Pengikut Blog Ini

Thursday, January 28, 2010

Lenyap Sudah Ego City...


City tersungkur. Arsenal macam malas nak menang. Chelsea plak tak reti-reti nak kalah.. Tiga kesimpulan paling mudah yang aku boleh buat untuk match awal pagi tadi.. Aku sebenarnya nak tulis entri ni awal lagi.. Tapi pagi tadi tersangatlah mengantuk dan malas nak tulis ape-ape.. Hehe..

Apa-apa pun United berjaya melenyapkan ego City dalam pertembungan awal pagi tadi. Dan sekali lagi Rooney menjadi penyelamat apabila menanduk kemas bola hantaran Giggs pada waktu kecederaan... Nampaknya impian City nak ke final Carling Cup terkubur lah yek.. Hehe..

Dalam persaingan liga pula seperti dijangka kedudukan pendahulu liga kembali berubah apabila Chelsea kembali menerajui takhta liga setelah menang menentang Birmingham di Stamford Bridge. Arsenal pula gagal meraih tiga mata apabila hanya seri tanpa jaringan dengan Villa ; lawan United di final Carling Cup.

Seperti yang telah aku nyatakan dalam entri sebelum ini, walauapapun yang berlaku pertembungan Arsenal-United pada hujung minggu ini merupakan pertembungan yang paling utama bagi menghangatkan lagi perebutan juara liga bagi musim ini tatkala Chelsea berkemungkinan akan terus mengukuhkan kedudukan mereka di persada liga apabila turun menentang Burnley di gelanggang lawan.

Kepada City, piala FA masih ada untuk direbut dikala pesaing terkuat seperti Arsenal, United dan Liverpool (kuat lagi ke..?) tersingkir awal dalam kejohanan kali ini..

Buat Liverpool pula teruskan usaha kebangkitan anda atau barisan bintang anda akan melangkah keluar daripada skuad untuk musim yang akan datang...

Glory..Glory.. Man United...

p/s : Menanti dengan penuh debaran Super Sunday..!!

*********************************************************************************

Ramai Lagi Orang Kat Malaysia Ni Tak Cukup Makan..!


Aku masih terfikir akan perkara ini... Daripada satu sudut ada kebaikannya.. Tetapi jika dilihat daripada satu sudut yang lain aku berpendapat buat masa ini tidak perlulah dilaksanakan dahulu.. Hal ini adalah berkaitan dengan misi Perdana De Everest 2011. Perdana De Everest adalah satu misi untuk mendaki ke puncak tertinggi di dunia itu..

Pada hemat aku, keadaan ekonomi semasa kini tidak begitu mengizinkan untuk kita berbelanja untuk perkara-perkara yang kurang perlu seperti misi ini.. Apa gunanya mendaki ke puncak tertinggi itu sedangkan masih ada orang yang nak makan pun kadang-kadang tak cukup.. Perbelanjaan berjuta-juta nak panjat gunung tu semata-mata mahu dipandang oleh dunia? Come on lah.. Mungkin akan ada orang cakap aku ni berpandangan sempit sangat. Tetapi aku rasa lebih baik kita guna duit perbelanjaan tu untuk tolong orang yang susah.. Kan lebih bagus... Misi itu lebih baik ditangguhkan dahulu..

Terbaru, Rosmah menggesa agensi swasta tolong support perbelanjaan untuk misi ini dengan alasan sumbangan yang diberi oleh pihak kerajaan masih tidak mencukupi... Hurm.. Dah tau tak cukup tak perlulah bersusah payah nak pergi jugak.. Banyak lagi aktiviti yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara yang boleh dilakukan.. Kerja-kerja amal juga boleh dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan...

Akhir kata, aku tidaklah nafikan bahawa mendaki ke puncak tertinggi itu ada manfaatnya dalam menjulang nama Malaysia, tetapi buat masa ini aku rasa tiada keperluan terhadapnya.. Ramai lagi orang kat Malaysia ni TAK CUKUP MAKAN.!

p/s : Bantulah mereka yang lebih memerlukan...

