Pengikut Blog Ini

Monday, May 4, 2009

Tindakan Siva Tepat.


Dalam menuju kepada tarikh persidangan DUN Perak 7 Mei ini, tindakan untuk hanya membenarkan sebahagian petugas media untuk membuat liputan dalam persidangan kali ini dilihat sebagai kurang tepat dan tidak mendokong kepada prinsip-prinsip kebebasan media.

Oleh yang demikian, berlandaskan kepada prinsip tersebut Speaker DUN Perak, V.Sivakumar(gambar) telah memutuskan agar semua pihak media yang dihalang untuk membuat liputan dalam persidangan 7 Mei ini agar membuat permohonan kepada pejabat speaker untuk membolehkan mereka membuat liputan.(klik sini)

Tindakan Siva ini aku lihat sebagai tepat bagi memastikan laporan yang disampaikan tepat dan memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat ketelusan dalam peyampaian laporan kepada mereka.

Tindakan ini adalah berlandaskan kepada bidang kuasa speaker mengikut Perintah 84 yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil jurnal (wartawan) menghadiri persidangan Dewan.

Tahniah kepada Sivakumar kerana berani untuk menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya bagi menjamin demokrasi dan kebebasan media terus dipertahankan. Bak kata rakan aku "Satu Malaysia Di Belakang Siva untuk mempertahankan demokrasi yang dihancurkan oleh BN"

Kepada media, laporkan kebenaran. Jangan jadi Pak Turut yang hanya tahu mengangguk walaupun salah. Kepada BN, rakyat akan menuntut hak mereka. Kebenaran pasti menang.

p/s : Kerajaan Haram semakin terdesak.....

No comments:

Post a Comment