Pengikut Blog Ini

Sunday, May 23, 2010

Seperti Dijangka - Inter Milan Juara Eropah


Sudah terjawab segalanya.. Kejuaraan Treble sah milik Inter Milan apabila mereka berjaya memenangi trofi ketiga mereka apabila menjuarai Piala Liga Juara-Juara awal pagi tadi dengan menewaskan Bayern Munich 2-0.

Walaupun aku tengok sambil tidur ( akibat mengantuk yang amat sangat.. Ahaha..) dapat gak lah menikmati suasana final tu.. Ehehe.. Seperti dalam entri sebelum ini aku meramalkan kemenangan Inter cuma mungkin jaringan saja yang tidak tepat.. Aku ingat Bayern boleh nak jaringkan gol tetapi mereka tidaklah seperti yang aku sangkakan.. =)

Apa-apa pun tahniah buat Inter dan Jose Mourinho yang berjaya memenangi kejuaraan treble untuk musim ini. Walaupun aku tak suke sangat Mourinho lebih-lebih lagi sewaktu dia membimbing Chelsea, aku tak nafikan karisma yang dibawa olehnya. Dengan kata lain Mourinho adalah seorang pengurus yang pada aku sangat cemerlang.

Mungkin suatu hari nanti Mourinho akan menggantikan Sir Alex Ferguson di Old Trafford apabila Sir Alex sudah tidak mahu lagi menguruskan United dan bersara. Siapa yang tahu kan..

Buat Bayern, tahniah juga sebab melangkah ke final Liga Juara-Juara. Aku optimis pada musim depan United akan tampil lebih hebat dalam kempen peringkat Eropah..

p/s : Masih teringat kejayaan Kedah menang treble 3 musim berturut-turut.. Ehehe.. =)

Blackpool Kembali Selepas 39 Tahun...


Setelah 39 tahun akhirnya Blackpool FC berjaya kembali ke Liga Utama Inggeris (EPL) untuk musim 2010/2011. Kejayaan Blackpool dalam perlawanan akhir playoff menewaskan Cardiff City melengkapkan tiga pasukan yang dinaikkan pangkat ke Liga Perdana selepas Newcastle United dan West Bromwich Albion yang layak secara automatik apabila menduduki dua tangga teratas Liga Kejuaraan musim ini.

Walaupun menduduki tangga keenam dalam kempen Liga Kejuaraan ; kedudukan terakhir untuk melayakkan diri dalam perlawanan Playoff, Blackpool telah melakukan segalanya dan usaha mereka tampak berbaloi apabila berjaya layak ke Liga Perdana musim depan.

Persoalannya disini ialah adakah Blackpool mampu bersaing dengan pasukan-pasukan handalan lain dalam Liga Perdana? Atau adakah nasib mereka akan menjadi seperti Burnley? Layak ke EPL menerusi Playoff tetapi gagal untuk meneruskan perjuangan untuk musim depan apabila kembali di turunkan ke Liga Kejuaraan.

Segalanya bergantung kepada mereka. Tidak semestinya berjaya menewaskan United di awal musim( seperti yang terjadi kepada Burnley) akan menjamin kedudukan yang selamat dalam liga..

Walauapapun aku amat memuji pasukan-pasukan seperti Birmingham dan Wolverhampton yang berjaya mengharungi musim pertama mereka dengan sangat cemerlang terutamanya Birmingham yang berjaya menduduki tangga ke-9..

Untuk musim depan, aku pasti persaingan pasti kembali dengan penuh aksi dan United akan merampas kembali kejuaraan liga daripada Chelsea.. =)

p/s : Maklumat lanjut pasal pasukan Blackpool korang boleh tanye Pakcik Google.. =p

Saturday, May 22, 2010

Liga Juara-Juara Milik Siapa..?


Perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini pasti menjanjikan satu pertembungan yang menarik. Pada hemat aku Inter mempunyai sedikit kelebihan dan kekuatan untuk memenangi perlawanan akhir ini. Bukan menidakkan kemampuan Bayern, cuma mungkinlah kekalahan United kepada Bayern menyebabkan aku nak sokong Inter.. Ehehe.. =p

Mana-mana pasukan yang akan menang malam ini akan menjulang kejayaan "Treble" musim ini apabila kedua-dua pasukan sudah pun menjulang dua kejuaraan untuk musim ini. Itulah yang menjadi mangkin untuk kedua-dua pasukan beraksi sebaik mungkin.

Ketajaman Diego Milito dan peningkatan prestasi Arjen Robben pasti menjadi sandaran buat kedua-dua pasukan disamping kekuatan anggota pasukan lain yang akan turut berusaha untuk menyumbang kepada pasukan masing-masing.

Selamat Maju Jaya buat kedua-dua pasukan... All The Best.. =)

p/s : Ramalan aku ; Inter Milan 3-1 Bayern Munich

Tuesday, May 11, 2010

Bersawang Sudah Blog Ni...


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. Aku dah jadi pemalas nak update blog ni.. Ehehe.. Al-maklum la, rasa macam takde ape nak tulis walaupun banyak isu yang bole diceritakan..

Selepas berakhirnya musim EPL 2009/2010 yang dimenangi Chelsea sehinggalah kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu dan judi bola sepak sempena World Cup yang akan datang termasuklah juga kisah piala Thomas dan Uber, macam-macam aku boleh coretkan. Tapi seperti yang aku cakap tadi kemalasan menguasai diri.. Hehe..

Nampaknya aku kena lebih rajin la nak update blog yang dah bersawang ni.. Mohon maaf la kalau ade yang follow blog ni.. (Ahaha.. perasan sket macam ramai yang follow.. =p)

Ape-ape pun semoga semua pembaca sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.. Have a good day.. =)

p/s : Bulan depan aku start praktikal selama 6 bulan.. Tak tau la sempat update ke tak.. Huhu..