Sedang aku melihat-lihat berita mutakhir di Berita Harian Online, aku terjumpa satu berita. Berita yang boleh bikin semua ahli UMNO menarik nafas lega.. Berita yang boleh bikin UMNO diterima hendaknya.. Berita apakah itu..? Hehe.. Berita yang pada aku hanya sebahagian je yang boleh diterima.. Hanya sebahagian sahaja yang boleh diterima dek kepala otak aku ni..
Tajuk beritanya ialah, "Najib tegaskan bahawa UMNO adalah parti Islam sebenar" Benarkah begitu? Hujah Najib, UMNO itu adalah sebuah parti Islam yang sebenar kerana UMNO membela dan berusaha untuk menaik taraf umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.. Katanya lagi kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan dalam kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda..
Hurm.. Hebat juga ya.. Hehe.. Bahagian yang aku dapat terima hanyalah kemiskinan itu menghampiri kekufuran.. Itu je.. Yang lain-lain tu macam susah sikit nak masuk kepala aku ni.. Apa yang aku mahu bicara disini bukanlah tentang jasa "UMNO Lama" yang ditumpang sekaki oleh "UMNO Baru" membuka tanah rancangan Felda ni.. Apa yang aku ingin bicara disini adalah, adakah benar UMNO itu sebuah parti Islam yang sebenar?
Dari satu sudut memang betul UMNO itu parti Islam. Hal ini kerana ahli-ahlinya terdiri daripada orang Melayu Islam. Tetapi bukanlah parti Islam yang sebenar sepertimana yang dikatakan oleh PM 1Malaysia kita ni.. Islam sebenar bukan sekadar menaiktaraf hidup rakyat semata-mata seperti yang digambarkan tetapi daripada segi pelaksanaannya juga..
Ape yang aku maksudkan dengan pelaksanaan adalah ahli-ahlinya juga mestilah menjadikan Islam itu sebagai satu cara hidup.. Mana mungkin Islam mengamalkan politik wang.. Mana mungkin Islam membenarkan pendedahan aurat.. Mana mungkin Islam membenarkan persentuhan dengan bukan muhrim.. Mana mungkin Islam membenarkan umatnya mencerca agama lain.. Dan mana mungkin Islam menolak hukuman yang ditetapkan oleh Allah S.W.T..
Janganlah pula cepat melatah jika aku katakan bahawa UMNO ini hanyalah Islam pada namanya sahaja.. Hanya segelintir ahlinya saja yang benar-benar mengamalkan Islam sebenar.. Tetapi secara totalnya mereka tidaklah mengamalkan Islam yang sebenar..
Jadikanlah Islam itu sebagai satu cara hidup...
p/s : Sekadar membetulkan apa yang dikatakan oleh PM 1 Malaysia kita....
Reformasi,
ReplyDeleteAnak saya yg sulung ketika umurnya 2 tahun, dia sebut UMNO sebagai UMNGOK (pelat). Tapi, kesannya sehingga kini kami sekeluarga menyebut UMNO sebagai UMNGOK.
parti islam sebenar?
ReplyDeletemana hukum hudud? kenapa buat perlembagaan tak ikut piagam madinah? nape bini masing2 tak pakai tudung? nape benarkan arak dan judi di malaysia?
nape kau letak gmbr ni? kan ade lg yg kontroversi...
hehehe...
Zura,
ReplyDeleteKecik-kecik dah tau tentang UMNO yer.. Besar sungguh pengaruh UMNO ni.. Hehe..
Amirul,
Aku boleh jawab satu je.. Kenapa aku letak gambar ni.. Sebab aku Fan Pak Lah..Hahaha... Yg lain2 bole tanya Mr. 1 Malaysia kita.. Hehe..
sekali lagi entri ini hanya untuk memerli parti pihak lawan sang penulis (dalam kes ini..UMNO lagi la)..
ReplyDeletemana mungkin Islam mengamalkan politik wang...(dalam pikiran penulis hanya UMNO/BN sahaja yang mengamalkan politik wang ke??Cermin diri parti...)
mana mungkin Islam membenarkan pendedahan aurat..(aku harap penulis tidak pernah melihat video XXX sebab kite tidak mahu seorang yang hipokrit..dan bukan sekadar berbicara aurat kerana ada peluang untuk menyerang pihak lawan)
mana mungkin Islam membenarkan mencerca agama lain...(pemimpin negara mana yang mahukan negaranya porak-peranda dan gagal dibawah pemerintahannya dengan memainkan isu begini?jadi nak salahkan siapa dalam hal ni?individu yang terlibat?parti politik?perdana menteri?)
mana mungkin Islam menolak hukuman yang ditetapkan oleh Allah...(saya harap DAP pun tidak menolak hukuman yang ditetapkan oleh Allah...)
jangan pula melatah jikalau aku mengatakan PAS juga Islam pada nama sahaja...hanya segelintir sahaja yang benar-benar mengamalkan Islam sebenar...
secara keseluruhannye...aku sokong apa yang cuba disampaikan penulis...UMNO tidak layak untuk "claim" parti mereka adalah parti Islam.Sebab aku pun x suke diorang "claim" hanya kerana satu sebab...pembangunan yang dibanggakan mereka.Tapi sang penulis janganlah pula menuding dengan hanya satu jari..kerana...satu jari sahaja yang menghala ke depan...tetapi 4 lagi jari menghala pada diri sendiri serta parti pegangan penulis.
p/s: aku tak suka orang yang gunakan nama Islam bile ianya menyebelahi pihaknya sahaja...kerajaan n pakatan sama sahaja sikapnya..
Salam saudara baju melayu,
ReplyDeleteIni hanyalah ulasan saya daripada apa yang dilaporkan oleh media.. Tiada sedikitpun dalam entri ini saya membandingkan antara UMNO dan parti2 lain dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS.. Mungkin hanya perasaan saudara shj yg merasakan demikian.. Label utk entri ini pun BEBAS.. Bukan bawah label Politik..
Terima kasih atas pandangan saudara...