Pengikut Blog Ini

Wednesday, November 18, 2009

Lagu Lama Diberi Nafas Baru..


Kota Siputeh oh Kota Siputeh.. Dendangan lagu lama yang dirancakkan kembali. Sesuailah dengan statusnya sekarang.. "Single and still available" Hehe.. SPR menggelabah.. BN pun turut sama menerjah.. Sama-sama merayu agar keputusan mahkamah tinggi diubah.

SPR nak "cover" malu mungkin.. Mereka kata Kota Siputeh "not available" still milik BN. Mahkamah pulak kata Kota Siputeh dah "single" dan mintak SPR aturkan pemilihan baru. Sebab tu SPR pun nak merayu agar keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan.. Ini pandangan aku saje.. Mungkin ade sebab lain mereka merayu..

Kalau BN merayu, aku tidaklah hairan. Dah kerusi mereka, memang la mereka mahu pertahankan. Tapi Najib awal-awal lagi dah menyahut cabaran yang BN akan bertanding jika rayuan mereka gagal. Kalaulah rayuan itu gagal maka rakyat Malaysia akan menyaksikan satu lagi PRK pasca PRU-12.

Persoalannya, mampukah PR merampas Kota Siputeh jika PRK diadakan disana..? Atau igauan Bagan Pinang akan kembali berulang..? Jawab aku mudah. Jika kerajaan Kedah sekarang bekerja dengan baik selama setahun lebih ini, aku rasa tidak mustahil Kota Siputeh bakal bertukar tangan. Tetapi jika sebaliknya maka janganlah dimimpikan kerusi Kota Siputeh itu.. Aku tak tahu sangat perkembangan di Kedah. So, aku tak nak lah komen panjang-panjang.

Semoga, yang selayaknya bakal menggantikan tempat sebagai ADUN Kota Siputeh...

p/s : Mohon maaf kerana lama menyepi.. Kesibukan melanda diri... =)