Pengikut Blog Ini

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya : Apa Pandangan Aku..?

Ini adalah entri kedua pasca ketidaklayakan skuad Harimau Malaya untuk ke pusingan ketiga zon Asia dalam kelayakan Piala Dunia 2014. Entri pertama, satu entri pantas sejurus selepas perlawanan korang boleh baca dalam entri sebelum ini.. Untuk entri kali ini Aku cuma nak berkongsi pandangan aku tentang persembahan Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia kali ini..

Khairul Fahmi memang terbaek semalam..!
Selepas diundi untuk bertemu dengan pasukan Taiwan pada pusingan pertama dan bakal bertemu dengan Singapura pada pusingan kedua jika berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad Harimau boleh menarik nafas lega kerana berjaya mengelakkan pasukan yang lebih hebat seperti Oman dan Kuwait di pusingan pertama. Hasil keputusan undian memberi semangat baru kepada skuad Harimau Malaya kerana di atas kertas kita adalah lebih kurang sama tahapnya dengan pasukan Taiwan. Hasilnya, Malaysia berjaya menang ke atas Taiwan dalam perlawanan pertama di Bukit Jalil hasil jaringan hebat oleh Safiq Rahim dan Aidil Zafuan. Sungguhpun begitu, pasukan Taiwan berjaya juga untuk membolosi benteng negara di saat kita di hadapan dengan 2 gol. Skrip yang serupa juga berlaku di Taiwan. Apabila kita berjaya di hadapan dengan 2 gol, barisan pertahanan kita dilihat seolah-olah sudah berpuas hati sehingga melepaskan 3 gol untuk kita tewas di Taiwan 3-2. Mujurlah peraturan gol di tempat lawan menyebelahi kita dan telah membawa kita ke pusingan kedua untuk menentang Singapura..

Sebelum bermula pusingan kedua, skuad Harimau Malaya telah menghadapi 2 perlawanan persahabatan menentang gergasi EPL iaitu Arsenal dan Liverpool. Hasilnya, kita telah membawa satu rekod yang buruk ke Singapura dengan kebolosan sebanyak 10 gol tidak termasuk gol yang bolos dalam perlawanan menentang Taiwan. Jika dihitung bermula dengan perlawanan dengan Taiwan, kita telah bolos sebanyak 14 kali dalam 4 perlawanan. Secara puratanya adalah 3.5 gol dalam satu perlawanan. Kita juga telah hadir dengan rekod 3 kekalahan berturut-turut sebelum memulakan aksi di Singapura untuk perlawanan kedua. Setelah diteliti kembali, aku merasakan bahawa ini adalah tidak baik untuk pemain kerana mereka dilihat berada pada tahap moral yang agak rendah dalam perlawanan yang sangat penting.

Jangkaan Aku agak meleset apabila sekali lagi Harimau Malaya berjaya membuka tirai jaringan di awal saat permainan seperti mana perlawanan sebelum ini apabila menentang Taiwan, kita berjaya berada di hadapan. Namun kelekaan barisan pertahanan telah mengakibatkan kita tewas di Singapura walaupun pada satu ketika berjaya merapatkan jurang hasil 2 jaringan pantas oleh Safee Sali dan Abdul Hadi Yahya pada babak kedua.

Gary Steven Robbat (12) mungkin boleh cuba dipanggil
Dalam perlawanan di Bukit Jalil semalam, kegagalan skuad Harimau Malaya yang turun dengan misi mencari gol untuk memadam defisit 2 gol yang dibawa dari Singapura pada babak pertama memberi sedikit tekanan kepada mereka. Harapan tinggi para penyokong juga menambahkan lagi tekanan kepada anak buah K. Rajagobal ini. Tekanan itu dilihat agak mengendur sedikit apabila Safee sekali lagi berjaya membolos gawang Singapura untuk menggamatkan seluruh Malaysia buat seketika. Tapi tatkala Singapura menyamakan kedudukan barisan pemain negara dilihat agak luntur sedikit semangat mereka. Mujurlah sokongan penyokong masih bergema untuk memberi semangat kepada mereka untuk terus berjuang. Apakan daya, drama demi drama yang dimainkan oleh pemain Singapura menyebabkan pemain negara semakin tertekan dek kerna kesuntukan masa. Tindakan melengahkan perlawanan sedikit sebanyak mengganggu emosi para pemain untuk terus fokus kepada permainan.

Jika kita lihat daripada perlawanan pusingan pertama sehingga perlawanan semalam, kita sentiasa di hadapan sebelum pihak lawan dapat menjaringkan gol. Bermakna kita berjaya untuk memimpin perlawanan. Cuma skrip selepas gol di jaringkan itulah yang merungsingkan. Seperkara lagi, corak permainan hantaran bola tinggi  dilihat kurang berkesan dan agak menyusahkan penyerang untuk mengawal bola. Permainan short pass dan through ball dari tengah dilihat lebih berbahaya dan lebih mudah bagi Safee untuk mengawalnya. Pemain Harimau Malaya mesti lebih banyak menggunakan short pass daripada long ball yang tinggi.. Player kita bukan tinggi mana pun nak main bola tinggi..

