Pengikut Blog Ini

Friday, April 24, 2009

Cerita Lawak : PPP Pula Bersuara.


Haha... Nak tergelak bila aku membaca kenyataan daripada Parti Progresif Rakyat (PPP) ni. Mereka mencadangkan kepada SPR agar melantik calon yang mendapat undi kedua terbanyak dalam pilihan raya sebagai wakil rakyat sekiranya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang menang di kawasan itu meletak jawatan. (boleh klik sini kalau nak baca cerita lawak nih..)

Pada pandangan aku yang naif ini aku berpendapat ada dua perkara lawak disini. Yang pertama ialah aku lihat SPR seolah-olah tidak lagi menjadi sebuah badan bebas tetapi sebagai satu unit dibawah BN. Dan cerita lawak yang kedua sudah tentulah tentang kenyataan PPP ini. Tapi disini aku nak fokus cerita lawak yang kedua sebab yang pertama tu semua orang pun tahu..

Kenapa perlu dicemari sistem demokrasi di negara ini? Pada aku cadangan PPP ini seolah-olah menggambarkan mereka menolak sistem demokrasi yang ada. Mengapa tidak sejak dulu lagi dibangkitkan ''cerita-cerita lawak'' ini?

Kalau dulu, BN adalah sebuah parti yang paling gembira jika terdapatnya kerusi Pembangkang yang di kosongkan. Kata mereka, inilah masanya untuk merampas kembali kerusi tersebut. Mereka sanggup berhabisan. Tidak timbul isu pembaziran dan sebagainya. Baru hari inilah kita dengar keyataan yang mengatakan PRK itu membazir.

Kenyataan PPP ini juga aku lihat sebagai ''pengecut'' kerana tidak berani untuk bertanding merebut kawasan sebaliknya hanya mengambil calon yang sedia ada dan kalah di kerusi tersebut.

Kalau takut just say it. Tak perlulah nak berdolak-dalik dengan pelbagai alasan dan cadangan yang tak munasabah langsung. Kepada BN janganlah malu untuk mengakui kelemahan. Dan bagi pihak PR pula, kita baru sahaja bermula. Teruskan agenda bersama rakyat. Biarkanlah BN dengan rentaknya.

p/s : Aku rasa BN tetap akan lawan di Penanti. Kata-kata Najib hanya retorik semata-mata untuk mengalih tumpuan PR daripada bersedia... Ayuh bersedia untuk rakyat...

Sunday, April 19, 2009

BN Tidak Akan Menanti di Penanti..?


Barisan Nasional mungkin akan menimbangkan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak meletakkan calon bagi merebut kerusi DUN Penanti yang telah di kosongkan oleh bekas penyandangnya. (klik sini)

Menurut Najib Pilihan Raya Kecil itu merupakan suatu yang dirancang dan hanya gimik politik semata-mata disamping hanya membazirkan wang rakyat semata-mata. Jika keadaan ini berterusan berkemungkinan PR akan mendapat kemenangan percuma sekiranya tiada pertandingan untuk kerusi tersebut

Adakah Najib gusar akan menerima kekalahan sekali lagi? Atau tidak sanggup untuk berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat hari ini. Pada aku, walauapapun BN seharusnya mengambil peluang ini sebagai satu cabaran bagi meraih kembali sokongan rakyat kepada mereka.

Cadangan untuk tidak meletakkan calon dengan alasan ini adalah permainan politik PKR dan hanya membazir wang dan tenaga pada aku dilihat sebagai kurang tepat. Keadaan ini seolah-olah menunjukkan BN tidak mahu menghadapi cabaran.

Bagi kem Pakatan Rakyat pula, aku lihat ini adalah satu situasi yang sangat baik kerana tanpa perlu bersusah payah untuk berkempen mereka akan dapat mengekalkan kerusi DUN yang mereka menangi sebelum ini.

Sungguhpun begitu, cadangan ini masih lagi di peringkat perbincangan. Kita lihat dan tunggu sahaja apalagi percaturan Najib selepas ini.

p/s : Elok bebenarlah kalau BN tak nak bertanding... Hehe...

Hipokritkah PKR...?


