Pengikut Blog Ini

Monday, March 22, 2010

Silence Please....






Manchester United 2-1 Liverpool
Chelsea 1-1 Blackburn Rovers
~~Mahu Senyap Saja~~

Monday, March 15, 2010

Minggu Sukan Sedunia...




Minggu ini bolehlah aku klasifikasikan sebagai minggu sukan antarabangsa.. Bermula dengan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu hinggalah kepada perlawanan EPL, pembukaan gelanggang Formula 1 dan Final Badminton All England pada penghujung minggu. Semuanya menarik..

Tahniah buat Lee Chong Wei apabila berjaya menjuarai Kejohanan All England edisi yang ke 100 hari ini. Ini adalah kejuaraan Seluruh England ketiga buat Malaysia selepas Hafiz Hashim melakukannya pada tahun 2003 dan Tan Aik Huang pada 1966. Selepas kejayaan 2003 prestasi Hafiz Hasim merudum teruk dan sukar untuk bangkit kembali sehingga kini. Diharapkan nasib serupa tidak berlaku kepada Lee Chong Wei...

Dalam pembukaan Grand Prix Formula 1 pula Fernando Alonso berjaya meraih kemenangan dalam penampilan pertamanya bersama Ferrari. Ferrari juga meraih kemenangan 1-2 apabila rakan sepasukan Alonso , Felipe Massa menduduki tangga kedua. Tempat ketiga pula diraih oleh Hamilton.. Schumacher pula hanya menduduki tempat ke-6 di depan juara musim lalu Button di tempat ke-7. Pasukan Lotus 1 Malaysia..? Tak perlulah aku tulis... Banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki..

Paling utama hari ini ialah, United kembali ke persada Liga Inggeris apabila bersahaja membenam Fulham di Old Trafford 3-0. Seperti biasa Rooney menjadi antara penjaring buat United. Dan 2 gol lagi menjadi koleksinya hari ini. Satu lagi gol di jaringkan oleh Berbatov hasil hantaran lintang daripada Ji-Sung.. Selepas ini United akan menghadapi Liverpool di Old Trafford.. Diharapkan United akan mematikan terus cabaran Liverpool untuk ke Liga Juara-Juara musim depan.. =p

p/s : Bangga dengan Chong Wei... Not Arrogant Just Better... =)

Saturday, March 13, 2010

My Name is Khan : Berbuat Baiklah Kamu..


Hari yang penuh bermakna aku fikir.. Akhirnya dapat jugak aku pergi menonton wayang hari ni walaupun hanya keseorangan.. Destinasi yang dituju adalah Sunway Pyramid ; kali kedua aku pergi kat sini. Sebelum ni tak pernah pun..

Untuk hari ni aku tengok satu cerita Hindustan yang aku fikir adalah antara filem yang terbaik pernah aku lihat; ''My Name Is Khan''.. Filem ni bulan 2 hari tu dah start tayang.. Aku je terlambat nak tengok.. Dalam pada itu, penuh jugak satu panggung tengok cerita ni.. Pada aku ceritanya agak bagus.. Tapi pada orang lain tak tahu la kan..

Pada hemat aku filem ini membawa seribu satu pengajaran dan nilai kemanusiaan. Berkisarkan kehidupan tentang umat Islam yang berada di US selepas tragedi 9/11 memberikan sedikit keinsafan betapa Islam dipandang sebagai pengganas dan umat bukan Islam menjadi begitu skeptik terhadap orang Islam dengan beranggapan bahawa semua umat Islam itu pengganas.

Dalam filem ini terselit nilai kemanusiaan dan persahabatan yang tinggi antara satu sama lain.. Kasih sayang dan suka duka yang berlaku setelah tragedi 9/11.. My Name is Khan sedikit sebanyak telah menyentuh perasaan aku walaupun ada terselit sedikit komedi yang dibawa oleh Shah Rukh Khan dalam lakonan beliau..

Sebagai salah seorang yang meminati filem-filem yang bergenre seumpama ini aku bagi 8/10 untuk keseluruhan cerita.. 2 markah kene tolak sebab susunan plot yang agak tidak tersusun pada awal permulaan cerita.. Macam berterabur sikit la.. Hehe..

Pada sesiapa yang belum tengok filem ni boleh lah pergi.. Aku rase tak rugi kot RM12 korang tu.. Berbaloi la... Filem yang baik untuk di jadikan renungan dan teladan... Cepat-cepat nanti waktu tayangan dia habis pulak memandangkan cerita ni dah keluar bulan 2 ritu.. Huhu..

p/s : "My Name is Khan and I am not a terrorist"

Friday, March 12, 2010

Jadi Sajalah Wakil BEBAS....