*********************************************************************************

Tuesday, January 26, 2010

Bila Sibuk Menjelma...


Minggu yang sibuk... Nampaknya aku telah menghadapi minggu-minggu yang sedikit sibuk jika mahu dibandingkan dengan minggu-minggu yang sebelumnya... Assigment mula beratur untuk mengambil giliran disamping kuiz-kuiz yang menuntut aku untuk membuat sedikit ulangkaji. Kalau tidak menganga la aku.. Hehehe..

Dalam pada kesibukan itu, aku berharap dapat meluangkan sedikit masa dan ruang waktu untuk terus mencoret disini walaupun tiada apa yang nak diperkatakan.. Sekadar mengaktifkan ruang maya ini. Jangan sampai mereput pulak lantai blog aku ni.. =p

Kepada rakan-rakan pembaca doakan aku akan berjaya dan terus diberi kesempatan untuk mencoretkan luah rasa di alam maya ini... Akhir-akhir ini aku kena slowdown sikit dalam merencanakan penulisan tentang politik di Malaysia.. Mahu berehat daripada kecelaruan yang semakin mencengkam. Tapi bukanlah bermakna aku yang bercelaru.. Cuma mahu mengambil langkah tunggu dan lihat sahaja perkembangan terkini..

Jika ada apa-apa yang aku perlu suarakan, aku pasti akan kembali bersuara... Kerna kadangkala langkah itu adalah lebih baik jika mahu dibandingkan dengan mereka yang asyik berkokok siang dan malam tapi tiada idea bernas yang disampaikan...

Saya doakan semoga semua pembaca blog ini ceria-ceria selalu dan dirahmati Allah sentiasa... Aminn...

p/s : Mengumpul kekuatan dalaman... =)

Sunday, January 24, 2010

On Top For A While..!!


Yeah..!! United berada di puncak liga untuk sekurang-kurangnya 3 hari setelah membenam Hull dalam perlawanan hebat malam tadi.. 4 gol daripada Wayne Rooney memastikan peluang untuk merampas takhta liga daripada pendahulu sebelumnya, Arsenal tidak disia-siakan...

Walaubagaimanapun, perlawanan pada hujung minggu depan menentang Arsenal akan menjadi titik tolak kepada persaingan liga pada musim ini. Perlawanan yang dijadualakn pada 31 Jan itu dilihat sebagai platform terbaik untuk United kukuh dalam persaingan merebut gelaran juara liga..

Kedudukan liga sudah pastinya akan berubah sekali lagi jika Chelsea dan Arsenal menang dalam perlawanan mereka pada pertengahan minggu depan tatkala United akan bermain dalam separuh akhir kedua Piala Carling menentang Manchester City..

All the best to United...!! Glory..Glory..!!

p/s : Rooney on form last night.. =)

Saturday, January 23, 2010

Suka Duka Hari Sabtu....


Sabtu yang memenatkan..Sekadar ingin berkongsi cerita tentang pengalaman menghadiri satu modul anjuran UiTM.. Dari pagi hingga ke petang.. Ahaha.. Kalau dah namanya anjuran UiTM tak perlu nak cakap pun orang tahu akan isi kandungan pengisiannya.. =p

Walaubagaimanapun, secara totalnya dapatlah aku simpulkan bahawa pengisian pada modul kali ini adalah lebih kurang sama juga dengan pengisian modul-modul yang sebelumnya... Sungguhpun begitu ada lah juga sedikit input-input yang boleh digunapakai untuk kehidupan seharian aku ni daripada tiada langsung.

