Pengikut Blog Ini

Monday, August 31, 2009

Merdeka Yang Tidak Merdeka...


Dah 52 tahun kita merdeka. Tapi sambutan kemerdekaan kali ini pada aku tidaklah semeriah sambutan kemerdekaan yang sebelumnya. Ini yang aku rasa la.. Lain orang lain rasanya.. Mungkin banyak faktor yang menyumbang kearah ini. H1N1, pilihanraya yang tak putus-putus ( dah tu kalah plak.. Hehe..) dan kemuraman ekonomi dunia mungkin antara penyebabnya..

Mungkin juga kerana 31 Ogos tahun ini berada dalam bulan Ramadhan dan rakyat terutamanya umat Islam lebih menumpukan untuk beribadat kepada Allah berbanding bersukaria tak tentu hala sebagaimana kebiasaannya.. Moga-moga itulah hendaknya walaupun masih ada yang tak menghiraukan pun kemuliaan bulan Ramadhan ni...

Jika kita lihat erti merdeka secara umum maknanya bebas. Itulah pun yang sering dikatakan apabila ditanya erti merdeka.. Dan aku pun tak terkecuali lah nak nyatakan definisi yang sama.. Tapi bebas kah kita..? Itu persoalannya... Jika dilihat secara zahirnya, ya memang benar kita ini bebas.. Tetapi secara batinnnya aku rasa kita masih lagi belum bebas..

Kenapa aku cakap macam tu..? Tidak bersyukurkah aku..? Bukanlah bermakna tidak bersyukur... Tidak bebas disini hendaklah dilihat secara meluas... Pertama, kita masih lagi belum bebas dalam gejala rasuah.. Rasuah masih lagi berleluasa.. Malah agensi yang terlibat untuk membanteras jenayah rasuah inipun kadangkala dilihat macam ambik rasuah jugak.. Ini bukanlah fakta, hanya sekadar pendapat aku.. Kang tak pasal-pasal aku pulak kene campak dari tingkat 14.. Hehe..

Keduanya, kita masih lagi belum bebas untuk bersuara sebagaimana selayaknya sebuah negara demokrasi. Malaysia ini dikatakan demokrasi kerana adanya pilihanraya setiap 5 tahun.. Itupun kadangkala penuh dengan muslihat... Daripada aspek lain tidaklah sedemokrasi seperti yang digembar-gemburkan.. Perhimpunan aman dicemar gas pemedih mata dan water cannon. Bila bicara menentang Kerajaan sedikit, akan dikatakan pengkhianat, akan dikatakan sebagai menghasut dan mengancam keselamatan negara. Kalaulah berhimpun secara aman untuk mendesak pemansuhan ISA itu dikatakan mengancam keselamatan negara, aku rasa berarak bawak kepala lembu itu lagilah mengancam keselamatan negara... Malah boleh menghancurkan terus negara yang dibina selama 52 tahun ini..

Sedarlah semua... Kita masih lagi dibelengu oleh puak-puak yang mengatakan diri mereka pembela agama dan bangsa.. Tapi mereka tidak sedar bahawa merekalah pemusnah agama, negara dan bangsa itu sendiri.. Bebaskan diri kita daripada belengu mereka agar kemerdekaan yang akan datang akan lebih bermakna dengan kita akan dapat mengecapi erti kemerdekaan yang sebenar..

Salam Kemerdekaan Buat Semua...

p/s : Bagi orang macam aku ni MERDEKA = CUTI...

Sunday, August 30, 2009

Inilah Akibatnya Jika Tidak Menghayati Al-Quran...


Stupid..!! Tercakap Inggeris plak aku hari ni.. Memalukan seluruh umat Islam je puak yang satu ni... Penghinaan yang melampaui batas dan membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat. Provokasi melampau dan boleh mencetus isu perkauman yang amat serius jika tidak ditangani dengan seberapa segera. Ini semua adalah berhubungan dengan tindakan segelintir manusia yang mengaku umat Islam tetapi lagak lakunya jahil yang amat sangat. Yang pergi berarak bawak kepala lembu tu jadah ape..? Disepak-sepak.. Diludah-ludah.. Dan dipijak-pijak kepala lembu tu..