Apa-apa pun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Ada pendapat mengatakan ketidakefisienan bahagian tengah menyebabkan bahagian pertahanan tertekan. Sedangkan Fadhli, Muslim dan Mahali juga merupakan pemain skuad Olimpik yang dilihat mempunyai bahagian pertahanan yang hebat. Tengok jelah masa game lawan Lubnan tempoh hari. 40 minit main defence.. Bahagian tengah skuad Olimpik seperti Gary Steven Robart, Gurusamy, dan Irfan Fazail dilihat lebih mantap berbanding dua pemain tengah skuad senior dengan Amar dan Ismail Faruqi berada di posisi tersebut. Kalau ada Safiq mungkin bahagian itu lebih hidup.

Mungkin lepas ni bole bagi peluang pulak 2-3 orang player lagi daripada skuad Harimau Muda untuk masuk dalam pasukan senior negara. Gary,Wan Zack Haikal dan Fandi mungkin boleh menjadi calon-calonnya.. =)

p/s : Mimpi Aku yang Harimau Malaya kalah sebelum perlawanan semalam menjadi realiti.....

Thursday, July 28, 2011

Gagal Layak Bukanlah Penamatnya.... Go Harimau Malaya..!

We will still behind you.. Tamat sudah perjuangan Harimau Malaya dalam competition kali ini.. Tak pe.. Keep it up bro..!! Kita try lagi untuk qualifying yang akan datang.. Paling tidak pun kita fokus dahulu untuk qualify Piala Asia.. Then baru qualify untuk World Cup pulak...

Walaupun tidak kalah di Bukit Jalil tapi itu masih tidak mampu untuk memadamkan kelebihan Singapura dan melayakkan diri dalam pusingan seterusnya..Khairul Fahmi menunjukkan prestasi cemerlangnya apabila menyelamatkan beberapa percubaan hasil daripada kealpaan benteng pertahanan.. Nasib baiklah dia masih berbisa.. Kalau tidak memang lagi teruklah kena tibai..

Juz sedikit kecewa dengan corak permainan Singapura yang banyak membuang masa yang sedikit sebanyak menggangu rentak permainan Harimau Malaya.. Sikit-sikit nak injured.. Kasi rembat betul-betul atas muka tu baru tau.. Rase nak bagi penampor je kat keeper Singapura tu..

Anyway, kami rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada anda semua.. Tahniah juga buat para penyokong kerana berjaya memenuhi setiap ruang di dalam stadium... Gegak gempita stadium malam ini..

Selepas ini kita akan fokus pula kepada skuad Olimpik.. Skuad Harimau Muda kita.. Moga skuad Olimpik kita akan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London bagi mengubat duka lara peyokong skuad Malaysia malam ini...

p/s : Teruskan membentuk Skuad Harimau Malaya yang lebih mantap untuk masa hadapan... Mungkin ada hikmah kita tidak layak kali ini...

Warkah Buat Sang Harimau Malaya....


Seluruh Malaysia akan bergegar.. Seluruh Malaysia akan bergetar.. Seluruh Malaysia akan terus membakar..Ayuh Harimau Malaya.. Bangkit daripada terluka.. Bangkit daripada terlena.. Baham Sang Singa Tua..Hapuskan ego Sang Singa Tua.. Malaysia pasti berjaya....


Seluruh Malaysia menanti.. Untuk melihat kita di segani... Bila lagi..? Inilah masanya.. Mari buktikan..! Malaysia lebih kuat..! Malaysia lebih hebat..! Malaysia lebih berbahaya..! Malaysia lebih berbisa..! Jangan hanya menang sorak.. Kami seluruh penyokong sentiasa berada di belakang.. Mohon Harimau Malaya merebut peluang.. Hidangan sudah tersedia.. Apa lagi mulakan kerja..!

Bangkit..! Bangkit..! Bangkit..! Kita harus bangkit..! Pusingan ketiga untuk kita.. Bukan buat Sang Singa Tua.. Sebelum melangkah Sang Singa Tua ini harus dihantar ke tempat asalnya. Biar egonya lebur menjadi sisa..!

SELAMAT MAJU JAYA buat HARIMAU MALAYA..!!

p/s : Jauh Dimata Dekat Di Hati... Tak pergi stadium Tengok kat tv...

Wednesday, July 27, 2011

PRU-13 Dah Dekat Wei... Dah Daftar Ngundi Belum..??

