.

Paling membanggakan adalah Stoke City yang berjaya menempatkan diri mereka di pertengahan liga pada musim pertama mereka dalam Liga Perdana.

Semoga kehadiran pesaing baru dalam Liga Perdana musim depan dapat merancakkan lagi persaingan dalam liga.

p/s : Jangan main untuk satu musim saje macam West Brom dan Derby County..

Monday, May 25, 2009

Kisah Si Lelaki Dan Si Perempuan....


Ade satu kisah dahulu kala.. Seorang lelaki yang bersimpati terhadap rakan perempuannya yang dikecewakan oleh kekasih nya. Kisahnya bermula apabila tanpa sengaja si lelaki terserempak dengan rakan perempuannya itu.

Oleh kerna si perempuan itu tidak tahu kemana arah tujunya maka si lelaki itu mengajaknya untuk bersama-sama menenangkan fikiran. Si perempuan itu menceritakan segala permasalahannya kepada si lelaki tersebut.

Si lelaki dengan penuh dedikasi memberikan pendapat tentang permasalahan yang dihadapi oleh si perempuan. Maka daripada situlah mereka berhubungan dengan lebih rapat. Daripada rakan yang hanya dikenali dari jauh, si lelaki dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan si perempuan.

Hari berganti hari. Dalam diam si lelaki menaruh perasaan terhadap rakan perempuannya itu walaupun dia tahu yang si perempuan itu sangat sayang kepada kekasihnya itu. Oleh sebab itu, si lelaki terus berusaha menyokong si perempuan yang telah hilang semangatnya dek penangan kekasihnya yang curang itu.

Si lelaki sanggup berkorban apa saja demi si perempuan itu walaupun dia tahu yang si perempuan tidak akan mungkin memandang kepadanya. Apabila ada cerita tersebar yang mengatakan si lelaki cuba untuk menakluk hati si perempuan maka dengan tidak semena-mena si perempuan menjauhkan dirinya daripada si lelaki.

Maka si lelaki merasa sedikit terkilan kerna segala pengorbanan nya kepada si perempuan seolah-olah tidak dihargai. Bukanlah mengharapkan balasan tetapi cukuplah sekadar ucapan terima kasih. Tidak pernah terlintas di fikiran si lelaki untuk menagih kasih daripada si perempuan walaupun si lelaki pernah berperasaan sedemikian.

Mungkin sehingga kini si perempuan masih lagi berasakan sedemikian..

Rampasan Kuasa Dalam PPP..?



Nampaknya PPP masih tidak lagi stabil untuk menjadi sebuah perti yang memperjuangkan hak rakyat. Kisah pergolakan dalaman PPP semakin meruncing apabila T.Murugiah yang telah dipecat daripada parti itu bertindak mengishtiharkan dirinya sebagai presiden parti setelah mengadakan EGM semalam. (klik sini)

Walaubagaimanapun, M.Kayveas menafikan perlantikan itu dengan mengatakan bahawa perlantikan itu tidak sah dan melanggar perlembagaan parti. Dalam erti kata lainnya, PPP semakin celaru dan haru dek kerna perebutan kuasa dalam parti. Boleh lah diibaratkan sebagai satu badan yang mempunyai dua kepala; cacat..!

EGM yang diadakan itu tidak dihadiri oleh Kayveas yang menghadiri Perhimpunan Agung PPP di Johor Bharu. Bolehkah senario terbaru yang berlaku dalam PPP ini ditafsirkan sebagai rampasan kuasa..?

Mungkin ini adalah jangkitan daripada Perak yang mempunyai 2 Menteri Besar. Yang membezakannya adalah di Perak antara BN dan PR. Tetapi dalam PPP melibatkan 2 pemimpin dalam BN.

Nampaknya, PPP semakin tidak sehaluan. Dalam satu kapal ada 2 nakhoda. Satu nak ke kiri, satu lagi nak ke kanan. Mana mungkin satu kapal dapat menghala ke dua arah yang berbeza pada waktu yang sama. Tapi itulah yang telah berlaku dalam PPP sekarang.

Nampaknya satu lagi cabaran buat Najib datang tidak di undang...

p/s : Apa kata Najib...

Penutup Dramatik Saingan EPL...




Pada pandangan aku, saingan Liga Perdana Inggeris musim ini adalah antara musim yang paling sengit dan dramatik. Bukan setakat persaingan sengit untuk menakluk takhta liga malah persaingan untuk mengelakkan keciciran ke liga bawahan.