Difahamkan bahawa hal ini adalah berhubung kait dengan pemindahan tapak kuil daripada Seksyen 19 ke Seksyen 22 Shah Alam.. Tindakan ini seolah-olah menghina tuhan bagi mereka yang beragama Hindu.. Tindakan bodoh apakah ini...?

Dalam Al-Quran pun ada menyebut dalam surah Al-An'am ayat 108 yang maksudnya :

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Sudah terang lagikan bersuluh diterangkan dalam Al-Quran larangan menghina Tuhan-Tuhan lain selain Allah kerna kelak kaum-kaum lain akan membuat penghinaan kepada Allah jika kita menghina tuhan-tuhan mereka..
Mungkin mereka ini tidak membaca Al-Quran agaknya.. Ataupun hanya sekadar membaca tetapi tidak menghayatinya.. Mengaku sahaja Islam tetapi memalukan Islam keseluruhanya secara total..

Semalam, YB Khalid Samad ada menerangkan kat tempat aku bahawa cadangan tapak kuil itu adalah 600 kaki daripada rumah penduduk yang terhampir berbanding dengan lokasi asal yang hanya seberang jalan sahaja daripada rumah penduduk.. Jadi aku lihat tiada masalah untuk mengalihkan lokasi asal ke tempat baru yang dicadangkan.. Menurut statistik yang dinyatakan oleh YB terdapat lebih kurang 1000 penganut Hindu sahaja yang berada di Seksyen 19, 22 dan 23 dan hanya ada satu kuil sahaja dalam lingkungan kawasan itu.. Sungguhpun hanya 1000 orang, tetapi mereka berhak untuk mendapatkan tempat untuk beribadat bagi agama mereka..

Tak tahu lah aku nak cakap apa lagi... Laporan polis sudah dibuat bagi menghalang provokasi yang berterusan kepada penganut Hindu.. Kita lihat sajalah apa tindakan yang selanjutnya... Memang memalukan apabila Ramadhan yang mulia ini dicemari dengan tindakan-tindakan ekstrem. Dan lebih memalukan dan mengecewakan apabila nama Islam diguna untuk "menghalalkan" tindakan mereka yang lansung tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah...

p/s : Bapak-bapak mufti sekalian, tak kan senyap je kot... Ayat ni xde ke dalam Al-Quran..??

Wednesday, August 26, 2009

Kalaulah BN Menang.....


Pasca PRK Permatang Pasir. Macam-macam kisah sama ada suka atau duka telah berlaku sepanjang tempoh daripada bermulanya penamaan calon hinggalah keputusan pilihanraya yang di umumkan semalam. Daripada Syaaban ke Ramadhan.. Hehe.. Akhirnya wakil rakyat telah ditentukan. Nampaknya, BN masih lagi tidak dapat memecah badi kekalahan mereka dalam PRK yang diadakan di Semenanjung.. Seperti dijangka PAS berjaya mengekalkan kerusi di kubu kuatnya itu walaupun juak-juak UMNO mengatakan mereka berjaya mengurangkan majoriti Pakatan Rakyat..

Benar. Memang mereka dapat kurangkan majoriti PAS di Permatang Pasir. Tapi banyak mana sangat lah kurangnya.. Hasil daripada perkiraan aku PAS hanya kekurangan 0.9% undi sahaja jika mahu dibandingkan dengan PRU 12 yang lepas..

Sedang aku memanjatkan kesyukuran atas kemenangan PAS ini, aku tetiba terfikir, macam mana lah agaknya kalau BN yang menang.. Hahaha.. Mesti kalau kat berita TV3 tu paling kurang 30 minit cerita BN menang je.. Dan berita ini akan sentiasa diulang sampai seminggu paling sekejap. Maklumlah, lama tak merasai kemenangan.. Tak dapat la kita nak tengok berita lain..