Baik korang dengar cakap bos korang.. Hahaha... Rase lawak pun ada.. Rasa kesian pun ada.. Kahkahkah.. Pusing-pusing dekat surat khabar mainstream ni, aku terbaca satu statement "Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta bekerja lebih keras dan menemui rakyat sekerap mungkin untuk menerangkan projek pembangunan yang dilakukan kerajaan seolah-olah pilihan raya akan diadakan hujung minggu ini" Ape da.. Selama ni korang tak pernah jumpa rakyat ker sampai nak kena mintak suruh jumpa dengan rakyat..? Kahkahkah.. Jangan ada yang salah paham pulak.. Ini kenyataan perli.. Kang ade pulak yang bodoh piang kate aku fitnah cakap wakil rakyat tak pernah jumpa rakyat.. Hahaha... 

Tak pe la.. Sekurang-kurangnya korang diingatkan agar tidak duk senang-lenang lagi. PRU-13 sudah semakin hampir. Hanya tunggu saat dan ketikanya saje.. Kadang-kadang aku terfikir, adakah rakyat hanya mahu projek pembangunan semata-mata.? Dah lebih 50 tahun ni pun masih ada tempat yang bekalan air dan elektrik tidak dapat disalurkan. Masih ada yang duk merempat tiada tempat tinggal. Kat tempat aku ni, kalau nak tengok tv nak kena pasang Astro. Kalau takde Astro HARAM tak de siaran. Kalau dapat pun siaran TV1, TV2, NTV7.. Tu pun nak kena pasang aerial tinggi macam KLCC baru dapat. Ish.. tak paham la aku..

 Kartun SpongeBob lagi Best.!!
Kerajaan harus ingat bahawa material semata-mata tidak akan menjamin mereka mendapat undi dengan mudah. Tabur duit orang undi.. Tabur duit orang undi... Kalau dulu boleh la.. Sekarang dah tak valid lagi dah.. Pada pandangan aku, golongan muda hari ini lebih cenderung untuk tidak menyokong kerajaan yang sedia ada.. Golongan muda hari ini tidak tertumpu kepada media yang sedia ada saje.. Banyak lagi media alternatif yang boleh memberi maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara disebalik maklumat-maklumat mengampu Barisan Nasional yang bersepah dekat tv tu.. Aku sekarang ni pun dah malas nak tengok berita kat tv tu.. Elok-elok tak muntah, boleh keluar muntah kuning kalau tengok.. Baik aku tengok SpongeBob.. Haha..!

Sudah-sudah la nak sogok rakyat dengan kebendaan dan material. Itu dah jadi tanggungjawab kerajaan nak kena bagi.. Itu pun masih ada yang belum terlaksana.. Boleh jalan la dengan projek mee segera tu.. Korang bagi,, kita ambik.. Korang suruh undi, kitorang pikir balik... Bukan senang-senang nak dapat undi kitorang..
Kadang-kadang bila aku cakap macam ni, ada la suara-suara pencacai yang cakap, sedar la diri tu sikit, blaja pun kerajaan tanggung.. Ko kerja pun dengan kerajaan.. So what kalau kerajaan tanggung..? Asal kerajaan tanggung kena undi kerajaan..? Ikut suka aku la nak kan... Hahaha..! Ade jugak yang kata kita ni tak bersyukur dengan apa yang kerajaan bagi sampai nak go against the BN-government. Haha.. Wei, rezeki tu Allah yang turunkan.. Bukan kerajaan-BN yang turunkan..Sedarlah sikit.!

Dah la.. penat pulak aku membebel dalam entri kali ni.. Kepada anak muda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, baik pergi daftar sekarang sebelum terlambat... Korang nak ke tengok negara ni makin musnah dek kerakusan pemimpin sekarang..? Pikir la sendiri yer..

p/s : Tetiba emo sket dalam entri kali ni.. Ahaha... Petikan tu aku petik dekat Berita Harian Online...

Monday, July 25, 2011

Malaysia Bukan Kalah... Cuma Tak Menang....

Malaysia tidak kalah. Ini pandangan aku la kan.. Walaupun di atas kertas Singapore 5-3 Malaysia, bagi aku itu bukanlah sesuatu yang sangat teruk. 3 gol di tempat lawan sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada kem Malaysia. Dengan lawan yang mempunyai kelebihan 2 gol, Malaysia hanya perlu menang 2-0 sahaja di Bukit Jalil, dan kita akan layak ke pusingan yang seterusnya menerusi peraturan gol di tempat lawan. Nak dapat 2 gol aku rasa bukanlah suatu yang sukar buat penyerang Malaysia. Tetapi adakah barisan pertahanan mampu untuk tidak melepaskan sebarang gol..? Itu yang menjadi persoalannya sekarang. Gol-gol mudah yang dilepaskan di Singapore seharusnya dielakkan. Tapi aku rasa ni bukan harus lagi dah. Ni dah jadi wajib untuk tidak melepaskan gol-gol "cap ayam" macam tu.