Tertarik dengan kenyataan Ibrahim Ali yang menyatakan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan Elizabeth Wong adalah satu tindakan yang hipokrit. (klik sini) Hipokrit ke? Pada pandangan aku sebagai penduduk (bukan rakyat) di Selangor ini, aku berpendapat bahawa tindakan kerajaan negeri itu adalah wajar.

Jika diteliti kembali kes tersebut, bukanlah kesalahan beliau (Elizabeth Wong) yang membawa kepada penyebaran gambar tersebut. Mungkin ada sesetengah pendapat yang kurang bersetuju dengan pendapat aku ini.

Pada hemat aku juga, aku berpendapat pengundi-pengundi di Bukit Lanjan masih dapat menerima Eli sebagai wakil rakyat mereka dan menjalankan tugasnya sebagai Exco malah mereka amat bersimpati kepada beliau yang seolah-olah teraniaya dek gambar-gambar tersebut.

Jika hendak dibandingkan dengan politik wang yang berleluasa berlaku dan secara sedar dengan seorang wanita yang dicerobohi hak privasinya tanpa sedar, orang yang manakah lebih tidak bermoral? Melaung-laungkan penghapusan politik wang tetapi masih diangkat seseorang yang terlibat dalam politik wang sebagai pemimpin. Sudah terang lagikan bersuluh. Siapa yang hipokrit sebenarnya? Itu yang menjadi tanya sekarang ini.

Tindakan ini merupakan satu tindakan yang pada aku tepat dan tidak akan menggugat kerajaan negeri. Ini bukanlah satu permasalahn moral tetapi satu jenayah dan Eli telah menjadi mangsanya.

Kepada yang mengkritik, fikir-fikirkan kembali...

p/s : Bersimpati dengan Eli..

Friday, April 17, 2009

Cabaran Menanti di Penanti.


Cabaran baru. Dua patah perkataan ini sudah cukup untuk menunjukkan betapa BN perlu menghadapi satu lagi cabaran baru dalam PRK DUN Penanti akan datang. Dalam usaha mengekang kebangkitan Pakatan Rakyat dan menawan semula hati rakyat, BN perlu berusaha lebih gigih untuk merampas semula kerusi DUN yang sebelum ini disandang oleh Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR (gambar).

DUN Penanti diishtihar kosong setelah penyandangnya itu meletak jawatan. Persoalannya disini mampukah BN menarik semula sokongan pengundi di Penanti untuk menyokong mereka kembali? Dan adakah kebangkita PR ini akan terus berkekalan sehingga menjelangnya PRU-13 yang akan datang?

Gerakan dalam kenyataannya, menyatakan bahawa Pilhan Raya Kecil ini sengaja dirancang untuk mewujudkan gelombang sokongan kepada PKR. (klik sini). Mungkinkah Gerakan takut untuk menghadapi PRK ini setelah melihat kepada keputusan-keputusan yang tidak memihak kepada BN sejak akhir-akhir ini? Untuk rekod, BN hanya memenangi satu PRK iaitu di Batang Ai daripada 5 PRK yang telah diadakan termasuk melepaskan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kepada PAS.

Walauapapun, cabaran tetap menanti bagi PR dan BN. Bagi BN mungkin ini adalah waktu yang tepat untuk menarik kembali rakyat untuk mengundi mereka (inilahpun alasannya bila ada PRK) dan bagi PR ini adalah satu platform untuk mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap mereka setelah memulakan musim yang cemerlang dengan 4 kemenangan dalam PRK sebelum ini disamping mengekalkan kerusi PR di Penanti.

Selamat Berjuang kepada Pakatan Rakyat...

p/s : Apalagi modal BN kali ni...

Wednesday, April 15, 2009

To My Beloved Mum : Happy Birthday..!!


Aku hampir terlupa tentang hari yang paling penting hari ni (15/4). Ulangtahun kelahiran my mum yang ke-43. Happy Birthday.. Hehe.. Nasib baik aku tanye adik aku tadi. Kalau tak mesti tak ingat dek bebanan kerja dan ulangkaji yang memanjang. By the way tak tau nak bagi hadiah ape.. Huhu..

