Dah 52 tahun kita merdeka. Tapi sambutan kemerdekaan kali ini pada aku tidaklah semeriah sambutan kemerdekaan yang sebelumnya. Ini yang aku rasa la.. Lain orang lain rasanya.. Mungkin banyak faktor yang menyumbang kearah ini. H1N1, pilihanraya yang tak putus-putus ( dah tu kalah plak.. Hehe..) dan kemuraman ekonomi dunia mungkin antara penyebabnya..
Mungkin juga kerana 31 Ogos tahun ini berada dalam bulan Ramadhan dan rakyat terutamanya umat Islam lebih menumpukan untuk beribadat kepada Allah berbanding bersukaria tak tentu hala sebagaimana kebiasaannya.. Moga-moga itulah hendaknya walaupun masih ada yang tak menghiraukan pun kemuliaan bulan Ramadhan ni...
Jika kita lihat erti merdeka secara umum maknanya bebas. Itulah pun yang sering dikatakan apabila ditanya erti merdeka.. Dan aku pun tak terkecuali lah nak nyatakan definisi yang sama.. Tapi bebas kah kita..? Itu persoalannya... Jika dilihat secara zahirnya, ya memang benar kita ini bebas.. Tetapi secara batinnnya aku rasa kita masih lagi belum bebas..
Kenapa aku cakap macam tu..? Tidak bersyukurkah aku..? Bukanlah bermakna tidak bersyukur... Tidak bebas disini hendaklah dilihat secara meluas... Pertama, kita masih lagi belum bebas dalam gejala rasuah.. Rasuah masih lagi berleluasa.. Malah agensi yang terlibat untuk membanteras jenayah rasuah inipun kadangkala dilihat macam ambik rasuah jugak.. Ini bukanlah fakta, hanya sekadar pendapat aku.. Kang tak pasal-pasal aku pulak kene campak dari tingkat 14.. Hehe..
Keduanya, kita masih lagi belum bebas untuk bersuara sebagaimana selayaknya sebuah negara demokrasi. Malaysia ini dikatakan demokrasi kerana adanya pilihanraya setiap 5 tahun.. Itupun kadangkala penuh dengan muslihat... Daripada aspek lain tidaklah sedemokrasi seperti yang digembar-gemburkan.. Perhimpunan aman dicemar gas pemedih mata dan water cannon. Bila bicara menentang Kerajaan sedikit, akan dikatakan pengkhianat, akan dikatakan sebagai menghasut dan mengancam keselamatan negara. Kalaulah berhimpun secara aman untuk mendesak pemansuhan ISA itu dikatakan mengancam keselamatan negara, aku rasa berarak bawak kepala lembu itu lagilah mengancam keselamatan negara... Malah boleh menghancurkan terus negara yang dibina selama 52 tahun ini..
Sedarlah semua... Kita masih lagi dibelengu oleh puak-puak yang mengatakan diri mereka pembela agama dan bangsa.. Tapi mereka tidak sedar bahawa merekalah pemusnah agama, negara dan bangsa itu sendiri.. Bebaskan diri kita daripada belengu mereka agar kemerdekaan yang akan datang akan lebih bermakna dengan kita akan dapat mengecapi erti kemerdekaan yang sebenar..
Salam Kemerdekaan Buat Semua...
p/s : Bagi orang macam aku ni MERDEKA = CUTI...
bukan nk komen ape la kan...
ReplyDeletex sabar gak nk tengok PR jadi kerajaan persekutuan yang baru...
sebab kelihatan macam diorang ni betul2 BERSIH la..
kite dah x dibelenggu puak2 pembela agama n bangsa..
sebab semua pilihanraya kecil PR dah sapu...
merdeka terlalu subjektif...
ape2 pun..nk jadi blogger biarlah tidak terlalu obses..pandangan biarlah secara bebas..
jangan ape yang dibuat kerajaan semuanya salah..
apa yang dibuat PR semuanya betul...
salah tetap salah..contohnye isu lembu tu memang salah...sesuai la nk kutuk..
tapi jangan semua isu salah...abes tu PR je la yang betul??
Terima kasih atas pandangan anda..
ReplyDeleteSaya menulis atas dasar apa yang saya lihat, dengar, dan baca.. Saya akui memang tulisan-tulisan saya sedikit condong kpd PR tetapi jika kita lihat secara terperinci memang itulah pun yang sebenarnya berlaku.. Bukan saya tulis main serkap jarang saja.. Saya faham etika yang sepatutnya bagi mengelakkan sebarang rasa tidak senang dalam kalangan rakyat jika cerita yang tidak benar ditulis..