Kalaulah BN menang, mesti bersorak sakanlah Muhyiddin kerana "Formula Manik Urai" nya berjaya. Maka muka depan akhbar hari ni akan tersiarlah gambar Rohaizat dijulang oleh penyokong-penyokong BN.. Dan makin banyaklah kenyataan yang akan keluar mengatakan BN semakin diterima rakyat.. Najib pun akan dengan megahnya berkata bahawa gagasan 1 Malaysianya semakin diterima oleh rakyat..

Maka akan makin ramailah timbulnya pemuka-pemuka UMNO yang akan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat semakin lemah. Pakatan Rakyat sudah longgar.. Pakatan Rakyat sudah tidak relevan dan pelbagai lagi komen-komen kepada PR..

Tapi itu semua akan berlaku KALAU BN menang. Hakikat yang sebenarnya mereka tidak menang. Itu hanyalah mimpi-mimpi indah yang diidamkan oleh BN.. Yang ada hanyalah berita kemenangan PAS selama 3 minit di ikuti dengan statement Muhyiddin yang cakap para pengundi yang menyokong BN dihalang daripada keluar mengundi. Berita yang kononnya pemuda UMNO dipukul oleh penyokong pembangkang. Berita yang menyiarkan kenyataan Hisyammudin seolah-olah PR tidak mengikut peraturan pilihanraya dengan mendirikan juga pondok-pondok panas dan membuat provokasi walaupun hakikatnya pihak BN juga membuat perkara yang sama. Malah aku turut difahamkan oleh rakan-rakan yang berada di Permatang Pasir, puak-puak BN inilah yang mula-mula melanggar peraturan apabila sejak pagi telah mendirikan pondok-pondok panas ini disamping membuat provokasi kepada penyokong PR..

Nak kata apa lagi, muka depan akhbar hari ni pun takde tunjuk keputusan pilihanraya. Kalau ade pun kecik je.. Hehe.. Tak mengapalah.. Media itu UMNO/BN punye... Kalau nak letak muka depan, kita letaklah kat Harakah atau Suara Keadilan.. Biar kalah di media, tapi menang di hati rakyat dan para pengundi.. Biar kalah provokasi, tapi menang dapat kerusi..

TAKBIR..!!! ALLAHUAKBAR..!!

p/s : Skor terkini PR 7-1 BN.... ( Macam skor MU lawan Roma la pulak.. Hehehe..)


Saturday, August 22, 2009

Benvenuto Ramadhan....


Ramadhan sudah tiba.. Tidak sabar rasanya ingin merasai nikmat Ramadhan tahun ini. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.. Bulan yang mana dibuka pintu syurga seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup dan dikunci serapat-rapatnya.. Syaitan-syaitan dibelengu dan tidak dibiarkan bebas.. Inilah dia bulan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam untuk melipatgandakan amalan dan pahala agar nanti membawa bekalan yang cukup untuk menghadap Allah S.W.T.

Aku tertarik dengan saranan seorang ustaz di surau tempat aku bersolat jemaah tadi. Ustaz Nazmi namanya. Dalam tazkirahnya sebentar tadi ada menyebut bahawa dalam pada kita sibuk mengumpul amalan dalam bulan Ramadhan ini ada satu perkara yang kadang kala umat Islam terlepas pandang yakni tentang aurat.

Adalah sebaiknya dalam bulan yang mulia ini kita patut mengadakan kempen untuk menutup aurat tidak kira lelaki mahupun wanita. Aurat ini telah pun disebut dalam Al-Quran akan kewajipan untuk memeliharanya tetapi dipandang ringan oleh umat Islam masa kini. Membuka aurat seolah-olah tidak lagi menjadi masalah bagi mereka. Apalah gunanya puasa jika membuka aurat. Apalah gunanya puasa jika tidak menunaikan solat lima waktu.

Mungkin ada yang terasa di luar sana tapi itulah hakikatnya. Yang benar tetap benar walaupun kadangkala pahit untuk menerimanya. Kepada rakan-rakan pembaca di luar sana, ayuh kita segera membaiki diri. Sekadar peringatan untuk diri aku yang lemah ini dan juga rakan-rakan diluar sana. Semoga kita akan berada di atas landasan ketakwaan untuk mencapai keredhaan dari-Nya..

Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk melaksanakan Ramadhan ini dan akan dapat bertemu kembali dalam Ramadhan yang akan datang....

p/s : Selamat Menyambut Ramadhan Yang Penuh Barakah.... (Benvenuto bermaksud Selamat Datang dalam Bahasa Italy)

Friday, August 21, 2009

Semua Orang Sayang Khairy..!!


Sebelum aku tulis apa-apa, aku nak gelak dulu... Hahahaha.... Kenapa la aku gelak macam orang gila ni...? Bukan ape, aku gelak sebab terbaca kenyataan KJ yang cakap pemuda PAS dan PKR menyokong calon BN si Rohaizat tu.. Mula-mula cerita hantu PAS... Lepas tu kata dapat sokongan pemuda PAS dan PKR pulak.. Ada-ada je modal si menantu Pak Lah ni.. Lepas ni apa pulak..? Nak kata Nik Aziz pun sokong BN ker..? Hehehe.. Karut.. Karut...

Dalam keadaan calon BN yang tak menentu keperibadiannya setelah satu persatu pekung terbuka, mana mungkinlah akan mendapat sokongan. Kalau ade pun, KALAU... Kalau ada pun pemuda PAS dan PKR nak sokong BN aku rasa tak perlu la sampai nak telefon si mamat KJ ni beritahu.. Ntah2 suruh orang menyamar kata daripada Pemuda PAS dan PKR telefon dia kata nak sokong BN.. Kihkihkih..

Menurut kata beliau lagi, tiada maknanya untuk menyokong PAS kerana wakil rakyat tunggal parti itu tidak akan dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri. Malah dilihat sebagai sama dengan menyokong DAP sahaja.. Komen bodoh aku untuk kenyataan yang bodoh KJ; habis kalau sokong calon BN, dia akan jadi Anggota Exco Kerajaan Negeri ker..? What a stupid argument..!! Harap je Ketua Pemuda UMNO.. Tapi tak bole pakai..

Kepada KJ, henti-hentilah buat statement yang bikin UMNO makin di tolak.. Pasal "hantu-hantu" tu orang-orang PR dah lame report tapi takde ape tindakan pun.. Ke saje nak tuduh PAS pakai "hantu" sebab nak cover line UMNO untuk pakai "hantu" dekat Permatang Pasir... Hahaha... SPR baik check betul2....

p/s : KJ Mencari Taring Yang Tak Pernah Tumbuh....

Thursday, August 20, 2009

Tak Payah Pakai Topeng Muka Kalau Sihat - Pusat Kesihatan


Hurm.. Bunyi macam pelikkan.. Tapi itulah saranan sebuah pusat kesihatan kat tempat aku ni.. Saranan ni pun diceritakan oleh kawan aku yang pergi ke pusat kesihatan tu semalam. Dia kata PK hanya menyarankan agar topeng muka dipakai oleh orang yang dijangkiti dan golongan yang berisiko tingi. Yang sihat walafiat tak payah nak gatal-gatal pakai topeng. Alasannya mudah, kalau dah nak kena tu pakai topeng pun boleh kene.. Sama ada satu arahan daripada kementerian atau hanya untuk menjimatkan topeng muka yang ada.. Aku pun tak tahulah..

Komen aku mudah je. "Prevent is better than cure". Apa masalahnya kalau yang sihat pun nak pakai..? Bukan menyusahkan orang pun.. Benar... Kalau dah nak kena tu pakai topeng pun boleh kena.. Tapi adalah lebih baik kita mencegahnya daripada awal. Bukan kita tahu siapa yang berada disekeliling kita.. Andai kata yang dijangkiti itu degil dan tak pakai pun topeng muka duk plak merayap ke tempat-tempat awam.. Apa jadi..? Sendiri jawab la...