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga segala urusan dipermudahkan dan mendapat rahmat dari Allah S.W.T. Dari jauh aku mendoakan semoga my mum gembira dan ceria-ceria selalu. Amin..

I love my MUM.. Happy Birthday..!! Mmmuah..!!!

p/s : Still thinking what is the right present for her... Urm...

Monday, April 13, 2009

Termakan Dakyah..??

Dalam pada aku membaca laporan akbar hari ini, aku tertarik apabila membaca kenyataan daripada Zambry apabila mengulas tentang kekalahan BN dalam PRK di Bukit Gantang minggu lalu. Beliau kata pengundi cina termakan dakyah PAS dan DAP. (klik sini)

Termakan dakyah? Wakeup la Zambry... Pada 7 April lepas cakap mungkin cara BN mengambil alih Perak tidak disenangi rakyat sebab itu mereka kalah. Alih-alih lepas seminggu salahkan pengundi pulak.... Janganlah nak menuding jari kepada pengundi pulak bila dah kalah. Pengundi tugasnya mengundi dan mereka telahpun menjalankan tanggungjawab mereka. Sepatutnya BN kena muhasabah diri mereka walaupun benda ni dah jadi macam trend pulak. Bila kalah baru nak muhasabah. Bila kalah baru nak buat post mortem.

Sekarang dah jelas bahawa BN banyak memainkan isu perkauman sedangkan perkara seumpama ini tidak sepatutnya ditimbulkan. Tidak perlulah rasanya untuk beliau mengungkit tentang pengundi cina yang banyak menyokong PAS kerana DAP.

Jika itu benar pun tidak bermakna PAS adalah boneka kepada DAP. Kalau macam tu sama la macam kalau pengundi Melayu menyokong MCA atau MIC kerana UMNO. Maknanya MCA dan MIC tu boneka UMNO lah yek..? Pada aku, tiada istilah boneka dalam Pakatan Rakyat.

Beliau harus menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat, bukannya menyalahkan mereka kerana tidak memilih BN. Kalau asyik salahkan pengundi jer sebab tidak mengundi mereka sistem demokrasi di negara ini akan hilang sedikit demi sedikit.

Kepada para pengundi terima kasih di ucapkan kerana telah menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna.

p/s : Rakyat tolak politik perkauman yang dimainkan oleh BN yang boleh menyebabkan perpecahan dalam hubungan etnik di Malaysia...

Sunday, April 12, 2009

Fast & Furious 4 : Tingkatkan Adrenalin..


Keluar daripada kehirukan politik semasa, aku pergi menonton filem Fast & Furious 4. Al-maklum lah, aku memang minat tengok kereta-kereta yang smart dan bergaya ni. Hehe.. Walaupun masuk lewat 10 minit aku rasa aku dapat buat sedikit kesimpulan tentang filem ni.

Pada pendapat aku moral filem ini sangat tinggi. Mungkin la ada orang yang tak setuju sangat pandangan aku ni. Tapi pada aku filem ini penuh dengan unsur kasih sayang.

Apa unsur kasih sayang dalam citer ni, korang kene tengok sendiri. Hehe.. Tak best la nak citer kat sini kan. Tapi itu la yang aku dapat simpulkan disini. Disamping kereta-kereta yang power dan aksi perlumbaan jalanan yang boleh buat korang cuak-cuak udang, dialog citer ni pun boleh la aku kategorikan sebagai baik.

Aku terfikir gak kalau lah filem-filem Malaysia boleh mencapai tahap intelektual seperti filem-filem luar negara pasti lebih menarik. Tapi yang aku lihat tahap intelektual filem-filem Melayu negara kita masih lagi rendah. Bukanlah bermaksud semua filem luar itu berkualiti, tetapi kebanyakan daripadanya adalah sangat bagus.

Cuma satu jer yang aku rase kekurangan dalam filem Fast & Furious 4 ni, aksi lumba keretanya tidaklah sebanyak dan panjang. Mungkin aku je kot rase macam tu.. Tak tau lah.. Huhu..

p/s : Tak suke citer Impak Maksima. Evolusi KL Drift plak jalan citernyer klise. Tapi ok sket daripada Impak Maksima. Hehe..