Seperti yang kita sedia maklum, Sabtu lalu PKR telah memecat YB Kulim- Bandar Baharu Zulkifli Nordin daripada parti. Sehubungan itu secara automatik beliau telah menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Pada pandangan aku, tidak perlulah YB Zul untuk memohon untuk menyertai mana-mana parti komponen dalam gagasan Pakatan Rakyat setelah dipecat oleh PKR.. Hal ini merujuk kepada laporan yang mana beliau mungkin akan menimbang untuk menyertai PAS atau DAP.. Sama ada beliau hanya bermain kata-kata atau benar-benar memaksudkan sedemikian seperti yang aku nyatakan tadi tidak perlulah beliau berparti. Jadi sajalah wakil rakyat BEBAS..

Jika benar YB Zul masih menaruh kepercayaan kepada PR walaupun berlaku perbalahan di antara beliau dan parti, jadilah saja wakil BEBAS yang menyokong Pakatan Rakyat. Kalau wakil BEBAS di Perak boleh menjadi wakil BEBAS yang menyokong BN sehingga tertumbangnya PR di Perak, mengapa tidak boleh untuk menjadi wakil BEBAS yang menyokong PR di Parlimen..?

Atas dasar itulah aku beranggapan bahawa YB Zul tidak perlu menyertai mana-mana parti untuk diwakilinya. Berkhidmat saja untuk rakyat. Kalau rasa tidak mampu letak sahajalah jawatan daripada menjadi wakil rakyat. Pada aku kalau khidmat kepada rakyatnya cemerlang, tanpa parti pun boleh menang. Parti itu adalah satu institusi yang mengukuhkan lagi khidmat kepada rakyat. Janganlah jadikan suatu lambang parti itu sebagai tiket untuk memenangi hati rakyat..

Mungkin apa yang aku coretkan ni ada cacatnya.. Tetapi inilah yang sedang berlegar dan bermain di benak aku sekarang ni....

p/s : Hapuskan anasir-anasir yang menggugat kepercayaan rakyat....

Misi United Minggu Ini ; Tewaskan Fulham..!!


Hujung minggu datang lagi.. Rasa sangat bersyukur kerna masih diberikan umur untuk melalui satu lagi hujung minggu yang menggembirakan. Hujung minggu adalah waktu yang paling baik untuk berehat setelah menghadapi minggu yang amat memenatkan aku fikir..

Hujung minggu ini United akan menentang Fulham di Old Trafford. Komen aku terhadap perlawanan ini ialah United perlu berwaspada terhadap kehebatan Fulham. Pada aku Fulham masih lagi menjadi kelab yang berbahaya kepada United. Jika kita masih ingat Fulham pernah menewaskan United dan juga Liverpool di Craven Cottage pada awal musim ini.. Fulham ini boleh lah aku ibaratkan duri dalam daging... Pembunuh para gergasi dalam liga Perdana..

Tapi minggu ini United yang akan menanti kunjungan Fulham di Old Trafford. Diharapkan agar skrip yang sama tidak berulang.. Seperti mana United tewas di gelanggang sendiri 0-1 kepada Villa juga pada awal musim ini. Fulham mungkin mendapat sedikit semangat setelah berjaya mencuri satu gol di tempat lawan walaupun tewas dalam Liga Europa menentang Juventus awal pagi tadi ; satu pertembungan antara langit dan bumi aku fikir..

Kepada United diharapkan agar rentak cemerlang sewaktu menewaskan Milan menjadi azimat untuk terus menjarakkan diri dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris..

Selamat maju jaya United.. Glory..Glory...

p/s : Adakah Rooney akan menjaringkan gol guna kepala lagi..?? Tunggu.... =)

Thursday, March 11, 2010

4-0 Itu Terlalu ''Melampau'' Buat Milan...


Rooney, Ji Sung, Fletcher... 3 nama 4 gol.. Hoho.. Akhirnya badi Milan dapat ditamatkan hari ini. United berada di puncak prestasi apabila berjaya mara ke suku akhir setelah menang 7-2 secara aggregat ke atas AC Milan.. (Arsenal menang aggregat 6-2 je.. Ahaha..) Dalam perlawanan sebelum ini United telah menang 3-2 di San Siro dan kecemerlangan itu diteruskan di Old Trafford. Memang terbaik la United.. Huhu..

