Pengikut Blog Ini

Monday, April 12, 2010

Kisah Dongeng Di Wembley Dan Keciciran United



Ibarat kisah dongeng... Portsmouth mara ke perlawanan akhir Piala FA Inggeris setelah menewaskan Spurs 2-0 awal pagi tadi. Pada hemat aku Portsmouth bermain dengan penuh semangat walaupun masih dirundung duka apabila tersingkir daripada liga utama 24 jam sebelum itu.

Setidak-tidaknya penyokong The Pompey masih boleh berasa bangga dengan kemampuan pasukan mereka untuk menempah tempat ke final Piala FA. Aku ada terbaca satu kain rentang penyokong Portsmouth yang berbunyi " You Can Break Anything, But You Can't Break Our Spirit" Aku lihat kain rentang ini sebagai satu motivasi yang tinggi untuk pasukan yang baru tersingkir apabila menentang sebuah pasukan yang boleh dianggap pilihan seperti Spurs.

Sudah pastinya Portsmouth akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan musim malap mereka dalam Liga Perdan musim ini kembali diterangi jika berjaya memenangi piala ini. Sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu yang boleh dibanggakan untuk musim ini.

Berbeza dengan aksi liga malam semalam, aku berpendapat United telah mempersembahkan satu lagi aksi yang tidak konsisten apabila sekadar seri dengan Blackburn; pasukan yang mereka patut tewaskan untuk membuka kembali peluang merebut kejuaraan liga.

Keputusan seri semalam aku lihat sebagai satu batu loncatan kepada pesaing kejuaraan seperti Arsenal dan Chelsea untuk merampas kejuaraan daripada United. Tatkala berbaki 4 perlawanan, aku berpendapat United seolah-olah menutup peluang mereka sendiri apabila membuang 2 mata yang sangat berharga.

Pada saat ini, United perlu berharapkan Chelsea dan Arsenal turut membuat kesilapan-kesilapan yang boleh membuka kembali ruang buat mereka untuk merebut kejuaraan. Keciciran mata daripada 2 pencabar ini sudah pastinya akan memberi sedikit motivasi kepada pasukan.

Kepada United, ALL THE BEST... Kalau tak dapat juara musim ini sekurang-kurangnya kita ada piala kelas ketiga ; Carling Cup dan mara hingga ke suku akhir CL. Tidaklah seperti ada pasukan itu yang tersingkir di peringkat kumpulan dan bersaing dalam kejohanan kelas kedua Eropah tanpa ada piala walaupun PIALA KELAS KETIGA..! Malah aku rasa mereka tak mampu pun nak pergi bersaing di KEJOHANAN UTAMA EROPAH MUSIM DEPAN.. =p

p/s Perlawan United-Blackburn semalam memang bosan.. Best lagi match Portsmouth-Spurs...

Saturday, April 10, 2010

Hulu Selangor : Mulut Kata Ya. Hati Siapa Tahu..?


Dah lame rasanye aku tak menulis hal-ehwal politik di Malaysia ni.. Bukannya tidak mahu berkongsi pandangan, tetapi pada aku ahli politik di Malaysia hari ini tidak lagi memperjuangkan rakyat. Tetapi kebanyakannya memperjuangkan kepentingan diri sendiri baik di pihak kerajaan mahu pun di pihak pembangkang.

Bukan lah aku maksudkan secara total semuanya begitu. Aku amat berterima kasih kepada wakil-wakil rakyat yang masih lagi berpegang kepada matlamat asal untuk memperjuangkan rakyat dan membela nasib rakyat.

Merujuk kepada perkembangan semasa, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Entri ini ditulis adalah semata-mata untuk menjawab tulisan seorang blogger UMNO dalam isu peletakan calon di Hulu Selangor.

Menurut sang penulis, PKR juga harus meletakkan calon India sebagai calon di Hulu Selangor jika PKR anak jantan. Aku rasa nak tergelak dengar statement ni.. Hebat sungguh blogger UMNO ni yer sampai boleh tentukan siapa calon daripada parti lawan.

Hujahnya adalah seperti berikut " Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar meletakkan calon bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bagi memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut. Ini memandangkan dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali kini disandang pemimpin Melayu.Oleh itu adalah wajar jika kerusi Parlimen diwakili oleh pemimpin bukan Melayu di samping DUN Kuala Kubu Bharu memandangkan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang.Justeru jika PKR tidak meletakkan calon bukan Melayu, bererti PKR tidak adil kepada kaum lain dari segi pembahagian kerusi."