Aku pun kadang-kadang tak faham.. Sepatutnya mereka menggalakkan langkah pencegahan. Ini dilihat seolah-olah tidak mengambil berat langsung akan langkah pencegahan. Jangan ambil mudah wabak bahaya seumpama ini.. Macam aku cakap awal-awal tadi la, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.. Jangan dah terkena baru nak terngadah..

Mungkin tidak mahu mewujudkan suasana seolah-olah Malaysia kini sudah semakin teruk jangkitannya apabila melihat ramai yang bertopeng muka di kaki-kaki lima dan pusat membeli-belah. Walaupun itulah hakikatnya..

Yang penting, jaga diri kita.. Jika kita tak jaga siapa lagi nak jaga..? Takkan hidup kita pun nak ditentukan oleh pemerintah.. Kita atur hidup kita agar jadi lebih sempurna dan sejahtera.. Jangan terlalu bergantung..

Kesimpulannya, aku SANGAT TIDAK BERSETUJU bahawa hanya yang dijangkiti dan yang berisiko sahaja perlu pakai topeng muka tetapi yang sihat Tak Payah.. Ini akan mendedahkan lebih banyak kes baru muncul di negara kita yang tercinta ini...

Cegah Sebelum Parah... Kalau dah parah, pasrah je lah..

p/s : Ini diceritakan oleh member aku.. Kalau dia tipu maknanya aku tipu korang la yek..

Sketsa Permatang Pasir Bermula...


Dah terbongkar nak buat macam mana kan.. Terima je lah.. Itu je aku nak cakap kepada Rohaizat apabila pendedahan tentang pembatalan lesen guamannya oleh Majlis Peguam di sebarkan. Hahaha.. Kesian aku tengok calon UMNO ni.. Sudah jatuh ditimpa tangga lepas tu tergolek-golek sampai ke kaki lima masuk pulak longkang yang penuh najis. Inilah nasib Rohaizat. Sudahlah kena jadi calon UMNO dikala UMNO semakin ditolak oleh rakyat, terdedah pula pekung di dada.. Nak kene jawab lagi dengan pengundi.. Pening... Pening...

Inilah calon kebanggaan UMNO yang cuba meraih sokongan daripada rakyat di Permatang Pasir. Bak kata Ahmad Maslan, hero.. Sebab sanggup menerima hukuman atas kesalahan orang lain. Hahaha... Hero habis.. Ntah2 memang terlibat sama dalam kes pecah amanah tu.. Aku tak cakap tapi orang boleh nilai.. Kalau aku cakap salah nanti jadi fitnah pulak.. Tak pasal-pasal kene saman.. Hehe..

Media kawalan UMNO pun apalagi, terpaksalah menggandakan kempen untuk calon yang dikatakan akan memegang amanah rakyat dengan sebaiknya ini...Berbuih-buihlah mulut mereka mengatakan PR menyerang peribadi calon... Agaknya mereka sudah lupa apa yang berlaku di Manik Urai.. BN serang habis-habisan peribadi seorang pemborong ikan yang mereka katakan tidak layak.. Mungkin ini bukan serangan peribadi agaknya..

Betullah agaknya kata Ku Li, UMNO sudah tidak ada calon lain agaknya... Semuanya takut KALAH..! Terpaksalah ambik orang yang dah terbatal lesen guamannya dek kerna songlap duit..! Hancus.. Tak tau la aku nak cakap ape.. Biarlah rakyat yang mengadilinya menerusi kertas undi..

p/s : Kepada peguam yang terbatal lesen guamannya : Kalau menang nanti jangan nak songlap duit rakyat pulak.... =p

Tuesday, August 18, 2009

SPRM Ku Sayang...!!


Aku nak tulis pasal SPRM lagi hari ni sebenarnya.. Berhubung dengan arahan Khalid Ibrahim agar SPRM melakukan siasatan hanya pada waktu pejabat.. Pada pandangan aku ada baiknya cadangan tersebut walaupun ada suara-suara yang membantah dengan alasan SPRM berhak melakukan siasatanya pada bila-bila masa kerana berpendapat bahawa SPRM adalah satu badan bebas.

