Pengikut Blog Ini

Tuesday, July 21, 2009

Erti Cinta....


Erti cinta. Apa itu cinta..? Setiap orang da definisi yang tersendiri tentang cinta. Cinta juga ada pelbagai jenis cinta. Cinta kepada keluarga, cinta kepada alam, cinta kepada rakan, dan yang paling utama tapi sering dilupa cinta kepada tuhan yakni Allah S.W.T.

Ramai orang yang bercinta di luar sana. Ada yang baru mula bercinta. Ada yang sudah lama bercinta dan ada juga yang telah pun kehilangan cintanya. Kepada yang baru mula bercinta mungkin akan merasakan keindahannya. Siang malam dibuai rasa. Siang malam dilanda gelora cinta yang membara. Bagi yang telah lama bercinta pula mungkin ingin menyuburkan kembali cinta yang mungkin semakin hari semakin pudar. Kepada yang telah kehilangan cinta mungkin mereka merasakan cinta itu belum sebati dalam diri mereka lalu melepaskan cinta itu pergi.

Ramai yang bertanya kepada aku. "Kau takde gf ker.?" Dan ada juga yang kata "Kenapa tidak bercinta..?" Hehehe... Cukuplah sekali merasa bahananya. Bukan untuk kali keduanya. Cukuplah sekali terkena penangan sang cinta yang tidak begitu sebati dalam hidup aku mungkin. Jika ada umur yang panjang cinta akan menjengah lagi. Tapi bukanlah buat masa ini aku fikir.

Dengan cabaran yang bakal mendatang aku belum sempat untuk memikirkannya kembali. Belum tiba masanya lagi. Belum tiba saatnya lagi. Mungkin bila tiba waktunya cinta itu akan hadir dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa atau dicari.

Kepada yang sedang bercinta, jaga perhubungan anda sebaiknya. Semoga akan terus utuh hingga ke akhir hayat. Kepada yang belum bercinta tapi mahu kenal apa itu cinta, siapkan diri jika tidak mahu tenggelam dilanda badai gelora cinta yang menggila...

p/s : Cinta kepada tuhan adalah cinta yang paling abadi.....


Monday, July 20, 2009

Masih Ada Ruang Buat Malaysia


Masih ada ruang buat Malaysia. Itu je lah yang boleh aku cakapkan buat masa ini. Walaupun dianggap cemerlang dalam 2 perlawanan menentang Manchester United kali ini, tapi pasukan negara masih lagi jauh dalam mencapai misi untuk memartabatkan kembali bola sepak negara.

Bukan tidak mahu memuji, tetapi apabila sekali dipuji akan menyebabkan pasukan negara terbuai-buai dengan pujian itu walaupun kadangkala pujian memang harus diberikan bagi meningkatkan motivasi pemain.

Sengaja aku menanti perlawanan ulangan pada malam ini sebelum membuat sebarang ulasan. Aku akui corak permainan Malaysia dalam perlawanan persahabatan kali ini agak baik. Tapi perlu diingatkan bahawa masih ada ruang untuk meningkatkan lagi persembahan pasukan negara. Kepada pemain yang berkenaan janganlah terlalu mendabik dada walaupun berjaya menjaringkan gol menentang antara pasukan terbaik dunia.

Dalam cakap-cakap rakan aku, semua mengharapkan agar Malaysia tidak menang. Bukan tidak patriotik, tetapi agak meluat dengan kenyataan-kenyataan yang membangga diri. Baru sekadar menang tipis, kalau menang macam mana la agaknya. Sungguhpun patut berbangga, tapi tidak perlulah berlebihan. Yang penting fokus. Baiki kelemahan. Tingkatkan latihan serta majukan diri.

Tiada siapa mahu kalah dalam setiap perlawanan. Begitu juga pemain-pemain Malaysia. Doa dari aku, semoga pasukan negara akan terus maju pada masa akan datang. Tahniah buat skuad muda negara kerana Manchester United adalah pasukan terbaik dunia... =)

p/s : Rindukan kelibat Ronaldo...... =(

Saturday, July 18, 2009

Chua Jui Meng Sertai PKR : MCA Semakin Longgar


Nampaknya ura-ura Datuk Chua Jui Meng akan menyertai PKR berlaku juga. Perkara yang paling ditakuti BN akhirnya berlaku juga. Perkara yang di nanti PR berlaku juga. Harapan PR terlaksana juga. Setelah melepas jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri Khamis lalu, hari ini Chua Jui Meng mengumumkan penyertaannya bersama PKR.