Disebalik jaringan pantas oleh Safee Sali dalam perlawanan tersebut, pemain Malaysia seolah-olah kehilangan fokus sehingga lawan mampu menjaring 4 gol selepas itu. Episod malang negara bertambah apabila kapten Malaysia, Safiq Rahim di arah keluar padang akibat terjahan keras yang aku rasa tidaklah disengajakan. Tapi memang pedih gak la kena "terajang" tu.. Singapore yang juga kehilangan pemain selepas itu agak sukar mengawal permainan sehinggalah Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol pantas untuk merapatkan kedudukan. Nah, dah nak minit-minit akhir, orang tua No.9 tu plak score lagi sebijik.. Aku dah kata, orang tua tu memang power. Turning mantap. Kantoi defender yang muda nih.. 

 Hadoi... Berbalik kepada perkara pokok aku lihat para pemain tidak begitu selesa apabila beraksi di atas padang sintetik seperti di Stadium Jalan Besar tu. Bukan sahaja pemain Malaysia malah pemain Singapore juga menghadapi permasalahan yang serupa. Ini pada pandangan mata kasar aku la yang duk menonton kat tv di rumah. Situasi sebenarnya takde la aku nak pergi tanya sorang-sorang player tu kan. Haha.. Pergerakan bola yang laju menyebabkan para pemain sukar untuk mengawal bola. Aku tengok kat tv pun macam tak feel. Rasa tak best sebab bola pergi laju sangat. Kalau pergi laju dapat control tak pe.. Ini asyik terlepas jer..

Walauapapun, masih ada 90 minit lagi masa permainan tidak termasuk masa kecederaan ataupun masa tambahan kalau ada. Harap-harap takde la. Biar main 90 minit terus Malaysia qualify next round. Kan senang. Wakaka.. Moga-moga player Malaysia lebih menyerlah apabila bermain di Bukit Jalil nanti. Jangan bikin malu lagi kalah dengan Singapore. Kita juara ASEAN beb.. Walaupun kebanyakan player Singapore tu tak de la ASEAN pun.. Ahaha..

Goodluck and All The Best to Harimau Malaya.. 

p/s : Orang Tua No. 9 tu memang power la.. Defend, BEWARE of this Orang Tua.... Keeper Singapore bernasib baik tak kena berhadapan dengan free kick Safiq Rahim...

Friday, July 22, 2011

Chelsea : Hanya Satu Jer Yang Mampu..? Malaysia Memang Gempak.. Kahkahkah..

Arsenal 4, Liverpool 6.. Time Chelsea 1 jer..? Haha.. Itu antara status FB member aku tentang match Malaysia - Chelsea semalam. Kahkahkah.. Bangga siot sebagai rakyat Malaysia.. Hehehe... Sape-sape yang pakai jersi Chelsea semalam keluar stadium kena cabut baju la.. Sebijik yang gol tu pun aku rasa tak macam gol. Malu dowh.. Kahkahkah.. Pujian untuk Farizal Marlias. Beberapa cubaan yang boleh disifatkan berbahaya berjaya diselamatkan. Ada striker termahal pun tak guna. Hahaha...
Gol yang aku rasa tak macam gol...

Mungkin Farizal mempunyai misi tersendiri untuk membuktikan kemampuannya di peringkat antarabangsa selepas  disisihkan daripada skuad kebangsaan. Mungkin dia suka lawan dengan team EPL kot.. Kalau masih ingat sewaktu Malaysia menentang United dulu, Farizal juga berkasi cemerlang. Kali ini menentang Chelsea. Juga cemerlang. Selain Farizal, tonggak pertahanan seperti S.Subramaniam juga patut diberi pujian apabila beberapa kali mengekang penyerang-penyerang Chelsea termasuk penyerang yang paling mahal tu daripada menghasilkan gol. Memang terbaik. Lain-lain pemain senior aku lihat macam tak berfungsi sangat. Bagus lagi budak-budak Olimpik ni main. Nampak kemas dan fokus terhadap permainan.

Selepas ini pemain skuad Olimpik akan ke Slovakia untuk latihan intensif selama sebulan di sana. Lawan pertama dalam kelayakan Olimpik peringkat kumpulan adalah Jepun. Sebuah pasukan yang telah diketahui akan kehebatannya. Walauapapun skuad Harimau Muda ini tidak seharusnya gentar dan terlalu menghormati lawan. Karekter seperti ini sedikit sebanyak telah ditonjolkan oleh pemain Harimau Muda sewaktu menentang Chelsea semalam. Tackel-tackel berani yang dibuat apabila berhadapan dengan pemain bertaraf dunia ini seharusnya di puji kerana ini akan meningkatkan lagi keyakinan mereka dalam menghadapi perlawanan-perlawanan yang besar.

Untuk game semalam aku tidaklah mengharap untuk Malaysia menang. Tetapi sekurang-kurangnya dapat mengekang asakan lawan dan memberi cabaran kepada benteng pertahanan lawan. Dan aku dapat lihat itu apabila Malaysia hampir menyamakan kedudukan namun pengalaman yang kurang menyebabkan pemain agak gugup apabila berhadapan dengan penjaga gol lawan. Kalau Safee Sali yang one on one tu, aku rase dah gol kot.. Hehe.. Tapi takpe la.. 1 gol ni pun dah cukup memalukan buat pasukan Chelsea tatkala dua lagi pencabar EPL yang hadir berpesta gol di Bukit Jalil.