Ya, memang benar SPRM adalah satu badan bebas.. (Kalau benarlah..) Tetapi, walau sebebas mana pun mereka masih lagi perlu terikat dengan peraturan-peraturan yang boleh dianggap relevan seperti arahan Khalid Ibrahim ini. Kalau dah sampai tengah malam pun masih memaksa orang untuk bersoal siasat itu sudah boleh dianggap sebagai berlebihan..

Semalam (17 Ogos 2009) ada satu poll di Edisi 7 yang meminta pendapat penonton adakah SPRM patut diberi kebebasan untuk melaksanakan siasatan tanpa had masa dan lokasi. Apa kata penonton..? 75 % mengatakan TIDAK BERSETUJU bahawa SPRM patut diberi kebebasan untuk melaksanakan siasatan tanpa had masa dan lokasi. Apa maknanya ini...? Maknanya, rakyat bersetuju dengan arahan Khalid Ibrahim agar SPRM di Selangor menjalankan siasatan hanya pada waktu pejabat.

Mungkin jika dilihat secara kasar, ini hanyalah satu undian pendapat. Tetapi di sebaliknya menunjukkan betapa rakyat amat prihatin terhadap isu-isu semasa. Rakyat tahu memilih mana yang baik mana yang buruk..

Kerajaan kene sedar bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Tanpa rakyat kerajaan tidak akan terbentuk. Oleh itu hargailah rakyat dengan sebaiknya.. Dengar pandangan mereka. Dengar pendapat mereka.. Isu PKFZ belum terjawab.. Ali Rustam masih bebas.. KJ juga masih berkeliaran.. Apa SPRM tunggu lagi..? Banyak lagi ke pimpinan PR nk disoal..?

p/s : Siasat sampai ke lubang cacing jika pimpinan PR.. Tak payah sisat jika pimpinan BN...

Sunday, August 16, 2009

Henti Siasatan Politik ; Apa Lagi Helah SPRM..?


Nampaknya SPRM bukanlah satu badan "BEBAS" yang benar-benar hebat. Baru terima tekanan sikit terus nak berhenti.. Akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM akan memberhentikan siasatan keatas ahli politik serta merta kerana suruhanjaya itu terus menerima kecaman daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara pelaksanaan siasatan SPRM.

Memanglah rakyat tak puas hati.. Yang sepatutnya disiasat tak pun disiasat... Tapi sibuk duk menyiasat kes-kes yang entah ape-ape.. Tindakan SPRM untuk memberhentikan siasatan ke atas ahli politik ini aku lihat sebagai langkah untuk menyelamatkan individu-individu tertentu..

Nampaknya, selamat lagilah Khir Toyo dengan mahligainya.. Khir Toyo tu kan ahli politik.. Hahaha... Karut betullah SPRM ni.. Perkara yang sudah terang lagikan bersuluh ni tak pun dorang tengok.. Kes PKFZ, dah banyak laporan. Tak nampak pun ada tindakan. Tapi bila kes lembu korban yang hendak diagihkan kepada rakyat cepat je nk siasat.. Hari ni lapor esok dah siasat.. Double Standardkah..?

Cakaplah apa pun.. Tukarlah nama apa sekalipun, kalau memang sudah begitu asal kejadiannya susah nak diubah.. Aku sekadar berpendapat.. Mungkin SPRM mahu membersihkan kembali imejnya yang semakin tercalar di mata rakyat. Tapi walaubagaimanapun caranya untuk membersihkan imej SPRM, aku berpandangan bahawa tiada lagi jalan keluar buat SPRM melainkan segala perkara berbangkit dapat disiasat dengan segera tanpa ada Double Standard..

p/s : Teluslah dalam siasatan.. Jangan pilih bulu...

Sunday, August 9, 2009

Mula-Mula Babi.. Sekarang Arak... Lepas Ni..?

Jangan cuba menangguk di air yang keruh. Tu je aku nak cakap kepada puak-puak yang suka sangat nak mengadu domba dan cuba untuk mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Secara lebih tepatnya, aku tujukan khas buat UMNO yang dilihat cuba untuk tunjuk ''hero'' dalam isu arak yang hangat diperkatakan di Selangor sejak kebelakangan ini.