Mungkin ini adalah satu berita baik buat PR. Penyertaan bekas menteri ini telah menunjukkan betapa kerajaan BN sudah semakin tidak relevan lagi. Tapi aku berpandangan skeptik terhadap penyertaan bekas ahli BN ke dalam PR.

Mana tidaknya, masih terbayang lagi dalam kepala aku ni penyertaan sorang Adun BN Perak ke dalam PKR. Tup tup 2 hari lepas tu masuk balik BN. Sampai tergadai negeri Perak kepada BN. Malas aku nak cakap namanye. Semua orang tahu. Kalau tak tahu, korang carilah sendiri yek..

Tapi itu hanyalah pandangan peribadi aku. Jika benar Chua Jui Meng ingin bersama-sama PR berjuang demi hak rakyat adalah dengan segala hormatnya dipersilakan. Sebelum ini juga Zaid Ibrahim yang juga bekas menteri kabinet telah pun menyertai PKR.

Hakikatnya, berjuang bersama PR adalah satu cabaran yang amat besar. Meminjam kata-kata seorang sahabat bloggger aku, tiada karpet merah dibentangkan dalam memperjuangkan hak rakyat bersama PR, tetapi jalan yang penuh berliku dan bermacam dugaan bakal ditempuhi..

Semoga dengan penyertaan Datuk Chua Jui Meng akan mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat pada masa akan datang...

p/s : Siapa lagi mahu keluar..? Angkat tangan...

Thursday, July 16, 2009

Sape Rase Nak Makan Lampu..?


Keluar daripada belengu politik negara. Disini aku nak tunjuk satu gambar yang best. Gambar ini adalah seratus peratus benar dan tiada sebarang ''editing'' yang dibuat. Apa yang anda semua dapat lihat daripada gambar di sebelah? Hehe... Betul.. Sape-sape rase nak makan lampu boleh la pegi kat restoran ni. Hehe.. Zaman sekarang lampu pun boleh dimakan.

Gambar ni dah lame aku ambik. Cuma tak sempat masuk dalam blog ni lagi.. Kalau nak tengok dengan real bole la korang pergi kat kedai mamak Darul Ehsan Seksyen 8 Shah Alam. Haha.. Promosi percuma ni.. Mamak tu tak bayar 1 sen pun kat aku... Hehehe..

p/s : Kalau foreigner datang macamane la agaknye ye.. ''Lamb Chop'' dah tukar jadi ''Lamp Chop''

Kata Najib : Angin Perubahan Kepada BN


Angin perubahan kepada BN. Itulah yang dikatakan oleh Najib. Ya mungkin benar dan mungkin juga tidak benar. Pada aku kekalahan tipis BN kepada PAS dalam PRK Manik Urai yang lalu tidak boleh dijadikan kayu ukur dalam menentukan tahap penerimaan rakyat kepada BN.

Hal ini kerana pada aku Manik Urai bukanlah kawasan yang benar-benar kuat atau dikatakan sebagai kubu kuat PAS. Jika benarlah Manik Urai itu kubu kuat PAS, mana mungkin mereka akan tewas dalam PRU-11 yang lalu sebelum dirampas kembali dalam PRU-12 lepas. Pada aku pengundi Manik Urai mengundi berdasarkan calon dan bukanlah 100% atas parti.

Jika benar ingin mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap BN, BUBARKAN sahaja DUN Perak. Serahkan mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang dimahukan oleh mereka. Mungkin dengan cara itu sahaja akan dapat menentukan tahap penerimaan rakyat terhadap BN disamping menyelesaikan terus krisis yang berlarutan di Perak yang masih belum nampak jalan keluarnya. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

p/s : Mungkin BN tahu bahawa dengan BUBAR DUN Perak umpama menggali kubur sendiri...!!

Tuesday, July 14, 2009

Hadiah Buat Najib Daripada Rakyat...


Setelah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti Pakatan Rakyat menang dengan selesa kini Manik Urai pula menambah siri kemenangan PR dalam Pilihan Raya Kecil pasca PRU-12. Namun notanya cukup berbeza. PR, yang diwakili PAS hanya mampu menang dengan perbezaan 65 undi sahaja. Nampaknya kali ini bukan UMNO yang perlu buat post mortem seperti lazimnya tetapi PR terutamanya PAS yang harus bermuhasabah diri dengan jumlah penurunan majoriti undi kali ini walaupun peratus keluar mengundinya adalah tinggi.