Apa-apa pun tamat lah sudah siri jelajah pasukan EPL menentang pasukan Malaysia tahun ini. Mungkinkah akan ada lagi tahun hadapan? Aku pasti tahun hadapan akan ada lagi perlawanan seumpama ini diadakan.. Cuba la try bawak kelab lain pulak.. Barcelona ker.. Real Madrid ker... AC Milan ker.. Tak pun Juventus.. Nak gak tengok Buffon boleh save ke tak free kick Safiq Rahim.. Nak gak tengok Farizal boleh save ke tak free kick Ronaldo.. Kihkihkih..

Congratz Malaysia... All The Best in World Cup and Olimpic Qualification.... We behind You..

p/s : Defend Malaysia Gempak atau Striker Chelsea yang Bodo..? Kahkahkah..!

Wednesday, July 20, 2011

Sape Nak Jadi Legend..? Tiru Macam Mamat Ni.. Kihkihkih..

Huyoo..!! Bangga siot kalau orang kata kita legend..! Lagi-lagi kalau orang yang kata kau legend tu memang seorang yang terkenal di seluruh dunia bola sepak. Kalau Pak Berahim yang kata kau legend tak payah la.. Kahkahkah.. Jalan-jalan pusing Berita Hairan bahagian sukan aku terbaca tentang ni.. Memang bangga la aku kalau jadi mamat tu.. Bole letak status kat Facebook "Rooney kata AKU LEGEND.. Korang Ada..?" Kihkihkih..

Dipetik daripada Berita Harian Online

BINTANG sensasi Manchester United, Wayne Rooney menghambur kata-kata pujian ke atas seorang peminat Malaysia yang berani memakai jersi skuad Red Devils itu ketika menyaksikan sesi latihan Liverpool sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.


Jersi Manchester United yang dipakai pemuda itu kemudian ditanggalkan oleh penyokong Liverpool di depan sekumpulan orang ramai yang menjerit “Buka! Buka!” sebelum memaksanya memakai jersi Liverpool. Namun, pemuda itu enggan dan hanya duduk dengan tidak berbaju sebelum di bawa keluar.

p/s : Sape-sape nak jadi legend macam mamat tu pakai jersi yang ada nama Rooney tu masa training Chelsea plak.. Kihkihkih... Glory Glory Man United..!!

Monday, July 18, 2011

Salam Takziah Buat Ahli Keluarga MP Titiwangsa Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali..

Dipetik daripada blog Anak Sungai Derhaka
Al-fatihah.......

Salam takziah buat ahli keluarga MP Titiwangsa Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali yang kembali ke pangkuan Penciptanya malam semalam.. Jenazah telah selamat di kebumikan jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Datuk Keramat.. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya...

Rangkuman Bola Sepak : Aksi Bertaraf Dunia..!!

Rangkuman bola sepak seluruh dunia. Ahaha.. Banyak betul aksi bola sepak dalam 2-3 hari ni.. Bermula dengan aksi Malaysia menentang Liverpool, Copa America, dan Piala Dunia bola sepak wanita. Banyak cerita menarik sebenarnya. Nak menjimatkan masa dan ruang, aku nak kongsi dengan korang dalam entri ni. Ehehe...
Bermula dengan perlawanan Malaysia-Liverpool, seperti dijangka Liverpool berjaya memenangi perlawanan tersebut. Walaubagaimanapun, prestasi skuad Malaysia harus dipuji apabila berjaya mengikat Liverpool 1-1 pada separuh masa pertama. Gol Safiq tu memang world class..!! Haha.. Kalau tak salah aku dah 3 kali dh dalam bulan ni dia score macam tu. Memang stail gile la.. Liverpool pun dh macam nervous bila Safee Sali score 2 bijik dalam masa 3 minit. Pergh memang terbaik.. Cuma 2 gol dalam minit kecederaan menyebabkan Malaysia kelihatan seperti "kalah besar" dengan Liverpool. Bolos 6 kali.. Adeih.. Sekali lagi, defensive line macam tak fokus.. Lepas ni nak lawan Singapore, dan berpandukan skuad yang sedia ada, Malaysia mampu untuk mengatasi mereka. Juz need some "renovation" dekat defensive line.. But for this game, it much better than the game with Arsenal.. All the best Malaysia. Hope you all bring the success from there.

Untuk Copa America plak, sebelum aku komen pape, aku nak gelak dulu.. Kahkahkah... Sebelum bermulanya perlawanan suku akhir, ura-ura untuk menyaksikan pertembungan dua gergasi Amerika Selatan iaitu Argentina dan Brazil di perlawanan akhir akan terlaksana. Tapi, jangan kata perlawanan akhir, separuh akhir pun kita tak dapat tengok dorang ni main. Ahaha.. Sebab ape, baru quarter final dorang dah kalah. Kihkihkih... Tak pe la.. Kasi can team lain pulak yang menang. Hehe.. Copa America kali ni memang banyak kejutan.. Terbaru Chile pulak tumbang dengan Venezuela. Ehehe.. Ini baru peringkat suku akhir.. Kita tengok apa pulak keputusan separuh akhir  nanti.