Dalam pada itu nampaknya 2 bekas bintang United ; Ronaldo dan Beckham terpaksa mengadapi saat-saat yang menghampakan apabila pasukan mereka gagal layak ke pusingan seterusnya. Real walaupun membariskan barisan bintang dunia meneruskan rentak tempang dalam kejohanan Eropah apabila sekali lagi gagal layak ke suku akhir apabila tewas kepada Lyon menerusi aggregat 2-1. Bekham pula seperti diketahui juga gagal apabila pasukannya tewas kepada kelab yang pernah mengukir namanya suatu ketika dulu..

Selepas ini perlawanan liga menentang Fulham. Diharapkan United tidak tergelincir tatkala persaingan liga berada pada saat-saat yang genting seperti sekarang ini. Jangan jadi seperti minggu-minggu lalu apabila menang ke atas AC Milan di San Siro tewas pula kepada Everton..

Dalam kempen Liga-Liga Juara minggu depan sudah pastinya pertembungan antara Chelsea dan Inter akan menjadi tumpuan. Empat pasukan sudah layak ; Arsenal, Bayern. Lyon, dan United. Siapakah lagi empat pasukan yang bakal berentap di suku akhir..?Tunggu sajalah minggu hadapan...

p/s : 4-0 itu terlalu ''melampau'' buat Milan.... Welcome Home Becks..!! =)

Wednesday, March 3, 2010

Kenapa Baru Sekarang..???


Akureformasi kembali lagi... Salam hormat kepada semua.. Mohon kemaafan kerna hampir lebih seminggu Akureformasi tak menulis... Ada keperluan lain yang lebih menekan..

Kali ini aku nak menyentuh tentang situasi terkini yang mana ramai ahli PKR yang keluar menyertai UMNO. Disini aku bukan mahu cerita tentang siapa yang keluar mahupun sebab mengapa mereka keluar, Yang aku mahu coretkan disini adalah reaksi pimpinan PKR apabila terdapat ahlinya yang menyertai UMNO ataupun keluar daripada parti dan menjadi wakil bebas menyokong Barisan Nasional.

Aku yakin, dalam kalangan ahli UMNO kini bersorak riang apabila melihat musuh politik mereka terumbang-ambing bak di landa taufan. Memang patut pun mereka begitu. Tidaklah aku hairan Cuma aku sedikit kecewa apabila mendengar reaksi daripada beberapa pimpinan dalam PKR apabila terdapat ahli dan wakil rakyatnya keluar parti.

Ada yang berpendapat bahawa ahli-ahli yang keluar itu adalah ahli yang bermasalah dan menjadi liabiliti kepada PKR. Sebagai contoh apabila bekas TKM 1 Pulau Pinang Mohd Fairus keluar menyertai UMNO, timbul dakwaan bahawa beliau menuntut RM 15000 sebulan dan meminta parti melunaskan hutang keretanya. Dan setelah menyertai UMNO juga munculah cerita bahawa beliau sememangnya merupakan beban kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan parti.

Bukannya aku nak menyokong si Fairus ni, tetapi masalahnya sekarang ialah mengapa baru sekarang mahu di dedahkan? Kalau kita masih ingat alasan Fairus meletakkan jawatan dulu adalah untuk sambung belajar dan bukannya kerna terpaksa meletak jawatan disebabkan prestasi yang tidak memuaskan. Adakah PKR berniat mahu menyembunyikan sesuatu yang buruk daripada pandangan rakyat..? Yang buruk tetap buruk.. Tidak perlulah di sembunyikan..

Satu lagi contoh jika kita masih ingat kes ADUN Behrang dan Changkat Jering yang keluar parti lalu menjadi calon BEBAS menyokong BN di Perak. Situasinya hampir sama. Sebelum mereka keluar daripada parti pimpinan PKR pusat dengan sepenuhnya cuba mempertahankan mereka. Nah apabila mereka keluar daripada PKR pelbagai cerita buruk timbul. Sekali lagi, mengapa tidak didedahkan lebih awal masalah mereka ini..? Adakah PKR takut akan kehilangan sokongan rakyat apabila rakyat mengetahui ada antara ahlinya juga "tidak bersih" sehingga sanggup untuk melindungi mereka?

Kepada PKR aku berpendapat bahawa berterus-terang sajalah jika ada wakilnya yang kurang bersih dan buruk perilakunya. Jangan terlalu menyalahkan orang lain. Itu lebih baik.. Rakyat akan faham aku fikir.. Tidak perlulah melindungi orang-orang yang bermasalah. Yang salah tetap salah... Jangan kerna yang bersalah itu orang sendiri maka di simpan dengan rapi. Takut-takut nanti orang-orang ini lah yang akan merosakkan yang lain..

Sekian..

p/s : Sekadar memberi pandangan.... Semoga Pakatan akan terus kukuh...