Pengikut Blog Ini
Wednesday, May 6, 2009
Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kebudayaan Islam..?
Semalam, Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyempurnkan pelancaran Kuala Lumpur sebagai Pusat Kebudayaaan Islam. Malaysia yang terpilih untuk mewakili rantau Asia sebagai kota kebudayaan Islam dilihat begitu komited untuk menghapuskan persepsi Barat terhadap Islam. (klik sini)
Dalam pada menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kebudayaan Islam aku berpendapat bahawa, umat Islam di negara ini seharusnya memainkan peranan yang penting dalam membawa imej Islam yang sebenar. Jika kita lihat hari ini, corak hidup masyarakat Islam di negara ini masih tidak begitu mencerminkan gaya hidup dan budaya Islam yang sebenar.
Malah dalam sektor pentadbiran negara juga tidak begitu menggambarkan kebudayaan Islam diterapkan. Pengamalan rasuah dan salahguna kuasa masih lagi berleluasa dalam kerajaan. Adakah ini budaya Islam yang sebenar? Aku bukanlah seorang begitu pandai dalam bidang agama, tetapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk menyuburkan gaya hidup Islam yang sebenar.
Bukan ditujukan kepada siapa-siapa, tetapi ini adalah realiti hari ini, ditambah lagi dengan permasalahan sosial dalam kalangan remaja menambahkan lagi cabaran untuk menyuburkan budaya Islam di Malaysia. Kita tidak mahu lihat pembangunan budaya Islam secara fizikal semata-mata tetapi perlu juga dalam pembangunan rohani.
Untuk rekod program ini akan berlangsung sehingga Disember ini.
p/s : Perkara pokok di sini adalah perlunya satu gaya hidup Islam yang sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”
ReplyDeleteyupz...memang banyak masalah negara kite sekarang ni sebab masing2x ada persepsi sendiri tentang dunia politik...nape ek kite risau sangat pasal dunia politik yag merupakan urusan dunia...???
tak dapat disalahkan jugak kot...sebab Islam sendiri mengajar kita cam ne nak berpolitik mengikut sunnatullah(ketetapan Allah)kan??tapi betul ke sume parti politik kat m'sia betul2x ikot peraturan Islam??? Islam bukan hanya sekadar dari segi penampilan atau dari segi identiti je...p pelaksanaan...
sama jugak dalam solat...menunikan solat dan mendirikan solat adalah satu perkara yang berbeza....
straigh 2 da point..berdasarkan hadis yang aku bagi kat atas ni..aku rasa..kita yang sebagai generasi mude ni patut kembali ke jalan yang benar...aku sendiri bukan la bagus sangat...aku sedar aku banayk kekurangan...banyak anak-anak muda sekarang ni..yang kenbanyakkannya dapat pendidikan dari barat mengamalkan ajaran sekular...
aku rasa untuk membentuk sebuah negara yang betul2x bercirikan Islam...semua tu bertitik tolak dari generasi seprti kita...kalo kite sendiri leka...hanya bercakap dan memberontak pimpinan kerajaan atau pembangkang...kita tak akan kemana..melainkan kita sendiri mengubah cara hidup kita menjadi muslim or muslimah sebenarnya...
aku tau sekarang walau apa pon pandangan kita atau perdebatan yang kita ajukan...kalo tak berteraskan al-quran or hadith...kita tak akan dapat penyelesaian yang terbaik...kita tak boleh berlandaskan logik akal kita yang terbatas...
kalo kite dapat saling mengingati teman2x kita...saudara2x kita...tentng hakikat kehidupan itu lebih baik daripada kita melibatkan diri pada dunia politik yang akan menjejaskan masa kita untuk belajar...aku bukan cakap, kita sepatutnya diam dan hanya menurut perintah...tapi aku anggap..untuk generasi kita yang amat diperlukan untuk masa depan ni...kita patut jalankan tanggungjawab kita yang utama...meningkatkan ilmu..mencari ilmu...dengan niat hanya kerana Allah untuk memberi manfaat dan sumbangan berguna untuk masyarakat...
kita harus saling mengingati...kita harus memberi kesedaran kepada semua anak-anak mudi zaman sekarang tentang hakikat hidup...kita hidup bukan untuk mencari harta..pangkat..kesenangan atau kemegahan...tapi kita hidup untuk mencari keredaan Allah...untuk kita bawa ketika kita berjumpa dengan-Nya di akhirat kelak...
tugas kita sekarang ni..bukan bergiat aktif atau memberi luahan rasa kepada keadaan politik negara kita...tapi kita harus memberi PERINGATAN kepada teman2x kita yang lalai..yang fikiran mereka telah disekular kan...beri teman2x kita peringatan tentang sejarah kita...sejarah tamadun islam..dan bagaimana islam dijatuhkan...
KITA PERLU BANGKIT DARI SEJARAH LAMPAU KITA..bukan mengutuk keadaan politik kita sekarang ni..sebab itu tak akan menyelesaikan masalah...kita patut selesaikan MASALAH KITA DARI AWAL...
buang ideologi mustafa kamal atartuk dalam diri seluruh muda mudi...ya..aku dulu tersilap dan aku akan cuba jadikan diri aku ni sebenar2x muslimah...
umat Islam harus bangon!!!!bukan berdiri hanya dengan nama "Islam"...tapi kita harus menunjukan kita seorang yang benar2x "islam"....
kita patut berserah diri hanya kepada Allah...tuhan kita....yakin bahwa...tak ada sesiapa yang mampu kita kebahagiaan dan kesedihan...tak ada sesiapa yang mampu memberi kita manfaat atau bencana..melainkan dengan kehendak Allah...yakin lah..dan bertawakallah..sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha menentukan...
sebagai anak generasi muda...kita yang perlu lakukan perubahan yang sebenarnya...bukan melakukan perubahan semata2x untuk menjatuhkan orang lain...tapi mahu melakukan perubahan semata2x kerana Allah..untk mencari keredaan-Nya...untuk saling memberi peringatan kepada saudara2x seagama kita yang lain yang leka...tugas kita..kita harus mencari ilmu yang allah redai dan kita harus menolong agama Allah...
Cahaya Kelebihan : Thanks memberikan pandangan yang bernas. Semoga kita sama-sama menuju kearah yang satu dalam membangunkan Islam....
ReplyDeletec ya...=)
ReplyDeletekta harus berkongsi pandangan...sebab semua tak akan ada yang sama...all da best!!!