Dalam perlawanan terakhir hari ini, Hull City adalah antara pasukan yang paling gembira walaupun tewas 0-1 kepada barisan muda United di KC Stadium. Gembira kerana masih lagi dapat bersaing dalam liga perdana setelah tewasnya pesaing terdekat iaitu Newcastle kepada Villa.

Antara pasukan lain yang terpaksa melupakan saingan liga perdana musim depan selain Newcastle ialah Middlesbrough dan juga West Brom.

Sungguhpun demikian aku tetap nak bagi credit kat barisan muda United kerana memenangi perlawanan malam ini. Hehe.. United nampaknya tidak ketandusan pemain pelapis untuk terus menjadikan pasukan ini mantap pada masa depan.

Tahniah kepada pasukan-pasukan yang masih lagi kekal dalam liga perdana dan tahniah juga kepada Manchester United kerana masih mengekalkan kejuaraan untuk musim ketiga berturut-turut.. Love United Forever..

p/s : Macam mane agaknya kalau Liverpool yang kene relegate.. Hehe...

Sunday, May 24, 2009

Bak Kata Pepatah UMNO "Gimik Politik"


Aku sebenarnya macam malas nak tulis banyak pasal cerita-cerita politik dalam blog ni. Tapi kadang-kadang tu tak tahan. Mesti nak tulis jugak. Hehe.. Aku ade terbaca satu laporan akhbar yang mengatakan bahawa ratusan ahli UMNO di Perlis akan keluar beramai-ramai dari parti. (klik sini) . Adakah ini benar-benar satu mainan politik atau bak kata UMNO "gimik politik" atau sememangnya parti itu sudah tidak begitu relevan lagi hari ini?

Ini hanyalah sekadar pandangan aku. Mungkin ade yang tak bersetuju. Pada aku, mungkinlah benar ini sebagai gimik politik untuk menarik perhatian pucuk pimpinan UMNO kerana puak-puak yang duk canang nak keluar ni adalah orang-orang yang dikatakan tak mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan parti.

Alah, macam satu keluarga la. Mak bapak tak bagi perhatian anak nak lari dari rumah. Daripada satu sudut yang lain, ini mungkin juga sebagai satu perangkap politik untuk menjerat Pakatan Rakyat seperti mana yang telah berlaku di Perak sebelum ini. Baru seminggu masuk PR, tup tup masuk UMNO balik. Siap bawak 3 ekor makhluk tu sekali. Semua orang tahu rasanye. Tak payah la aku cakap sape.

Selepas daripada peristiwa itulah aku merasakan bahawa kalau puak-puak UMNO nak keluar parti dan join PR, aku berpendapat ada baiknya diselidik terlebih dahulu apa niat mereka sebenarnya. Jika benar mahu berjuang bersama PR, dan tinggalkan UMNO alhamdulillah. Tapi jika sekadar nak tarik perhatian tak payah. Aku tahu yang PR memerlukan lebih ramai sokongan, tetapi dalam pada itu, mereka juga seharusnya lebih berhati-hati dek permainan politik hari ini, lebih-lebih lagi dalam menghadapi putar belit parti pemerintah.

Semoga PR terus mendapat tempat di hati rakyat dan melaksanakan tanggungjawab mereka demi rakyat...

p/s : Nak keluar biar betul-betul.. Jangan nak main-main...

Saturday, May 23, 2009

Jangkaan Yang Tepat - Tiada Kekhilafan


Seperti yang dijangkakan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan semalam akan memihak kepada Zambry dan BN. Maka dengan dengan itu maka krisis yang semakin meruncing hari ini akan terus meruncing kecualilah BN sangat-sangat ''gentlemen'' untuk turun padang menyerahkan semula kuasa kepada rakyat untuk memilih.

Maka dengan itu juga, media-media arus perdana tidaklah payah bersusah payah nak buat ayat seperti apa yang telah berlaku 11 Mei lalu apabila Mahkamah Tinggi memutuskan Datuk Seri Nizar sebagaai MB yang sah. Berputar belit lidah untuk memastikan laporan yang disampaikan tidak dilihat sebagai "pro-Nizar"

Walauapapun keputusannya, aku masih berpegang kepada prinsip kebenaran pasti datang walaupun kadangkala kebenaran itu datang dalam keadaan yang amat menyakitkan. Mungkin bagi majoriti rakyat Perak ini adalah satu penantian yang amat menyeksakan.