Sungguhpun berjaya mengekalkan kerusi DUN Manik Urai, tapi masih ada ruang-ruang kosong yang perlu dibaiki dan dilengkapkan. Permainan BN hampir menjerat PAS. Mungkin pada BN ini adalah satu kemenangan moral walaupun sekali lagi tewas dalam pilihan raya kecil pasca PRU-12.

Aku tidak nafikan isu seperti jambatan dan kerajaan perpaduan yang dicanangkan oleh UMNO sedikit sebanyak telah mempengaruhi pengundi di Manik Urai. Tapi Allah maha Adil. Kemenangan akan tetap berpihak kepada yang benar walaupun pelbagai cabaran yang perlu dihadapi.

Walauapapun, tahniah kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah (gambar) yang berjaya memenangi PRK ini. Semoga anda berkhidmat dengan sebaiknya kepada penduduk Manik Urai.

Kepada gagasan Pakatan Rakyat, kukuhkan perpaduan bagi menjamin kemuafakatan dalam menentang musuh-musuh rakyat. Nampaknya sekali lagi UMNO ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat.

p/s : PR 6-1 BN.... Hadiah Buat Najib Daripada Rakyat....

Monday, July 13, 2009

Kerajaan Rakyat ker..?


Mudah. Hanya dengan 11 "hadiah" yang diumumkan oleh Najib sempena 100 hari pemerintahannya dah boleh diberi title kerajaan rakyat. (klik sini)

Bukan tidak bersyukur tapi itu masih belum mampu untuk melabelkan BN sebagai kerajaan rakyat. Masih belum cukup untuk menutup segala kelemahan yang berlaku.

Malas aku nak tulis panjang-panjang. Korang ada fikiran sendiri boleh menilainya. Rasanya title kerajaan rakyat untuk BN itu masih jauh lagi... Jauh sejauh-jauhnya....

p/s : Pakatan Rakyat itu adalah untuk RAKYAT....

Friday, July 10, 2009

Bila Si Bodoh Buat Kerja Bodoh..!!


Menyusahkan. Kalau nak sangat mati pegi je la mati.. Tak payah nak menyusahkan orang yang nak hidup aman dan tenteram kat dunia ni. Naik meluat aku baca kisah-kisah orang ugut nak bunuh diri ni. Kalau betul-betul nak mati terjun je terus ni banyak songeh plak nak kene ada orang selamatkan.

Sebenarnya aku dah lame nak beri pendapat tentang orang nak bunuh diri tapi pengecut ni. Dah berdiri tepi bangunan, tepi jambatan tapi tak terjun-terjun pun. Kebetulan surat khabar hari ni ade cerita seumpama ini lagi yang berlaku. Seorang gadis yang tiada akalnya telah menyusahkan ribuan penumpang LRT hampir sejam dek perangai bodohnya yang nak ugut terjun dari jambatan ke laluan LRT. (baca sini)

Huh. Menyusahkan betul. Gaduh ngan pakwe sibuk nak terjun jambatan. Dah tu penakut plak. Kalau orang yang betul-betul nekad nak bunuh diri dia akan terjun je. Takde publisiti murahan macam ni. Bomba banyak lagi kes yang lebih penting. Bukan nak duk menyelamat orang bodoh macam minah ni je.

Nasib baik la aku tak jadi bomba. Kalau tak mau je aku tolak minah tu. Jatuh mati angkat mayat hantar hospital. Buat laporan kata tak sempat diselamatkan. Senang. Nak sangat mati.. Hish.. Geram...

Kepada makhluk-makhluk yang nak sangat bunuh diri kat luar tu, tak payah nak terjun dari bangunan ke jambatan ke kalau dah tau diri tu pengecut. Minum je racun. Terus mati. Tak menyusahkan hidup orang ramai pun. Sekian..

p/s : Semoga dikukuhkan iman dalam diri....

Monday, July 6, 2009

Azam Baru Untuk Semester Baru...


Semester baru bermula. Dengan penuh keazaman aku akan memastikan semester ini semuanya cerah-cerah belaka. Secerah langit pagi yang tak mendung. Hehe.. Ape la yang aku ngarut ni.. Anyway semoga semester kelima ini adalah lebih baik daripada semester-semester yang sebelumnya.