Friday, April 10, 2009

Kabinet Baru : Jangan Sekadar Slogan

"Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" Ini adalah slogan terbaru yang kita dengar hasil daripada peralihan kuasa antara Pak Lah dengan Najib. Bunyinya sedap di dengar ditambah pula dengan pengecilan kabinet baru yang dibentuk semalam (klik sini) bagi melicinkan pentadbirannya (harap-harapnyalah)

Tapi apa kata rakyat? Adakah mereka benar-benar akan menerima BN kembali selepas ini? Aku sebagai salah seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia hari ini berpendapat, slogan tu janganlah hanya tinggal slogan semata-mata. Penterjemahan dalam tindakan adalah yang paling utama.

Yang paling penting tindakan. Dah bermacam-macam slogan, istilah, dan konsep aku dengar tapi tidak berapa jelas akan tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan. Jangan hanya kaya slogan tapi tindakan entah kemana. Masih ingat tentang konsep Islam Hadhari? Melayu Glokal? Itu semua adalah sebahagian daripada slogan yang ada. Dan slogan-slogan ini akan bertambah apabila tiba musim pilihanraya.

Kepada anggota kabinet baru semoga segala urusan dijalankan dengan telus dan amanah. Slogan yang dibina adalah sebagai panduan dan bukan hanya untuk gantung di papan iklan semata-mata.

Rakyat memerhati anda. Silap langkah ini adalah penggal terakhir untuk memerintah. Beware..!!

p/s : Aku rasa BN ni nak tiru PR la dalam memperjuangkan konsep Ketuanan Rakyat..

Wednesday, April 8, 2009

Ayat ''Recycle"" BN...


Muka orang kalah... Hehe.. (sumber Berita Harian)

Ayat klise BN kembali lagi. Setelah tewas dalam dua PRK iaitu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ayat yang akan biasa kita dengar ialah ''Barisan Nasional akan membuat post mortem terhadap kekalahan ini bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang'' (tak caye klik sini) HAHAHA!!! Lawak betul aku dengar statement ni.

Aku ingat lagi sewaktu PRU-12 yang lepas. BN mengalami kekalahan yang amat teruk. Ayat ini jugak yang digunakan. Dulu masa kalah dekat Permatang Pauh pun guna ayat macam ni jugak. Kalah dekat Kuala Terengganu pun guna ayat macam ni. Dah tu sampai bila asyik nak buat kajian jer? Apa hasilnya? Yang dulu tu tak habis kaji lagi ker? Mungkin la kot sebab tu asyik kalah jer. Ooops.. Bukan kalah sahaja, tapi kalah dengan majoriti yang lebih besar.. Haha..

Mungkin inilah ayat yang boleh bikin jiwa tenteram barangkali. Aku pun dah naik muak dengar. Rakyat pun nak tergelak bila alasan yang sama diguna banyak kali. Kalau lain sikit pun struktur ayat je yang berbeza. Maksudnya tetap sama. Itulah BN. Dah lapuk.. Jadi alasannya pun lapuk lah..

Wakeup BN.. Kalau berterusan macam ni alamatnya PR bakal membentuk Kerajaan pada masa hadapan. Mungkinlah kemenangan di Batang Ai tu boleh mengubat jiwa lara Najib yang gagal merampas kembali dua kerusi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kalau tidak menangislah PM baru kita ni.. Huhu..

Semoga kemenangan ini akan membawa PR selangkah lagi dalam usaha membentuk Kerajaan dalam tempoh lima tahun lagi. Insyallah..

p/s : Lepas ni kawasan mana lagi agaknya yang BN bakal tewas.

PR 2-1 BN : Kemenangan Untuk Rakyat.

Kemenangan PR di dua kawasan iaitu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah memberikan gambaran jelas kepada BN bahawa mereka masih lagi belum mampu meraih kepercayaan daripada rakyat. Malah peningkatan majoriti bagi kedua-dua kawasan tersebut juga meningkat berbanding majoriti pada PRU-12 yang lepas.