Berdoalah semoga segala perbalahan yang berlaku dapat diselesaikan sebaiknya dan BN begitu "gentle" untuk membubarkan DUN bagi memulangkan semula kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Keputusan ini adalah seperti yang dijangka, tiada kekhilafan....

p/s : Rakyat Perak menanti....

Saturday, May 16, 2009

Juara Itu United....


Akhirnya United berjaya untuk menamatkan kempen EPL di tangga teratatas selepas mencatat keputusan seri 0-0 dengan Arsenal walaupun masih berbaki satu lagi perlawanan.

Tahniah kepada wira-wira United (gambar). Hehe.. Kepada Liverpool, boleh la cuba lagi musim depan. Untuk rekod ini adalah kejuaraan liga ketiga berturut-turut buat United.

Semoga kecemerlangan ini akan berterusan untuk musim depan. Glory..Glory.. Love United..

p/s : Menanti Final Champions League 28 May ini...

Friday, May 8, 2009

Yang Haram Tetap Haram....





Sakit hati dan kecewa apabila melihat kemuliaan DUN dicemari oleh puak-puak yang berkepentingan. Apa yang berlaku di DUN Perak hari ini aku lihat sebagai sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

Jika BE_END mengatakan mereka tidak merampas negeri Perak daripada PR, tetapi mereka dengan jelas terang dan nyata merampas kerusi Speaker. Speaker DUN Perak, V. Sivakumar diheret oleh puak-puak BE_END bagi merealisasikan impian mereka merampas kerusi tersebut. Tiada adab dan tatasusila. (klik sini)

Entah apa lagi yang bakal berlaku dalam hari-hari yang seterusnya. Kalau BE_END ''gentle'' biar rakyat yang menentukan. Jangan kata Pilihanraya itu pembaziran. Jika sehingga ke tahap ini DUN dicemar dek kerna perbalahan siapa yang berkuasa, aadalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk menghakimi siapa yang dimahukan mereka.

PENGECUT sahaja yang duk canang satu Malaysia dapat sokongan tapi tak de bukti yang mereka ada sokongan. Huh. Penat dah aku tengok krisis yang tak berkesudahan ini. Sedangkan aku yang BUKAN rakyat Perak ini pun merasa sesak jiwa dan raga melihat kemuliaan Dewan dicemari, apatah lagi rakyat Perak itu sendiri. Bak kata pepatah, "Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya"

Semoga demokrasi di Perak kembali subur dan hak rakyat dikembalikan.. Jalan terbaik, bubarkan DUN dan biar rakyat Perak yang menentukan.

Gambar atas : MB lantikan rakyat
Gambar bawah : MB lantikan katak

p/s: Sentiasa percaya bahawa kebenaran akan muncul jua akhirnya...

Wednesday, May 6, 2009

Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kebudayaan Islam..?


Semalam, Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyempurnkan pelancaran Kuala Lumpur sebagai Pusat Kebudayaaan Islam. Malaysia yang terpilih untuk mewakili rantau Asia sebagai kota kebudayaan Islam dilihat begitu komited untuk menghapuskan persepsi Barat terhadap Islam. (klik sini)

Dalam pada menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kebudayaan Islam aku berpendapat bahawa, umat Islam di negara ini seharusnya memainkan peranan yang penting dalam membawa imej Islam yang sebenar. Jika kita lihat hari ini, corak hidup masyarakat Islam di negara ini masih tidak begitu mencerminkan gaya hidup dan budaya Islam yang sebenar.

Malah dalam sektor pentadbiran negara juga tidak begitu menggambarkan kebudayaan Islam diterapkan. Pengamalan rasuah dan salahguna kuasa masih lagi berleluasa dalam kerajaan. Adakah ini budaya Islam yang sebenar? Aku bukanlah seorang begitu pandai dalam bidang agama, tetapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk menyuburkan gaya hidup Islam yang sebenar.

Bukan ditujukan kepada siapa-siapa, tetapi ini adalah realiti hari ini, ditambah lagi dengan permasalahan sosial dalam kalangan remaja menambahkan lagi cabaran untuk menyuburkan budaya Islam di Malaysia. Kita tidak mahu lihat pembangunan budaya Islam secara fizikal semata-mata tetapi perlu juga dalam pembangunan rohani.