Tiada apa yang menarik pun dengan tulisan kali ini.. Sekadar menitipkan sedikit berita dari jauh... Cuma tertarik dengan gaya fasilitator yang pada aku sedikit ekstrim pada UMNO.. Ehehe... Best quote for today yang aku dapat kutip ialah " Kamu semua mesti sedar bahawa UiTM adalah sebuah institusi yang membantu Bumiputera yang ditubuhkan oleh kerajaan, Jadi kamu semua seharusnya menyokong aspirasi kerajaan dengan menyokong Barisan Nasional..''

Hehe.. Apa-apa aje lah.. Satu ayat cover line untuk cover ayat diatas ialah " Kami hanya memberi input dan anda semualah yang akan menentukan masa depan negara. Tiada siapa yang salah sebenarnya, sekadar ingin menunjukkan jalan yang betul dan membuat anda berfikir apa yang sepatutnya''

Aku taknak komen ape-ape.. Ayat-ayat kat atas ni tidaklah 100% sama seperti yang diucapkan tapi itulah lebih kurang maksud dan struktur ayatnya.. Apa-apa pun terima kasih kepada penubuhan UiTM ini dan aku tiada pun nak menyanggah apa yang dicakapkan tu.. Perkara betul buat ape nak sanggah.. Iyekan sajalah... Bagilah seberapa banyak input pun, pilihan tetap di tangan kita... =)

Lastly, aku tak kan lupa the best part dalam modul kali ini.. Terdapat satu sesi untuk memilih dan buat presentation tentang tokoh bumiputera yang menjadi inspirasi.. Ada satu kumpulan menyongsang arus dengan present tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim... Terkedu sang fasilitator... Ahaha.. Good job guys..!!

p/s : Dimana ada kemahuan disitu ada "Highway" (Credit to Adnan Sempit.. Best..!! =p)

*********************************************************************************

Dalam memperingati kemangkatan Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari semalam 22 Januari 2010, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum baginda semoga roh baginda sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang soleh... Al-Fatihah....

Friday, January 22, 2010

Pengemis Jalanan.. Sampai Bila..?


Saban minggu aku melihat seorang makcik tua duduk bersila di tepi tasik Shah Alam berhampiran dengan masjid negeri meminta ihsan daripada orang yang lalu lalang untuk menuju ke masjid menunaikan solat Jumaat. Setelah 3 tahun aku di Shah Alam ni, makcik tersebut masih lagi meminta sedekah di kawasan tersebut.. Sebelum-sebelum ini tidaklah pula aku tahu..

Sebenarnya sudah lama aku ingin menitip kisah pengemis jalanan ini yang aku lihat semakin lama semakin bertambah bilangannya.. Kisah makcik tua ini adalah sebahagian daripada kisah rakyat yang masih lagi berada di bawah paras kemiskinan. Berada di sebuah negeri yang maju tetapi kehidupan mereka tidak seiring dengan kemajuan yang dikecapi. Ramai juga anak-anak kecil yang mengemis di jalanan. Tidak perlulah aku pergi jauh.. Sekadar di Shah Alam sahaja, bersepah pengemis-pengemis kecil ini duduk berteleku di tepi-tepi jalan meminta sedekah..

Kemana ibu bapa mereka? Atau mungkin ini adalah satu sindiket pihak tertentu yang menggunakan kanak-kanak sebagai pengemis di jalanan. Aku sekadar menelaah, tetapi ada logik dan mungkin kebenarannya disitu..

Aku sentiasa mengimpikan bahawa suatu hari nanti ada para pemimpin yang turun padang untuk melihat keadaan mereka ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.. Alangkah baiknya jika pengemis-pengemis jalanan ini dibawa ke satu tempat penjagaan yang lebih sempurna dan mendapat kemudahan asas yang secukupnya..

Kepada para pemimpin, walau sesibuk mana pun anda luangkanlah sedikit ruang waktu meninjau keadaan rakyat yang bukan lagi miskin tetapi berada dibawah paras kemiskinan ini.. Selusurilah lorong-lorong.. Menapaklah di kaki-kaki lima.. Agar anda dapat melihat penderitaan dan kisah hidup mereka...