Nizar memenangi kerusi Bukit Gantang dengan majoriti 2798 undi manakala S.Manikumar pula menewaskan 13 calon Bebas dan calon BN dengan majoriti 2403 undi. Walaubagaimanapun BN berjaya memenangi kerusi Batang Ai juga dengan peningkatan majoriti apabila mendapat majoriti sebanyak 1854 undi.

Kemenangan PR ini menunjukkan betapa kerajaan pimpinan Datuk Najib perlu berusaha gigih bagi memastikan BN terus kekal berkuasa pada masa hadapan. Jika tidak PR akan terus memenangi satu-persatu pilihanraya yang berlangsung pada masa akan datang.

p/s : PR masih di hati rakyat... :)

Monday, April 6, 2009

Pilih Yang Tepat, Kemenangan Untuk Rakyat...

Tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi, kempen bagi 3 PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai bakal melabuhkan tirainya. Dalam masa yang singkat ini, aku pasti jentera-jentera pilihanraya bagi parti-parti yang bertanding sedang melancarkan gerakan terakhir bagi meraih sokongan daripada rakyat.

Kini semuanya berada dalam tangan pengundi untuk memilih suara mereka di Parlimen dan DUN. Mungkin pada saat ini pengundi telah menetapkan calon pilihan mereka dan mungkin ada yang menanti hingga ke saat bagi menetukan wakil yang paling sesuai untuk mewakili mereka.

Kepada calon-calon yang yang akan bertanding, semoga teruskan usaha bagi meraih undi daripada rakyat. Kemenangan anda kelak bukanlah kemenangan individu dan parti semata-mata, kerana kemenangan itu adalah kemenangan rakyat.

Laksanakan agenda jika menang kelak. Jangan lupakan rakyat. Kepada pengundi, selamat mengundi dan pilihlah pemimpin yang berjiwa rakyat bukan pemimpin yang muncul bila tiba musim pilihanraya sahaja.

Selamat Maju Jaya kepada semua calon terutamanya calon Pakatan Rakyat..

p/s : Hanya yang tepat untuk rakyat..

Sunday, April 5, 2009

Satu Lambang, Satu Hati.. Yeke..?

Penggunaan lambang yang berbeza bagi Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya dilihat BN sebagai tidak bersatu hati oleh BN. Hehe.. Lawak tapi benar.. Adakah BN benar-benar bersatu hati apabila menggunakan lambang yang sama pada setiap pilihanraya?

Pada aku penggunaan lambang yang berbeza tidak menggambarkan sebarang perpecahan yang berlaku sebaliknya sikap tamak dan politik wang itulah yang boleh menyebabkan perpecahan dalam parti.

Walaupun PR yang diterajui oleh Pas, PKR, dan DAP menggunakan lambang yang berbeza walaupun berada dibawah satu gagasan, itu tidak memberi sebarang masalah kepada rakyat. Yang menjadi permasalahan kepada rakyat adalah bagaimana tindakan yang diambil oleh seseorang pemimpin itu dapat merealisasikan impian rakyat.

Pada hemat aku, walaupun BN menggunakan lambang yang sama tidak semestinya mereka bersatu hati dan benar-benar tulen (lihat sini). Lambang semata-mata tidak akan mengaburi mata rakyat. Memang tidak dinafikan ada berlaku sedikit pergeseran dalam komponen PR tetapi apabila diteliti kembali BN juga ada berlaku pergeseran antara parti komponennya. Contoh yang paling senang adalah antara Gerakan dan UMNO. Semua orang tahu pergeseran dua parti komponen ini terutamanya setelah BN terlepas Pulau Pinang kepada DAP pada PRU-12 yang lepas.

Jadi situasinya tetap sama. Akhirnya lambang akan terus menjadi lambang. Takkan ada perubahan walaupun menggunakan lambang yang berbeza. Yang penting adalah penerimaan rakyat kepada parti yang bertanding.

p/s : BN dah ketandusan idea untuk mengaburi mata rakyat..

Saturday, April 4, 2009

Kalimah "Allah" : Anwar Salah Langkah..

