Pengikut Blog Ini

Sunday, April 17, 2011

Semua Kena Tipuu!!! Hahahaha!!!

Hoho.. Tamat sudah PRN Sarawak... Kerajaan baru telah dibentuk.. Walaupun kerajaan baru tapi orangnya orang lama.. Wakaka.. Semua orang dah kena kelentong la beb.. Media main stream pun kena kelentong gak. Apa yang dikelentongkan korang pikir la sendiri yek.. Hahaha..

Congratz la kepada kerajaan yang baru.. Selamat menjalankan tugas.. Ambik la apa-apa yang patut.. Jangan sampai terkantoi sudah.. Kalao kantoi dah tak bole nak ambik dah.. Haha.. Gudluck..!!

Kepada Pakatan Rakyat yang sekali lagi menjadi pembangkang di Sarawak, jadilah pembangkang yang berguna kepada rakyat. Orang kata jadi pembangkang lebih mudah daripada jadi Kerajaan. Ye la kot.. Jadi pembangkang kita bangkang je la mana rasa yang tak berkenan di hati. Kalau jadi kerajaan kena jadi pelaksana..

DAP menang 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Hebat! 80% kerusi dimenangi mereka. PKR? 3 daripada 49. Lebih kurang 6% jer.. BN? 55 kerusi daripada 71.. Kira-kira 77%.. Bole kata teruk la jugak jika nak compare dengan corak kempen mereka yang menggunakan segala jenis medium yang ada.. Haha...

Apa-apa pun aku rasa PKR kena muhasabah lebih sket kalau ada cita-cita nak menang PRU-13 bersama dengan ahli gabungan Pakatan Rakyat yang lain. Kalau tak lupakan saje...

p/s : Kekalahan terbesar BN di Sarawak......

Friday, April 15, 2011

Apa Cerita PRN Sarawak..? Undi Jangan Tak Undi....


Dah lame aku tak cerita bab politik kat blog ni.. Tapi ambik berkat hari pengundian PRN Sarawak esok aku nak tulis gak la.. Hahaha.. Pandangan aku tentang bab politik tak de la seluas blogger-blogger yang menulis bab politik. Sekadar berkongsi pandangan dan pemerhatian dari jauh.. Hehehe..

Kepada para pengundi di Sarawak esok moga-moga mereka dapat memberikan undi yang terbaik kepada mereka yang terbaik. Tak payah la aku nak cakap sape baik sape buruk. Biar depa sendiri la  pikir. Haha.. Apa-apa pun selamat maju jaya kepada Pakatan Rakyat di Sarawak moga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam PRN kali ini. Kalo tak dapat rampas mane2 kerusi pun tak pe lah asalkan dapat nafikan 2/3 majoriti BN di Sarawak. Tak dapat nak nafikan 2/3 majoriti BN di Sarawak pun tak mengapa asalkan dapat menang majoriti mudah untuk bentuk kerajaan di Sarawak.. Ahaha.. Tak pun paling cikai la menang 2/3 majoriti untuk bentuk kerajaan baru. Wakaka..

Haha.. Mungkin aku tak layak nak menentukan siapa pengundi di Sarawak perlu undi.. Cukuplah sekadar menyarankan. Haha.. Tak nak ikut pun takpe.. Aku tak rugi pape.. Undi adalah rahsia.. Hehe.. Gudluck and all THE BEST to PR..

P/S : Gempak gak kalo PR bole menang banyak.. =p

Tuesday, April 12, 2011

Catatan Hujung Minggu.....

Hujung minggu lepas aku balik ke kampung. Ada kenduri sket kat kampung. Biasalah kalo dah kenduri tu mestilah sedara-mara yang ade kan. Kalau dah duk berkumpul tu kalo duk bersembang memang berejam la. Ahaha.. Macam-macam cerita keluar. Daripada citer telur palsu, harga minyak sampai lah kepada isu-isu semasa termasuklah cerita-cerita pilihanraya kat Sarawak dan PRU yang bakal menyusul sedikit masa lagi..