World Cup bola sepak wanita. Mungkin tidaklah se gah World Cup untuk bola sepak lelaki. Tetapi banyak juga aksi-aksi menarik yang di pamerkan. Tambah pulak tengok awek-awek yang main bola. Ehehe.. Best tu.. =p Untuk edisi kali ini, Jepun berjaya menjuarainya buat julung kali apabila menewaskan Amerika Syarikat yang merupakan salah satu pasukan feveret untuk bola sepak wanita. Kejayaan ini memberikan satu kebanggaan buat negara Asia apabila berjaya menempatkan diri sebaris dengan pasukan bola sepak di Eropah. Kejayaan ini menyusul menerusi sepakan penalti apabila pasukan Jepun yang ketinggalan berjaya menyamakan kedudukan 3 minit sebelum masa tambahan tamat. Pasukan Asia memang terbaik.. Bila la pulak  team bola sepak wanita Malaysia nak maju.. Tak kan nak jadi pasukan belasahan jer..? Ehehe..

Apa-apa pun.. Aksi bola sepak 2- 3 hari ni memang best... Banyak sangat sampai aku nak cerita detail sangat pun malas. Kihkihkih.. 

p/s : Tak sabar tunggu Under 23 Malaysia lawan Chelsea... =) 

Friday, July 15, 2011

Mari Pakai Baju Kuning Esok..!! Hidup Malaysia..!!

Kenapa sekarang ada umat manusia takut warna kuning? Kenapa baru sekarang nak takut warna kuning? Sampai Persatuan Kanser Malaysia yang nak buat larian amal pun dah sound awal-awal kepada mereka yang fobia dengan kuning ni jangan nak politikkan warna kuning. Apa salah kuning? Kesian kuning.. Kihkihkih..

Aku dengan berbesar hati ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong warna kuning. Takkan asyik nak sokong merah je. Hari tu aku tengok kat tv ramai yang pakai baju merah. Yang pakai baju kuning takde la seramai si baju merah. Tapi bagus jugak la sebab walaupun berbaju merah tapi still sokong yang berbaju kuning. Ada tu sokong dua-dua sekali.. Mane satu da.. Ahaha.. Kesian jugak melihat si baju kuning bile tengok ramai yang berbaju merah dan bukannya kuning. Sedangkan mereka di tanah air sendiri.. Huhu..

Jadi pastikan esok tidak lagi menjadi seperti hari yang sebelumnya bila mana si baju merah mengatasi si baju kuning. Si baju kuning mesti menang. Menang sorak pun sudah oke daripada tak menang apa-apa.. Jangan lupe untuk memakai baju kuning esok kerana sokongan anda semua akan dapat membangkitkan semangat mereka untuk berjuang menentang si merah di Bukit Jalil esok..! Ayuh bangkit HARIMAU MALAYA..!!

p/s : Kuning tetap di hati.. Merah tetap di kaki.....

Wednesday, July 13, 2011

Arsenal Lebih Hebat..Malaysia Tetap Di Hati...

Dipetik daripada senoktah.blogspot.com
Arsenal terlalu hebat buat Harimau Malaya... 4-0 tu kena... Ramsey, Walcott, Rosicky dan sape ntah lagi sorang yang score. Ahaha.. Sori lah aku tak perasan plak sape yang score gol ketiga tu.. Tapi takpe la.. Biasa la tu adat permainan.. Memang tak dinafikanlah kekuatan Arsenal jika hendak dibandingkan dengan skuad Harimau Malaya ni.. Ehehe.. Cuma yang agak tak best, aku rase ada gol yang dijaringkan tu macam senang sangat.. Adoi.. Defend mana defend..? Kasi mantap sket la... Baru best...

Lepas ni lawan Liverpool pulak. Apa pulak nasib skuad negara selepas ini. Skuad Liverpool dijangka tiba esok di Kuala Lumpur dari China. Mungkin perlawanan menentang Liverpool Sabtu ini akan menebus kekecewaan sewaktu menentang Arsenal. Jadikan kunjungan sulung Liverpool ke Malaysia menjadi detik buruk kelab itu. Ehehe.. Malaysia memang terbaik kalau menang dengan dorang. But still Liverpool is the favourite team to win against us.

Congratz to Arsenal. Mungkin selepas ini giliran Malaysia untuk menang. Jumpe lagi tahun depan kalau masih mahu datang ke Kuala Lumpur.. Buat Malaysia, yang penting korang menang dengan Singapore. Game dengan Arsenal dan Liverpool ni just untuk warm-up dan try taktik-taktik baru untuk menghadapi perlawanan penting menentang Singapore nanti..

