Pengikut Blog Ini

Saturday, June 5, 2010

Minggu Pertama Latihan Praktikal


Wah.. Dah agak lama rasanya tak menulis kat blog aku ni. Jangan kata nak menulis blog, aku nak tengok tv pun sekarang ni macam tak sempat.. Keluar pukul 8 pagi balik pukul 9 malam.. Tapi tak la tepat pukul 9. Selalunya terlajak jugak sampai 9.15.. Sampai rumah mandi, sembahyang pastu terus tidur. Hanya hujung minggu sahaja yang aku dapat rehat lebih. Ehehe..

Itulah pengalaman aku untuk 4 hari pertama praktikal kat accounting firm. Dan keadaan ini akan berterusan sehingga berlalunya waktu puncak yang selalunya berakhir dalam bulan Ogos. 2 bulan pertama ni nampaknya kerja lebih la aku.. Aku ingat praktikal ni rilek-rilek saje.. Rupenya tidak la sebegitu.. Mungkin tempat lain budak-budak praktikal tak sibuk sangat kot. Huhuhu..

Walauapapun, seperti yang manager aku cakap, makin banyak kita buat kerja, makin banyak yang kita bole belajar. Dan aku harap dengan kerja yang banyak ni memberikan aku banyak ilmu baru yang boleh aku gunakan. Ini juga merupakan satu pengalaman baru pada aku memandangkan sebelum ni aku dengar cerita saja kalau kerja kat audit atau accounting firm balik lambat. Sekarang baru dapat rasa macam mana.. Ahaha.. =p

p/s: Lepas ni bila lagi aku boleh update...