Apa beza blogger pro UMNO dan blogger pro Pakatan.. ? Aku dulu malas nak tengok blog mereka yang pro UMNO ni.. Sebab kadang-kadang tu nak termuntah di buatnya.. Hujah-hujah yang disampaikan terlalu cetek dan mudah sangat nak di patahkan...
Apabila membaca blog pro UMNO ni kita akan dapat melihat satu perbezaan yang amat jelas... Perbezaan yang amat ketara dalam penulisan blogger pro UMNO ni adalah penggunaan bahasa yang tidak sesuai dan kesat sekali memaki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat dan penuh dengan pendustaan dan fitnah semata-mata... Kebanyakan mereka adalah begitu corak penulisannya... Aku tak jumpe lagi satu blog pro UMNO yang baik susun atur bahasanya jika dibandingkan dengan kebanyakan blogger-blogger pro Pakatan yang lebih kritis mengkritik.. Bukan caci maki yang terhambur tanpa sebarang asas yang kukuh..
Lagi satu perbezaan yang aku dapat lihat blogger pro Umno ni adalah mereka tiada usaha langsung untuk mempertahankan apa yang telah mereka tulis.. Tiada satu komen balas pun dihantar untuk menjawab persoalan yang aku timbulkan tentang apa yang mereka tulis.. Sebagai contoh blog Kamalfarysa ni.. Salah seorang blogger pro Umno yang aku fikir gagal dalam mengukuhkan hujahnya.. Aku masih menunggu komen balas daripada beliau.. Tapi sehingga kini tiada satu pun komen yang di hantar untuk counter balik apa yang aku utarakan..
Bukanlah nak kata blogger yang menggelarkan diri sebagai ''Blogger Pembela Negara'' ni kurang bijak berhujah atau apa pun.. Tetapi itulah hakikatnya... Bukan aku cakap.. Tapi tindakan mereka membenarkan apa yang dikatakan..
Kepada semua blogger, jagalah etika penulisan anda... Walau sebenci mana pun kita kepada seseorang, kita tiada hak untuk menghina dan memfitnah mereka.. Gunakanlah perkataan-perkataan yang berhemah.. Bukan caci maki kerana penulisan itu menggambarkan siapa diri kita sebenarnya..
Yang paling penting, pastikan apa yang dikatakan itu benar.. Bukan hanya omongan kosong dan telahan semata-mata.. Fakta itu yang utama..
p/s : Bilalah penulis blog Kamalfarysa ni nak counter balik komen aku...
Aku tak boleh buka blog tu. Ada virus, menurut Google Chrome. Apakah?
ReplyDeletesalahtaip,
ReplyDeleteHaha.. Banyak sangat kejahatan kot... Sebab tu x leh bukak.. Google Chrome pun tau... =p
Boleh je bukak blog tu kalau guna firefox.betul la kata ngko blog 2 mcm sampah....xde fakta bernas pun...m'carut je lebih...
ReplyDeletepenulisan yg berterabur. penuh kebencian. warasnya kurang. emosi. mungkin ia adalah kali terakhir aku bukak blog tu.
ReplyDeleteketerlaluankah kalau ia dianggap sbg blog sampah ?
rasanya tidak..
mayahalim89,
ReplyDeleteYup.. Ni salah satu la antara banyak lagi blog2 pro UMNO yang langsung tak bernas.. "Hebat" bukan penulisan mereka..? Hehe..
Pakcu,
Semoga blog kita tidak menjadi sampah sedemikian.. Walaupun condong ke sebelah pihak, biarlah rasional dan waras hujahnya...
wah..bagus la information ko ni...keep it up...
ReplyDeletefarah,
ReplyDeleteBaca tau blog yg agak sampah ni... Pnt aku buat link.. Hahaha..
Aku bukan blogger...aku sekadar story teller...(eeiii...tak sukalah blog tu...haramjadah???).
ReplyDeletezura,
ReplyDeleteTapi ade orang suka blog ni.. Hehehe...
kamal berkata...