Memang betul yang salah tetap salah.. Dan saya juga tak kata semua yang PR buat itu betul.. Cuma susah nk cari yang tak betul drpd yang betul dlm PR jika mahu dibandingkan dengan BN.. Ingat lagi tentang kes rasuah yang melibatkan 2 ADUN PR di Perak..? Saya masih menanti-nanti perbicaraan mereka tetapi kini seolah-olah macam dh sejuk selepas mereka jadi ADUN Bebas di Perak yang turut membawa kepada pertukaran Kerajaan di Perak.. Ini juga menunjukkan bahawa PR turut mempunyai masalah mereka sendiri dan masih ada cacat celanya.. Tetapi harus diingat bahawa cacat cela yang dibawa kerajaan BN itu lebih besar daripada cacat cela dalam PR...
Kita masih lagi dibelengu oleh puak-puak yang mengatakan diri mereka pembela agama dan bangsa.. Tapi mereka tidak sedar bahawa merekalah pemusnah agama, negara dan bangsa itu sendiri.. Bebaskan diri kita daripada belengu mereka agar kemerdekaan yang akan datang akan lebih bermakna dengan kita akan dapat mengecapi erti kemerdekaan yang sebenar
ReplyDelete52 tahun ini semua gurauan?
ABC,
ReplyDeleteTerkadang merasakan demikian.. Walaubagaimanapun kita harus menyanjung wira2 negara yang banyak menyumbang kepada kemerdekaan negara.. Jangan dilupa jasa mereka.. Pemimpin terdahulu mungkin lebih ikhlas dlm memperjuangkan hak rakyat berbanding dengan para pemimpin hari ini....
aku sokong tajuk kau..
ReplyDeleteorang kita memang tidak merdeka pemikiran, sibuk berkempen pilihan raya sedangkan sistem pilihan raya itu tinggalan penjajah..kenapa tidak guna sistem kita berpolitik?
kalau aku tanya orang Malaysia apa pandangan politik masing-masing kau rasa apa jawapannya? aku rasa orang ini jawab 'aku orang BN', orang ini jawab 'aku orang PAS'.
Penjajah sudah berjaya membuat kita berfikir bagaimana yang mereka mahu..lihat sahaja zaman kini, orang sibuk bergaduh sesama agama sendiri demi mempertahankan ideologi politik tinggalan penjajah, macam tak ada agama!
Besi,
ReplyDeleteAda satu lagi jawapan yang orang akan jawab.. Aku BEBAS.. Tiada parti sebab semua parti kadangkala mementingkan diri masing-masing...
Sebenarnya banyak lagi jawapan seperti PKR, DAP dan banyak lagi..sistem pilihan raya tak akan membuatkan kita bersatu, memang ia dicipta untuk memecah-belahkan kita, tapi kita pilih jalan untuk berpecah juga daripada bersatu..pelbagai alasan akan dicipta supaya tidak bersatu dan kekal berpecah dan bergaduh
ReplyDeleteMemang kita tidak merdeka dari segi pemikiran, kalau keadaan berterusan, pasti negara akan jatuh ke tangan musuh..apa pandangan saudara?
Besi,
ReplyDeleteJika dilihat daripada satu sudut memang apa yang diutarakan oleh anda itu benar.. Tetapi jika kita melihatnya daripada sudut yang lebih positif saya berpendapat bahawa sistem pilihanraya ini tidak semestinya memecah-belahkan kita. Kadangkala, sistem inilah yg akan membuat kita lebih bersatu padu..
Saya bagi contoh, pada masa pilihanraya inilah kita akan lebih banyak bertegur sapa dengan org2 yg tidak kita kenali sewaktu ceramah2 umum yg dihadiri daripada pelbagai bangsa.. Disinilah perasaan bersatu padu itu muncul.. Mungkin kelihatannya tidak seberapa tetapi itulah asasnya. Persefahaman antara kaum..
Perpaduan sesama rakyat Malaysia itu adalah lebih utama.. Mungkin yang berbeza hanyalah pandangan plitik tetapi di luar lingkungan politik kita masih lagi dapat bersama. Pada pendapat saya mereka berpecah pada waktu yg melibatkan politik sahaja walaupun ada beberapa kelompok yang masih mencampur adukkan antara politik dan bukan politik dalam kehidupan mereka.. Dan kelompok2 inilah seperti yang anda katakan memecahbelahkan perpaduan...