Ke Arah Kemiskinan Sifar.... (gambar sekadar hiasan)

p/s : Masih adakah pemimpin yang sanggup menyelusuri lorong-lorong dan kaki lima..?

Thursday, January 21, 2010

Kebangkitan Arsenal Dan Kemenangan Liverpool..


3 perlawanan hebat awal pagi tadi.. Liverpool-Spurs, Arsenal-Bolton , dan Villa-Blackburn..
Arsenal bangkit dari ketinggalan 2 gol untuk menerajui liga dengan kemenangan 4-2 manakala Villa juga turut bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk mara ke perlawanan akhir Piala Carling.. Liverpool? Mereka berjaya menang 2-0 pagi tadi.. Ayat-ayat biasa yang akan kedengaran apabila Liverpool menang adalah "back on track".. Hehe.. Jangan lepas ni keciciran mata lagi sudahlah..

Nampaknya semua fan Arsenal boleh bergembira seketika dengan kedudukan mereka dalam liga selepas perlawanan pagi tadi dan fan Liverpool juga boleh menarik nafas lega apabila Spurs gagal untuk mengambil kesempatan atas aksi terumbang-ambing Liverpool musim ini...

Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk menentukan siapa juara. Masih berbaki 16 atau 17 perlawanan lagi untuk memahkotakan kejuaraan.. Sama ada Chelsea, United atau Arsenal.. Atau mungkin juga pasukan lain... Apa-apa boleh berlaku... Dalam situasi sekarang pasukan yang benar-benar konsisten hingga ke akhir musim akan memenangi gelaran liga...

p/s : Aku yakin United akan menang gelaran liga untuk kali keempat berturut-turut musim ini.. =)

Wednesday, January 20, 2010

Cerita Sedih : Kekalahan United...


Tewas. United tewas 2-1 kepada musuh setempat Manchester City dalam Piala Carling yang berlangsung awal pagi tadi di Eastland. Adatlah permainan.. Mesti ada kalah dan menang.. Ini baru separuh akhir pertama.. Masih ada lagi perlawanan kedua di Old Trafford.. Dan disana aku yakin United akan menang dan seterusnya akan mara ke final Piala Carling..

Kepada para supporter United, jangan terlalu panik.. Tenang-tenang saja... United akan bangkit selepas ini untuk terus mencapai kemenangan.. United masih lagi bersaing untuk kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara. Cuma aku sedikit terkilan kerana gagal dalam perebutan Piala FA..

Glory.. Glory.. United...

p/s : Liverpool jugak yang tercicir.. =p

Tuesday, January 19, 2010

Kembali Ke Alam Tulisan...

Akureformasi kembali.. Kembali ke alam penulisan yang sejak sekian lama ditinggalkan dek kerna tahap kesibukan melampau dan kekurangan motivasi untuk menulis.. Kalaulah blog ini sebuah kereta, dah tentu tayarnya pancit. Cerminnya berhabuk. Almaklum lah... Lama tidak menyentuh..

Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk ditintakan pada kali ini.. Sekadar mencuri sedikit ruang waktu agar dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan penulis dan pembaca yang pernah mengikuti tulisan aku selama ini..

Akureformasi masih lagi hidup.. Ada yang bertanya, masih wujud lagikah penulis blog ini di dunia ini..? Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di dunia ciptaan Allah ini.. Hehe.. Semoga kita semua diberikan umur yang panjang untuk terus beramal dan berbakti di dunia ini.

Semoga tinta hari ini akan memberi sebuah kekuatan untuk terus menyalurkan pendapat-pendapat yang sering bermain di minda aku ini.. Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sudi membuka dan membaca tulisan saya..

Semoga kita akan bertemu suatu hari nanti.. Insyaallah.. =)

p/s : Berniat untuk kembali ke alam penulisan...