ReplyDeleteSALAM REFORMASI....TERIMA KASIH LA DATANG KE DALAM BLOG INI....BUKAN TAK NAK BALAS KOMEN...TAPI SIBUK SIKIT...BUAT REFORMASI YANG BUDIMAN..YANG DATANG HARI BUKAN SAJA ORG UMNO TAPI PAS DAN KEADILAN PUN ADA...INILAH YANG DIKATAN ORANG ISLAM BERSATU HATI...YANG TAK BERSATU HANYA PEMIMPIN YANG SUDAH BUTA HATINYA MACAM 2 KHALID SERETA ANWAR DAN HH TERMASUKLAH TGNA....SIAPA LAGI YANG NAK PERTAHAKAN ISLAM KALAU KITA ORANG ISLAM...TAKAN KITA NAK SURUH NGAH KO HAM DAN GUAN ENG....SEPATUTNYA KAU PUN SAMA PERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA KITA...NI LAIN PULAK...KAU SOKONG KERAJAAN NAK BUAT KUIL DEKAT DENGAN ORANG ISLAM....APA KE JADAHNYA...MASA DALAM MASJID BILA ANAK KECIL KITA BUAT BISING PUN KITA MARAH APA LAGI LA NANTI KUIL HINDU DEKAT DENGAN MASJID..TENTU HILANG KEKUSYUKAN KITA BILA KITA SOLAT....SAYA HARAP KAU BUKA LA HATI DAN MATA....INGAT...ISLAM ADALAH UGAMA KITA....KITA SEPATUTNYA PERTAHANKAN UGAMA KITA BUKAN SOKONG KUIL...TENGOK APA JADI DENGAN ISU ARAK...SIAPA YANG BENARKAN ARAK DIJUAL DI SHAH ALAM KALAU BUKAN PAS DAN KHALID....MASA UMNO BERKUASA INI SEMUA TIDAK BERLAKU.....PASAL KILANG ARAK TU...MMG UMNO BAGI HANYA UNTUK BUKAN ISLAM...TAPI UMNO TAK BENARKAN PENJUALAN DI MANA UMAT ISLAM RAMAI SEPERTI DI SHAH ALAM....MANA PAS NAK PERJUANGKAN ISLAM...PAS HANYA PERJUANGKAN KUASA DAN PANGKAT...LU PIKIR LA SENDIRI...NANTI KITA JUMPA LAGIIIII DENGAN ULASAN YANG MENARIKKKK....TUNGGGUUUUUUUUUUU
LAMA MENCARI BARU JUMPA BLOG SAUDARA....APA APA PUN KITA TETAP SAHABAT..ITU YANG PENTING...SALAM DARI SAYA....http://kamalfarsya.blogspot.com/
SALAM BRO....SEBAGAI SEORANG RAKAN BLOGER SAYA LETAK LINK SAUDARA DALAM BLOG SAYA.....
ReplyDeleteSALAM SAUDARA....SAYA DAPATI KEDATANGAN SAUDARA TIDAK PERNAH DENGAN SALAM...APAKAH KITA HANYA DENGAN KATA OITTTT...LU PIKIR LA SENDIRI.....
ReplyDeleteSalam saudara Kamal.....
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan ke blog saya yang tak seberapa ni.. Ade beberapa persoalan yg sy ingin ajukan disini...
1. Adakah dengan menyokong pembinaan kuil itu bermakna tidak mempertahankan kesuciaan agama Islam..? Saya lihat jaraknya surau dengan kuil itu agak jauh juga.. Lagipun bukanlah setiap masa ada upacara kat kuil tu..
2. Dulu sebelum PR memerintah pun sy lihat di Shah Alam ni dah terjual ARAK di kwsn penduduk ISLAM.. Saya bg contoh di seksyen 8 misalnya, 7 Eleven di kawasan ni yg hanya sejengkal daripada surau ada menjual arak secara terbuka sejak sebelum kerajaan baru memerintah lagi.. Saya duduk kat shah alam ni sejak akhir 2006 lagi.. Dan itulah saya lihat.. Baru kini sy lihat tiada lagi arak dijual secara terbuka.. Atau mungkin juga telah tiada dijuala disitu.. Adakah saudara ingin berbohong..? Mungkin kerajaan sebelumnya terlepas pandang mungkin.. Kalau rajin boleh check balik Ahli Lembaga Pengarah CARLSBERG tu ade seorang Melayu Islam.. Ape yg UMNO buat..??
3. Kalaulah benar anda pejuang Islam yang sebenar, kenapa didiamka saja isu upacara di tugu negara yg majlis fatwa dah pun haramkan.. Kenapa diamkan saja bila mana suatu ketika dulu Dr Mashitah mempersendakan hukum hudud yakni hukum yg telah ditetapkan oleh Allah dalam Alquran.. Kenapa didiamkan saja penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kerajaan.. Kenapa..??
Maaflah kerna mengganggu kesibukan saudara kamal..
Salam saudara reformasi,
ReplyDeleteaku hairan kenapa kau nak muntah baca blog pro UMNO?jika kerana kata kesat, banyak blog pro parti politik lain tak kira parti politik apa yang menggunakan kata kesat. Mungkin disebabkan itu kau tidak pernah baca blog pro UMNO yang menggunakan bahasa yang sopan.