All The Best..!! Aku akan sentiasa sokong Harimau Malaya walaupun korang kalah... Gudluck..!!

p/s : Hampeh betul takde LIVE kat tv game ni... Game Liverpool lawan Guangdong ada plak LIVE kat tv.....

Tuesday, July 12, 2011

Arsenal Vs Malaysia : Siapa Lebih Hebat..?

Lupakan sebentar ketegangan yang dicetuskan pihak penguasa baru-baru ini. Sekarang kita tumpukan ke arah pertembungan antara Malaysia dan Arsenal malam esok. Haha.. Kekuatan Arsenal akan di uji malam esok. Adakah Malaysia mampu untuk membenam Arsenal seperti yang di lakukan pada tahun 1975 yang mana Malaysia pada ketika itu menang dengan 2 gol tanpa balas? Mungkin semangat 1975 itu akan di jelmakan semula pada perlawanan malam esok. Lihat sajalah nanti.

Jika dibandingkan antara Arsenal dan pasukan Malaysia, mungkin rata-rata akan memberi kredit kepada Arsenal untuk mengatasi Malaysia malam esok. Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, Aku merasakan bahawa perlawanan ini sangat penting buat skuad Malaysia untuk "test" power sebelum menentang Liverpool pada Sabtu dan yang lebih utama menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Rajagobal mungkin ada percaturan tersendiri untuk memastikan keputusan perlawanan persahabatan ini memihak kepada kem Malaysia. Andaikata Malaysia menang, sedikit sebanyak akan memberi keyakinan kepada pemain Malaysia dan mungkin akan menggentarkan pasukan Singapura dengan rekod yang di bawa oleh Malaysia apabila bertandang ke tempat mereka nanti. Haha.. Kira macam psiko la kat Singapore nanti. Kalau kalah dengan Arsenal pun tidak mengapa. Semua orang tahu Arsenal sebuah pasukan yang hebat.. Tapi tidaklah sehebat Manchester United.. Ahahaha...

Pape pun, Aku mendoakan yang terbaik buat skuad negara. Kasi malu sket kat Arsenal tu. Kasi malu jugak sama Liverpool. Hahaha... Aku memang suka tengok dua team ni KALAH.. Wakaka... Untuk Chelsea, Aku simpan dulu ceritanya.. Malas nak sembang banyak-banyak.. Ahahaha....

p/s : Sayang Manchester United tak datang tahun ni... Rajagobal pun lebih minat MU sebenarnya.. Kihkihkih...

BERSIH 2.0: Tengoklah Mainstream Media Banyak-Banyak.... Ahahaha..!

Aku mulanya malas nak komen pasal Perhimpunan BERSIH hari tu. Tapi macam seronok juga nak sembang-sembang pasal BERSIH ni.. Al-maklum la.. Cerita pasca Perhimpunan BERSIH ini lebih menarik untuk dibicarakan. Sampai ke hari ini pun kalau sape-sape yang tengok mainstream media, still ada lagi cerita pasal BERSIH ni.. Ahaha.. Dan pastinya cerita-cerita tersebut tidak begitu menunjukkan perkara yang sebenar. Malah ada yang terpesong habis 360 darjah daripada cerita yang sebenar dan sepatutnya.

Salah satu cerita yang paling obvious 360 darjah pusingnya aku rase adalah tentang kehadiran rakyat pada hari tersebut. Kate mainstream media 5 ribu ke 6 ribu je yang ada... Kihkihkih.. Tapi gambar video yang dorang jugak tunjuk tak menunjukkan 5 ke 6 ribu... 50 ke 60 ribu ad la... Entah-entah lebih... Ape da...Gambar tunjuk lain... Cakap lain... Kantoi..Kantoi..

Berpijaklah pada dunia yang nyata. Mainstream media dah tak boleh jadi rujukan utama lagi dah.. Banyak sangat pesongnya daripada yang betul...Rakyat Malaysia sekarang banyak alternatif untuk dapat maklumat. Silap besar lah kalau masih pikir rakyat masih duduk melanguk tengok mainstream media bagi info. Rakyat tidak bodoh dan mudah untuk diperbodohkan. Kita bukan duduk dalam hutan yang tiada komunikasi dengan dunia luar.. Duduk dalam hutan pun dah boleh communicate dengan dunia luar sekarang ni.. Ahaha..

Aku malas nak cakap straight to the point sangat skang ni. Biarlah aku berkias-kias saja... Kalau korang penah baca tulisan aku masa mula-mula menulis dulu memang aku maki je on the spot.. Tapi bukan dalam blog ni la... Blog lain.. Hahaha..Kepada yang berkenaan, jangan ingat kuasa yang mereka ada sekarang akan kekal sampai kiamat. Suatu hari nanti kebenaran akan terserlah.. Jangan dipandang enteng kuasa rakyat.. Suara rakyat suara keramat.. Sekali rakyat bangkit seumur hidup terasa perit.... INGAT TU..!!

p/s: Aku malas nak komen banyak-banyak. Cuma sedikit kecewa dengan cara layanan terhadap para demonstran yang tidak bersenjata..... 1 DUNIA tahu cara layanannya.. Taktau gak pegi tengok youtube atau apa saje selain daripada mainstream media yang 200% menyokong _______________(isikan tempat kosong. Ehehe..)