Kenyataan DSAI terhadap penggunaan kalimah ''Allah'' bagi orang bukan Islam aku lihat sebagai tidak kene tempat dan masanya. Beliau sebagai seorang pemimpin seharusnya lebih sensitif terhadap isu-isu yang hendak dimainkan dalam kempen pilihanraya.

Tindakan beliau dilihat sebagai menjerat diri sendiri. Penggunaan kalimah ''Allah'' bagi bukan Islam terutamanya di Malaysia boleh menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat terutamanya bagi golongan yang rendah pendidikan agamanya.

Aku ni tak lah tinggi mana pelajaran agamanya, tapi aku lihat umat Islam di Malaysia hari ini terutamanya yang berbangsa Melayu masih ramai yang ketandusan ilmu agamanya. Adalah dikhuatiri golongan-golongan seperti ini akan terkeliru seterusnya akan memudaratkan diri mereka juga.

Walaupun aku tahu penggunaan kalimah ''Allah'' bagi selain agama Islam itu bukanlah asing di luar negara terutamanya bagi penganut kristian, tetapi bagi di Malaysia isu ini merupakan sesuatu yang amat sukar diterima.

Menghalang penggunaan kalimah Allah bagi agama selain Islam ini adalah dilihat sebagai langkah untuk menjamin kesucian Islam itu sendiri sebagai agama yang Ad-Din. Oleh yang demikian, aku berharap DSAI akan lebih peka dan sensitif terhadap hal-hal yang berkaitan sensitiviti agama ini.

Berkempenlah dengan cara yang lebih matang. Jangan pula nanti undi bukan Melayu bertambah tapi sokongan Melayu ''telur ayam'' Tak guna jugak. Semoga isu-isu seumpama ini tidak berlarutan sehingga boleh dieksploitasi oleh BN untuk menikam Pakatan Rakyat.

p/s : Jangan salah langkah... Takut mengundang padah..

Terancang Atau Pincang..?

Masih lagi sekitar PRK yang bakal menyusul. Kalau kita sedar, tidak kiralah sama ada PRK atau pun PRU situasi seumpama ini pasti akan berlaku. Sama ada kita sedar atau tidak tapi itulah yang sering berlaku.

Apakah itu? Jawabnya ialah akan ada lah orang-orang daripada Pakatan Rakyat (mungkin mereka itu benar-benar penyokong PR) yang akan menyertai BN. Maka akan dicananglah ke seluruh pelosok negara menerusi media-media arus perdana bahawa berlakunya kepincangan dalam PR.

Persoalannya disini ialah mengapa hanya tiba musim pilihanraya sahaja situasi seumpama ini berlaku? Kalau benar ingin meninggalkan Pakatan Rakyat kenapa tidak sebelum pilihanraya? Bukanlah bermaksud PR semakin pincang, tetapi senario ini aku lihat dah jadi macam satu trend kepada BN apabila tiba musim pilihanraya.

Adakah semua ini telah dirancang bagi memburukkan reputasi PR dimata rakyat? Mungkin kebetulan agaknya bila tiba musim pilihanraya barulah rasa nak ''berhijrah'' Mungkin dah dinyatakan dalam kamus BN bahawa musim penghijrahan adalah musim pilihanraya. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang keluar PR (kononya) untuk menyertai BN.

Walaubagaimanapun, pada pandangan dan firasat aku (ceh macam ahli nujum la pulak. Hehe..) perkara seumpama itu tidak akan menjejaskan PR kerana walaupun ada yang menyertai BN tapi mereka juga harus ingat bahawa ada juga dalam kalangan ahli BN yang menyertai PR. Tapi tidaklah dicanangkan seluas-luasnya oleh media. Takut-takut nanti kene gantung pulak lesen. Hehe..

Semoga harapan rakyat akan tertunai 7 April ini... Aminn..

p/s : Terancang atau pincang..? Hanya mereka yang tahu..