Aku memandang perkara ini berdasarkan puncanya. Aku memang tetap dengan komen aku sebelum ini iaitu sistem demokrasi ialah puncanya. Sebelum ini kau kata sistem pilihan raya akan mengeratkan perpaduan rakyat antara kaum di waktu pilihan raya. Perpaduan ini hanya boleh berlaku jika masing-masing menyokong parti politik yang sama.
Contohnya, ketika pilihan raya, adakah ahli PAS akan melawat khemah ahli UMNO dan bertanya 'amacam kempen?, ok tak?, ada apa-apa boleh aku tolong?'. Mustahil benar. Kalau ajak bergaduh, mungkin ya. Ini realiti semasa pilihan raya di Malaysia samaada umum atau kecil.
Tidak kira apa pegangan parti politik anda, jangan taksub. Jika anda taksub, maka akan butalah hati anda dan lupa agama anda.
Harap maaf jika terkasar bahasa. Aku hanya berpesan sabagai saudara se-Islam kalian. Mari kita bersatu sebagai saudara se-Islam.
salam....
ReplyDeletebanyak sebenarnye yang saya kurang setuju apabila sesuatu penulisan itu terlalu berpihak kepada yang dirasakan hampir setiap perjuangannye benar...dan pihak lawannye pula hampir semuanya salah...
ini bidasan saya kepada entri saudara:
1. kenapa dengan mudah saudara memilih sebuah blog pro UMNO/BN secara rawak kemudian menyerang penulis itu?kenapa tidak didedahkan blogger pro PR(DAP,PKR,PAS) yang saya rasa lebih ramai menggunakan ayat2 kesat (memang sejak dari dahulu lagi terkenal sifat ganas ini...sejak dari zaman Barisan Alternatif lagi)
2.mengenai hujah counter-attack yang saudara tidak berpuas hati itu...tidak perlulah nk menyerang pro-UMNO sahaja,sebab pro PR pun sama je...tiada isu rasanya mengenai perkara ini...contohnye..chedet x kan approve makian terhadap blognye...begitu juga amin iskandar yang bersikap sama...
3. kenapa saudara terlalu confident bahawa blogger PR sahaja lebih kritis mengkritik?tidakkah saudara mengkaji habis-habisan dahulu sebelum mengkonklusikan pendapat saudara ini?jangan hanya dengan menemui satu blog yang mungkin kurang matang...sudah ditemukan hasilnya...tidakkah saudara membaca blog2 pro-melayu/islam yang sgt rasional dan bernas ideanya serta tepat faktanya?
Salam saudara besi dan baju melayu,
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan dan kritikan anda berdua.. Saya akan cuba membaiki setiap kelemahan dalam tulisan-tulisan saya.. Ini hanyalah secebis pandangan saya yg mungkin agak sempit bagi seseorang yang lebih matang seperti anda berdua...
Untuk maklumam, tentang hujah counter attack tu saya hanya mahukan penjelasan.. Bukanlah tidak berpuas hati.. Semua komen telah di approve cuma penjelasan nya sahaja yg tiada.. Katanya sibuk dan saya terima itu..
Walaubagaimanapun terima kasih atas kunjungan saudara berdua walaupun bnyk kelemahan yang terdapat dalam tulisan2 saya.. Akan saya perbaiki drpd semasa ke semasa...Sebg org baru dalam penulisan ini saya terima segala kritikan dgn hati yg terbuka...
Kalau tidak keberatan bolehlah kiranya saudara baju melayu berikan alamat link kpd blog yg telah saudara maksudkan...
Terima kasih...
p/s : Tulisan saya memang condong kpd PR.. Sudah pun saya nyatakan diatas.. Lihat ruang "Salam Mesra Untuk Semua"
salam..
ReplyDeletejust nak bagi suggestion sebagai referens saudara, mengenai isu blogger UMNO picisan.
berikut adalah salah satu blog penulisan yg bg saya bukannya berunsur emosional,lebih matang dan lebih bersifat pengetahuan,fakta,dan muhasabah diri.
http://anginperubahan.blogspot.com/
(ini merupakan blog bekas pemimpin mahasiswa malaysia)
p/s: saya menganggapkn diri sebagai pembaca blog bebas yg tidak condong ke arah mane2 parti politik..
dan saya juga tidak mengajak saudara mempercayai sesebuah parti politik, kerana bagi saya, tiada satu pun politik ciptaan dunia yg bersih didunia ini. (sistem demokrasi,republik & sbg nye)
sistem khalifah sepatutnya menjadi pegangan umat islam masa kini.di situ lah sepatutnya perjuangan kita.
sekian, hrap maaf sekiranya kedatangan saya ni melulu
salam anonymous..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan saudara dan cadangan blog ini.. Pandangan dan kritikan adalah sangat dialu-alukan bagi membaiki sistem penulisan saya...