Wednesday, July 6, 2011

Siapa Juara Liga Super...?

Lupakan saingan antarabangsa sebentar. Malam ini penentuan antara 3 pasukan gergasi bola sepak di Malaysia untuk merebut kejuaraan Liga Super musim ini. Saingan sengit sejak daripada awal musim telah membawa kepada perlawanan terakhir untuk penentuan kejuaraan Liga Super musim ini. Antara Kelantan, Selangor mahupun Terengganu, masing-masing mempunyai kelebihan untuk merangkul kejuaraan. Namun demikian, Kelantan dilihat lebih selesa dan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk merangkul kejuaraan musim ini. Mereka hanya perlu seri untuk meranapkan impian dua lagi pesaing iaitu Selangor dan Terengganu.

Tapi kalau dorang kalah terpaksalah mereka bergantung kepada lain-lain keputusan yang melibatkan pasukan Terangganu dan Selangor. Ehehe.. Pahang? Entahlah aku pun tak tau nak cakap ape. Peluang  nak kena turun liga masih lagi ada. Harap-harapnye tak kena turun lah ye..


Saingan musim ni aku rasa sengit semacam. Aku ni pun takde la follow sangat Liga Super ni. Tapi tau la sikit-sikit perkembangannye. Ehehe.. Mat Yo fight dengan rakan segandingan dalam skuad Harimau Malaya dari Terengganu, Abdul Hadi Yahya untuk penentuan kasut emas. Tapi beza gol tak jauh pun. 1 gol je beza. So sape score bnyak mlm ni, dapat la kasut emas tu.. =p

Pape pun, macam biasa aku akan ucapkan ALL THE BEST kepada semua pasukan. Bermainlah dengan penuh semangat kesukanan. Martabatkan kembali bola sepak negara...

p/s : Masih menunggu team mane dalam liga Malaysia yang dapat kekal rekod 100% tanpa kalah...

Monday, July 4, 2011

Rasa Hati

Dari jauh hanya terkenang,
Sua muka jauh sekali,
Dalam hati jiwa tak tenang,
Apa berada di dalam hati?

Dari selatan hingga utara,
Singgah sebentar di tengah jalan,
Susah benar bersua muka,
Malu-malu tidak tertahan.

Entah rindu, entahkan tidak,
Susah-susah di negeri orang,
Entah malu entahkan tidak,
Bila resah asyik terkenang.

Cantik sungguh bunga melati,
Bunga melati dimilk orang,
Jauh dimata dekat dihati,
Sudahkah hati di milik orang...

Taiwan Yang Menang, Malaysia Yang Mara.. Hahahaha..!!

Aku malas nak sembang banyak-banyak. Yang penting Malaysia layak ke pusingan seterusnya untuk main World Cup 2014. Haha..!! Lepas ni jumpe Singapore. Satu negara yang pemain bola mereka kebanyakannya import. Tak cukup player la katakan.. Kih Kih Kih.. Singapore qualified secara automatik ke pusingan kedua selepas aksi mereka yang memberangsangkan pada qualifying World Cup 2010 yang lepas apabila menduduki tangga ke-3 dalam peringkat kumpulan. Dalam erti kata lain Malaysia akan berhadapan dengan satu pasukan yang hebat pada pusingan yang seterusnya. Kalau main macam 2nd half semalam, alamat petaka bagi skuad Harimau Malaya.

Negara kecil ini mungkin akan memberi masalah kepada skuad negara andai kata para pemain leka dalam permainan mereka. Game lawan Singapore ni nampak macam mudah. Tapi aku rasa antara game yang payah jugak.. Mungkin persaingan sengit berlaku bagi merebut tempat dalam 20 pasukan terbaik di Asia.

Apa-apa pun TAHNIAH buat Harimau Malaya. Sungguhpun tewas di Taiwan namun 2 gol di tempat lawan memastikan kemaraan skuad Harimau Malaya. Kredit juga untuk Sharbinee yang menjaga gawang dengan baik malam semalam. Dalam 3 penalti 1 dapat safe 2 lagi layangan ke arah yang tepat tetapi tak dapat tangkap sebab bola laju sangat. Yang lain2 safe tu aku malas nak cakap la.. Taiwan nye striker pun lebey kurang Malaysia gak.. Tak score. Suruh midfielder dengan defender yang score... Kih kih kih...

Singapura! Kami akan datang dengan misi untuk menyerang habis-habisan..!! GO MALAYSIA..!!

p/s : Kecewa dengan komentator Astro Arena yang tak tahu sangat pasal peraturan gol tempat lawan.. Teragak-agak nak cakap Malaysia Qualify next round... Ape Daa.....