Penat kepala otak tengok cuaca mendung je setiap sem.. Harap sem ni semuanya cerah dan sukses semuanya.. Azam dah ade. Tinggal pelaksanaannya saje.. Huhu.. Doakan aku ye rakan-rakan.. Salam..

p/s : Biar panas sampai ke petang...

Sunday, July 5, 2009

Manis Itu Bisa...


Sandiwara bakal bermula walaupun sandiwara itu telah pun bermula sejak awal lagi menjelang PRK DUN Manik Urai. Nampaknya Manik Urai bakal menjadi anak angkat kepada Kerajaan Pusat jika BN memenangi PRK ini. (klik sini) Hahaha.. Gula-gula lagi yang di taburkan oleh pimpinan BN. Mula-mula anak emas, kemudian jadi anak angkat pulak. Lepas ni apa pulak agaknya..

Tolonglah BN, jangan bagi gula-gula murahan seumpama itu.. Jangan cuba ''ugut'' pengundi di Manik Urai. Jangan cuba untuk memperbodohkan pengundi di sana. Jika benar BN boleh membawa perubahan disana mengapa tidak dilaksanakan sewaktu mereka menang di kawasan tersebut pada 2004..?

Tindakan untuk menjadikan Manik Urai sebagai anak angkat Kerajaan Pusat apabila dilihat daripada perspektif yang berbeza, boleh dianggap sebagai ''rasuah politik'' secara tidak langsung kepada pengundi disana. Mungkinlah pandangan aku ini tidak begitu tepat, tetapi secara rasionalnya adalah berasas.

Kenapa tidak diambil mana-mana DUN yang telah dimenangi di Kelantan itu untuk dijadikan anak angkat..? Kenapa mesti Manik Urai..? Jawapannya mudah, hal ini kerana PRK DUN Manik Urai adalah sangat penting bagi UMNO dalam usaha untuk menaikkan kembali reputasi mereka yang dilihat semakin merudum. Maka, oleh sebab itu gula-gula manis yang berbisa ini di taburkan.

Kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, teruskan perjuangan anda dalam menjadikan Islam sebagai teras dalam memperjuangkan hak rakyat. Kekuatan dalam Islam itu akan terus membantu anda. Selamat berjuang demi rakyat..

p/s : Kemenangan untuk rakyat...

Friday, July 3, 2009

Bila Babi Jadi Sasaran..


Nampaknya sekali lagi isu babi menjadi bahan hangat. Jika dulu isu pembinaan kandang babi moden di Selangor menjadi isu hangat kini isu pusat sembelihan babi di Kedah pula yang menjadi isu besar. Pada pandangan aku isu ini adalah satu isu yang tidaklah besar sebaliknya dibesar-besarkan oleh pihak tertentu.

Tindakan DAP Kedah yang mengancam untuk keluar daripada PR Kedah apabila rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya dirobohkan adalah satu tindakan yang keanak-anakan. Apabila kita selusuri kembali, rumah sembelihan tersebut adalah rumah sembelihan haram. Maka adalah patut rumah sembelihan itu dirobohkan. Undang-undang tetap undang-undang. Kerajaan negeri bertindak atas lunas undang-undang.

Nah, kini isu kecil yang membabitkan masyarakat setempat seolah-olah menjadi isu nasional apabila DAP Kedah menyatakan hasrat untuk keluar daripada PR di Kedah yang mana puncanya adalah perobohan rumah sembelihan babi haram di Kampung Berjaya. Nampaknya musuh-musuh PR akan mula bergembira dengan isu ini dan media arus perdana akan cuba memutar belitkan isu ini.

Yang paling lawak adalah UMNO dengan gelojohnya menjemput PAS menyertai UMNO apabila isu ini dimainkan. Yang paling best adalah Shahrizat dengan angkuhnya mengatakan dia dah tahu perkara ini akan berlaku. Hahaha... Wake up UMNO.. Tak kan tido lagi kot.. Orang dah naik jet, hangpa naik beca lagi. Very cheap.. MURAH.. Inilah yang dikatakan peribahasa MELAYU, bagai menangguk di air yang keruh..

Inilah yang terjadi apabila politik babi dimainkan. Habis haru dibuatnya. Yang baik dikata jahat, yang jahat dikata malaikat. Undang-undang ditolak tepi. Orang BN menari-nari.. Itulah yang terjadi..

p/s : Nasib si babi....