Pada hemat aku, tak perlulah beliau nak mencampuri hal orang lain. Yang sebenarnya UMNO kecewa tak dapat bertanding di kerusi tersebut. Jadi untuk "cover line" muncul lah statement-statement seperti ini. Itu jer. Bak kata orang mulut kata ya.. Tapi hati siapa yang tahu..?

Jika sebelum ini PKR meletakkan calon Melayu di Hulu Selangor, sudah pastilah kerusi tersebut juga akan ditandingi oleh calon Melayu. Begitu juga BN yang meletakkan calon MIC disitu sebelum ini, sudah pastilah calon MIC yang akan di calonkan.. Yang puak UMNO ni nak buat kecoh apa hal..? Hurm..

Selepas Hulu Selangor satu lagi PRK akan diadakan di Parlimen Bandar Sibu selepas penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia 11 pagi semalam.

Apa-apa pun kita akan nantikan siapakah calon bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut... Pastikan calon yang terbaik untuk rakyat.. =)

p/s : Malas nak komen kat blog ni.. Bukan dia nak siarkan pun komen aku.. Sebab tu aku tulis kat blog aku ni... (klik sini untuk link blog tersebut)

Thursday, April 8, 2010

Tumbangnya Sang Gergasi.....


Misi gagal.. Walaupun bermain dengan cemerlang United gagal untuk ke separuh akhir setelah tewas dengan peraturan gol di tempat lawan kepada Bayern dalam pertembungan CL pagi tadi..

Pada pandangan aku, perlawanan pagi tadi jauh lebih baik jika dibandingkan dengan aksi pertama di Allianz Arena dan sewaktu perlawanan menentang Chelsea minggu lalu.. Mungkin United tidak begitu bertuah kali ini apabila terkandas di suku akhir walaupun menang di Old Trafford..

United juga tidak begitu bertuah apabila Rafael di hantar keluar oleh pengadil setelah kekasaran yang aku sifatkan sebagai "kebudak-budakan" walaupun menampilkan aksi terpuji pada separuh masa pertama..

Hanya tinggal kejuaraan liga untuk United musim ini selepas tercicir daripada persaingan Piala FA dan CL.. Sebelum ini United telah pun memenangi piala ''kecil" iaitu Piala Liga. Setidak-tidaknya musim ini tidak lah berakhir dengan tangan kosong..

Apa-apa pun tahniah buat pasukan yang layak ke separuh akhir CL.. Walaupun tewas aku puas kerana United bermain dengan baik.. Cuma tuah yang tidak begitu menyebelahi...

All the best for United...

p/s : Gol pemusnah dari Robben tu memang cun walaupun "sakit" aku tengok....

Monday, April 5, 2010

Episod Duka Buat United...


Minggu malang buat United. Kalah first leg CL dengan Bayern. Rooney injured 4 minggu. Angka 7 menjelma dalam koleksi kekalahan musim ini...

Hurm.. Its ok la.. At least United still on the run for the title, walaupun macam terencat sikit perjalanan tu. Hampes..

Lepas ni diharapkan United tidak melepaskan sebarang mata lagi.. Bermula dengan Blackburn, Kemudian City, Spurs, Sunderland dan Stoke, United "WAJIB" mengelakkan sebarang keciciran mata.. 5 match terakhir ni pada aku sangat mencabar.. Lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan City dan Spurs, dua team yang sedang merebut tempat ke liga juara-juara musim depan.

Apa-apa pun... Selamat Maju Jaya United.... Glory.. Glory....

p/s : 5 match yang mendebarkan...

Friday, April 2, 2010

Preview United-Chelsea : Siapa Juara..?


United lawan Chelsea... Hurm... Aku tak tau nak tulis ape... Semoga United menanglah malam esok... Walaupun terdapat berjuta orang nak Chelsea menang esok, aku jugak percaya ade berjuta orang juga nak United menang esok...


Walaupun ada berjuta orang yang benci kat United... Ada berjuta orang juga yang benci kan Chelsea.. So kesimpulannya sama.. Yang lainnya Chelsea takde Rooney tapi ade Drogba... United takde Drogba tapi ada Rooney... Ape yang aku ngarut ni..??


Yang pasti perkara paling tak best esok ialah Rooney tak dapat nak main... Minor injury masa lawan Bayern.. Huh. Tak pe la... Berbatov pun masih ada nak jadi striker walaupun dua player ni beza cara permainan nya..


Ape-ape pun ALL THE BEST TO UNITED... Tak dapat menang, seri pun aku terima.. Tapi ''HARAM'' untuk kalah esok..


Prediction : United 2-1 Chelsea


p/s : Lame tak update sebab mengalami gangguan internet.. Ini pun update kat CC... =)