Untuk rekod program ini akan berlangsung sehingga Disember ini.

p/s : Perkara pokok di sini adalah perlunya satu gaya hidup Islam yang sempurna.

Sistem Biometrik Untuk PRU.


Ini adalah satu cadangan terbaru yang telah dikemukakan oleh SPR bagi memastikan sistem pilihanraya di negara ini lebih telus dan sistematik. Dengan menggunakan sistem biometrik.(klik sini) Mungkin memerlukan kos yang agak tinggi tapi cara ini dilihat boleh menghalang sebarang penipuan daripada segala jenis bentuk''hantu'' yang muncul apabila tiba musim pilihanraya.

Cara konvensional yang digunapakai kini dilihat sudah tidak praktikal lagi dan seharusnya diganti dengan satu sistem yang lebih maju dan telus lagi efisien. Pada aku pelaburan yang perlu dibuat untuk menggunakan sistem biometrik ini sangat-sangat berbaloi dan mempunyai pulangan pelaburan yang baik (ROI) kepada sistem demokrasi di Malaysia.

Jika teknik ini berjaya di bawa masuk ke dalam sistem pilihanraya di Malaysia aku yakin makhluk-makhluk yang dikatakan sebagai pengundi hantu itu mungkin dapat dikekang daripada terus menghantui sistem demokrasi di negara ini.

SPR seharusnya menimbangkan cadangan ini agar kredibiliti SPR sebagai badan bebas untuk menguruskan pilihanraya di negara ini tidak tercalar dan diperkotak-katikkan. Semoga sitem biometrik ini akan dapat dilaksanakan tanpa sebarang alasan lagi seperti alasan yang muncul apabila penggunaan dakwat untuk PRU-12 yang lepas dibatalkan.

p/s : Menanti demokrasi benar-benar subur di Malaysia....

Selamat Datang Ke Rome...



Mudah. United melangkah dengan penuh bergaya ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara apabila membenam cabaran Arsenal di peringkat suku akhir hari ini dengan aggregat 4-1. Maaflah Arsenal, tiada lagi piala untuk anda musim ini. Hehe..

Ternyata Arsenal seakan-akan mati langkah apabila ketinggalan 2 gol apabila permainan baru berusia 11 minit apabila Park Ji Sung meletakkan United di hadapan pada minit kelapan sebelum Ronaldo menambah lagi derita buat tuan rumah dengan freekick menarik 3 minit kemudian. Rentak kecemerlangan ini berterusan apabila Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 61. Malang buat Fletcher apabila terlepas peluang beraksi di final apabila menerima kad merah setelah melakukan kekasaran dan menyumbang kepada gol tunggal Gunnners dalam perlawanan ini.

Walauapapun, tahniah buat para pemain. Permainan gaya United inilah yang dimahukan oleh seluruh fan United. Jumpa di Rome untuk menjadi pasukan pertama untuk mengekalkan piala bagi 2 musim berturut-turut.

Semoga 2 kejuaraan yang masih tinggal ini (EPL dan CL) akan menjadi milik United bagi melengkapkan misi memenangi 4 piala musim ini selepas gagal untuk bersaing merebut Piala FA untuk kemenangan 5 piala..

p/s : Siapa lawan United di Final CL...

Monday, May 4, 2009

Pak Cik Chua Nak Melompat..?


Hahaha... Ni satu lagi cerita lawak dalam MCA. Chua Soi Lek nak pertimbangkan untuk menyertai pembangkang kerana dilihat kurang diberi peranan dalam parti. Ni kira macam kes merajuk la. Tak dapat yang sepatutnya nak ugut keluar parti. (klik sini)

Tak payah la Pak Cik Chua oi.. Kekal jelah anda dalam MCA tuh. Jangan nak rosakkan Pakatan Rakyat pulak. Terima kasihlah atas pertimbangan untuk melompat itu. Pada aku, tidak perlulah seorang yang bermasalah walaupun berpengalaman masuk ke dalam PR.

Kepada MCA, jagalah baik-baik parti anda. Jangan sampai orang nombor 2 MCA ni lompat masuk pembangkang. Aku tak rela. Mintak maaf la ye pakcik Chua. Teruskanlah membantu PM kite dengan slogan ''Satu Malaysia'' beliau yang kosong tu. Hehe...

Kepada PR, jangan mudah terpedaya dengan permainan seumpama ini...

p/s : Mengamalkan Dasar Tutup Pintu kepada yang bermasalah...