Haha.. Bile start cerita bab politik ni aku yang dah duk satu table ni pun cube la memerhati apa cerita makcik pakcik aku serta sepupu sepapat aku ni.. Secara keseluruhan yang dapat aku simpulkan, semuanya menjurus ke arah ketidakpuashatian mereka terhadap pimpinan hari ini. Seingat aku la belah family aku ni kebanyakannya penyokong kerajaan. Pelik jugak.. Siap ada yang kuar statement "kalo tengok bawah najib ni makin teruk ada la.." 

Ada sedara aku yang duk kat Selangor ni cakap dorang senang je bawah pentadbiran kerajaan negeri sekarang. Ada jugak rakan-rakan mereka yang berada di negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Kedah menyatakan senang dengan corak pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Itu cerita mereka.. Aku tak nak la komen lebih-lebih.. Sekadar dengar dan mencelah sikit-sikit je la.. Adakah isu-isu yang dibangkitkan di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat sekadar rekaan atau hanyalah isu kecil yang turut juga berlaku semasa tadbiran BN dulu..? Aku taknak cakap apa-apa.. Biarlah penduduk negeri tu yang tafsirkan sendiri..

Berhubung dengan PRN di Sarawak, para pemerhati bebas yang terdiri daripada sedara-mara aku ini turut mengatakan bahawa tempoh kempen yang pendek adalah untuk mengelakkan maklumat dan kempen yang ingin disampaikan oleh PR dapat dihadkan.. Hahaha.. Bila pikir-pikir balik ada la logik nya jugak.. Bayangkan tempoh kempen untuk PRN sama dengan tempoh kempen PRK Dun yang mana skalanya lebih kecil jika dibandingkan dengan PRN Sarawak yang mempunyai skala yang lebih luas. Haha.. Tak kisahlah.. Sebelum ni pun lebih kurang jugak kan masanya… Betul tak..? Ke aku salah..? Kalau salah tolong lah betul kan ye.. Malas nak tengok atau rujuk mana-mana.. Wakaka..!!

Apa-apa sajalah.. Kesimpulan yang aku nak buat kat sini adalah pada pandangan aku sokongan kepada pimpinan Najib nampaknya semakin berkurangan walaupun di media menyatakan sebaliknya. Walaupun ini hanyalah pada peringkat rendah yang mana skalanya kecil yakni di kalangan ahli keluarga sahaja tetapi harus dipandang serius oleh mereka yang sepatutnya.. Haha..

p/s : Ayat yang aku tak boleh lupe...Maksud rakyat didahulukan adalah semua perkara yang melibatkan rakyat seperti kenaikan harga barang dan lain-lain akan ditanggung oleh rakyat DAHULU... Wakaka..!!

Monday, April 4, 2011

Happy Belated Birthday Akureformasi..!!


Huhu.. Hari ni genaplah 2 tahun 2 hari kewujudan blog aku ni. Sebenarnya ini bukanlah blog pertama aku. Nak menceritakan sejarah penulisan blog aku ni rasanya dah agak lama. Ada la dalam 3 tahun lebih gitu Ahahaha. Takde la lame sangat.. Sebenarnya ni blog kedua aku.. Blog pertama aku kalau kalian nak baca cerita-cerita lama aku boleh la klik address ni pedangbiru.wordpress.com. Itu semua adalah tulisan-tulisan awal aku dalam dunia blog ni.. Time2 tengah rajin.. Hehe.. Bukan lah bermakna sekarang ni malas.. Cuma kekadang tu tiada isu yang nak dikongsikan bersama + sibuk sket sejak akhir2 ni..

Bila teringat balik sejarah aku menulis blog ni kadang-kadang cam lawak pulak.. Ntah ape aku mengarut aku pun tak tahu kekadang tu.. Saje nak mengisi masa lapang.. Huhu.. Terima kasih kepada orang yang mengajar aku menulis blog ni. Tak lain tak bukan saudara KNB. Dia ni roomate aku masa kat Shah Alam dulu.. Kalau sesapa nak baca blog dia boleh klik link ni salahtaip.blogspot.com. Thanks bro menjebakkan gua dalam dunia penulisan blog ni.. Ahaha..

Apa-apa pun, thanks to all my followers walaupun beberapa kerat je.. Thanks a lot.. Ada jugak orang nak follow dan baca blog yang kekadang tu dah bersawang aku tengok.. Hehe.. Love you all..!!

p/s : Happy Belated Birthday Akureformasi.!!