Friday, April 3, 2009

Suara Keadilan, Harakah dan 13 Tahanan ISA Bebas

Berita gembira buat rakyat. Akbar Suara Keadilan dan Harakah yang digantung lesen penerbitannya telah ditarik balik. Hal ini telah berkuatkuasa serta merta apabila Najib mengumumkannya.Di samping itu juga, Najib turut mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA yang berkuatkuasa serta merta. (lihat sini)

Baguslah kalau macam tu. Harap-harapnya ini adalah pengumuman yang ikhlas daripada PM baru kita Datuk Seri Najib. Tapi siapa tahu, ini juga mungkin taktik untuk menarik pengundi di 3 kawasan iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga di Batang Ai.

Politik sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Kalau hari ini berkuasa pun belum tentu kita akan berkuasa esok hari. Rakyat sekarang sudah bijak untuk memilih yang mana satu kaca yang mana satu permata.

Semoga perkara baik seumpama ini diteruskan. Bukan sekadar percaturan politik yang boleh mengelirukan rakyat. Rakyat tidak akan tertipu lagi.

p/s : Walau apa pun terjadi PR tetap di hati...

Antara Pakatan Rakyat Dan Barisan Nasional....

Kalau BN, ayat-ayat macam "kami mendapat sokongan penuh daripada rakyat lah", "kami yakin menang lah", "kami bekerja untuk masyarakat lah" Bila keputusan keluar, haram tak menang pun. Aku still terkenang masa PRK Kuala Terengganu awal tahun hari tu. Ayat-ayat ni lah jugak yang keluar. Mungkin nak sedapkan hati mungkin apabila melihat sokongan rakyat kepada PR. Cuma media sahaja yang tidak memberikan gambaran sebenar

Nampaknya, senario yang hampir sama mungkin akan turut berlaku di 3 PRK yang akan datang ini iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batai Ai. Sokongan yang diharapkan oleh BN setelah berhabisan wang ringgit di 3 kawasan ini mungkin sukar untuk menjadi kenyataan. Aku tidak menafikan kelebihan BN di Batang Ai, tetapi bagi 2 lagi kawasan iaitu di Bukit Selambau dan Bukit Gantang aku yakin PR akan dapat mengekalkan kerusi mereka.

Malah siapa tahu, mungkin kerusi di Batang Ai juga bakal bertukar tangan kepada PR. Kepada calon PR yang bertanding, aku menaruh harapan kepada kalian untuk memenangi ketiga-tiga kerusi ini. Kemenangan dalam PRK ini akan memberikan lebih keyakinan untuk menghadapi PRU-13 yang akan datang.

Malah kemenangan yang diharapkan terutamanya di Bukit Gantang yang meletakkan Datuk Seri Nizar sebagai calon adalah sangat signifikan kerana PRK di Bukit Gantang bukan sahaja dilihat sebagai PRK yang biasa malah akan dapat membuktikan betapa rakyat Perak menolak apa yang dikatakan sebagai ''rampasan kerajaan oleh BN''

Kerajaan BN sekarang yang sering mencanangkan bahawa kerajaan Perak sekarang adalah pilihan rakyat dilihat kurang tepat pada pandangan aku kerana pembentukannya adalah berasaskan kepada sokongan tiga calon BEBAS kepada BN. Jika rakyat yang memilih, mereka telah menzahirkannya dalam PRU-12 yang lepas. BN sendiri pun tahu apa keputusannya

Semoga PR akan terus maju dan berusaha gigih bagi memenangi hati rakyat di 3 kawasan ini, Aminn..

p/s : Harapan rakyat : PR 3-0 BN

Thursday, April 2, 2009

Salam Untuk Semua..

Ini adalah permulaan untuk blog baru aku. Dulu aku ade jugak buat blog ni. Kalau sape2 nak baca apa yang pernah aku tulis dulu bolehlah layari pedangbiru.wordpress.com. Sengaja hendak beralih angin, sebab tu aku buat blog baru ni. Blog lama tu aku dah lama tak update. So, ini kira macam versi update lah untuk blog lama tu. Hehe.. Nama jer yang tukar. Penulis tetap sama..

Apa-apa pun aku berharap agar rakan-rakan blogger yang lain dan pembaca terus menyokong aku. Huhu.. Terima kasih kepada semua..

p/s : Ini azam baru. Semoga blog ni sentiasa di updatekan oleh aku.. Hehe..