Aku Bukan Musuh Harta



Lagu ni sebenarnya dah keluar lama dah. Tapi baru hari ni aku jumpa. Hehe.. Maklumlah ketinggalan keretapi.. Haha.. Membawa maksud yang mendalam dan telah di BAN di RTM. Tapi tak tahu la aku sekarang ni kene BAN lagi ke tak.. Huhu... Credit untuk pencipta lagu ini, Dr Asri..


p/s : Paham-paham la yek sebab ape kene BAN.. :)

Tindakan Siva Tepat.


Dalam menuju kepada tarikh persidangan DUN Perak 7 Mei ini, tindakan untuk hanya membenarkan sebahagian petugas media untuk membuat liputan dalam persidangan kali ini dilihat sebagai kurang tepat dan tidak mendokong kepada prinsip-prinsip kebebasan media.

Oleh yang demikian, berlandaskan kepada prinsip tersebut Speaker DUN Perak, V.Sivakumar(gambar) telah memutuskan agar semua pihak media yang dihalang untuk membuat liputan dalam persidangan 7 Mei ini agar membuat permohonan kepada pejabat speaker untuk membolehkan mereka membuat liputan.(klik sini)

Tindakan Siva ini aku lihat sebagai tepat bagi memastikan laporan yang disampaikan tepat dan memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat ketelusan dalam peyampaian laporan kepada mereka.

Tindakan ini adalah berlandaskan kepada bidang kuasa speaker mengikut Perintah 84 yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil jurnal (wartawan) menghadiri persidangan Dewan.

Tahniah kepada Sivakumar kerana berani untuk menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya bagi menjamin demokrasi dan kebebasan media terus dipertahankan. Bak kata rakan aku "Satu Malaysia Di Belakang Siva untuk mempertahankan demokrasi yang dihancurkan oleh BN"

Kepada media, laporkan kebenaran. Jangan jadi Pak Turut yang hanya tahu mengangguk walaupun salah. Kepada BN, rakyat akan menuntut hak mereka. Kebenaran pasti menang.

p/s : Kerajaan Haram semakin terdesak.....

Saturday, May 2, 2009

Jutawan Baru


Keluar sebentar daripada kehangatan suasana politik semasa dan menyerangnya wabak selsema babi, hari ini seorang lagi jutawan muncul di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Tomok yang menang One In A Million (OIAM) semalam. Aku tak la follow sangat pun rancangan ni, tapi entah macam mane aku tertonton malam semalam

Haha.. Aku ingat lagi dulu masa mula-mula mamat ni masuk jadi penyanyi, muka jambu jer.( tengok gambar atas ni) Hehe... Sekarang ni dah jadi jutawan. Erk.. Muka jambu tak boleh jadi jutawan ker..?

Sekarang ni macam-macam cara boleh jadi jutawan segera. Masuk pertandingan minum kopi pun boleh jadi jutawan. Apa-apa pun aku "salute" lah dengan Tomok walaupun aku bukan minat sangat pun tapi kejayaannya yang boleh hilangkan ''suara-suara'' sengau masa menyanyi tu membuatkan aku kagum sebentar.. Haha.. Ingat masa dalam NewBoyz tu aduyai.... Pelik bebenor bunyinyer.. Hehe..

Anyway, tahniah kerana menang. Jangan lupa kemenangan tu pun sebab orang undi. Kalau tak harapan lah nak menang.. Huhu.. Kepada yang kalah pun selamat maju jaya. All the best...

p/s : Aku tengok si Tomok ni je semalam. Yang lain aku tak tengok pun. Hehehe...

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja



Bersempena dengan Hari Pekerja hari ini, aku ingin mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di luar sana. Dapatlah kalian merehatkan diri dirumah seharian walaupun bukanlah semuanya bercuti bukan..

Antara golongan-golongan yang tak bercuti sudah tentulah anggota-anggota keselamatan, DJ-DJ Radio, dan juga orang-orang yang terlibat dalam bidang penyiaran. Doktor pun ade yang tak cuti.. Huhu..

Ape-ape pun semoga para pekerja dapat meningkatkan kualiti kerja mereka selepas ini. Tanpa pekerja siapalah majikan..

Selamat Hari Pekerja...

p/s : Makna Hari Pekerja bagi aku = CUTI... Hehe... (Tak kerja pun lagi...Huhu..)