Malas aku nak cerita panjang-panjang. Semua orang pun dah tau. 1 Malaysia pun tahu tentang isu ni. Betul la orang cakap, bila kita berkuasa, kita tak ambil peduli. Bila kita dah hilang kuasa baru nak sibuk-sibuk. Dan itulah yang terjadi kepada UMNO Selangor sekarang ni.. Dulu bila mana berkuasa, tak ambik kisah pun pasal arak ni.. Sekarang ni sibuk nak tunjuk baik pulak.

Aku menyokong penuh tindakan PAS dalam usaha untuk membanteras penjualan arak secara berleluasa di Selangor ini. Apalah salahnya jika arak tidak dijual secara terbuka..? DAP sebagai salah satu komponen dalam PR seharusnya lebih sensitif terhadap isu ini. PAS juga hendaklah menerangkan dengan sebaiknya kepada DAP agar tidak timbul salah faham antara kedua-duanya..

Terbaru, kenyataan Pemuda UMNO Malaysia yang mencabar PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (klik sini) dilihat sebagai satu tindakan terdesak dalam usaha memecahbelahkan kerjasama antara komponen dalam PR. Cabaran itu juga dilihat sebagai kekeringan idea dalam usaha UMNO untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada mereka.

Aku amat pasti dan yakin sekali bahawa isu-isu yang melanda PR hari ini akan dijadikan modal kempen UMNO dalam menghadapi PRK Permatang Pasir yang akan datang. Dan aku juga pasti UMNO pasti menerima kekalahan yang seterusnya di Permatang Pasir.. Insyaallah..

p/s : Apa pulak lepas ni...

Thursday, August 6, 2009

Dulu Dan Sekarang....


Jika DULU......
Bila kita batuk-batuk... Orang akan cakap "Ni ko hisap rokok banyak sangat ni.. Tu yang batuk-batuk tu..." Atau pun orang akan cakap " Minum lagi air sejuk banyak-banyak.. Kan dah batuk.." "Pegi beli strepsil makan.. Tak pun makan ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika. Mesti ok punye.."

Tapi SEKARANG...
Bila kita batuk orang akan cakap " Dah pegi hospital belum..? Kang kene demam babi plak.." Ade jugak yang akan cakap " Uish.. Virus nih.. Pegi pakai topeng muka.." Paling ringkas orang akan cakap "H1N1 yeh..?"

Kalau DULU....
Bila kita selsema, orang tak cakap pape pun.. Biasalah selsema.. Semua orang pernah kene.. Habis-habis kuat pun orang akan cakap "Pegi la klinik ambil ubat.."

Tapi SEKARANG...
Bila kita selsema, dah jadi macam fobia.... Orang akan cakap " Baik ko pegi check.. Ramai dah mati sebab selsema ni..'' Semua orang mengelak takut terkena virus selsema ni.... Siap ada arahan suruh sape2 yang ade selsema tak perlulah datang ke kelas.. Rehat sahaja di rumah.

Ini semua adalah penangan H1NI atau nama manjanya Selsema Babi.. Bala diturunkan kepada seluruh ummat manusia agar mereka kembali mengingati kebesaran Allah.. Kepada yang beragama Islam, kukuhkan iman dan sentiasa bersabar dengan musibah yang melanda hari ini..

Cegah sebelum parah.. Bak kata lecturer aku, kalau bukan kita yang mencegah sape lagi yang hendak mencegahnya..? Semoga malapetaka yang melanda dunia hari ini akan kembali pulih dan manusia dapat menjalani kehidupan seperti sediakala...

p/s : Ini adalah pengalaman aku dan beberapa rakan yang lain.. Syukurlah masih sihat dan moga-moga dijauhi daripada sebarang penyakit.. Aminn...


Sepi Tak Bermakna Hilang...

Kesibukan melanda diri disamping kondisi kesihatan yang tidak menentu menyebabkan aku lame tak update blog ni... Mintak maaf lah kepada pembaca-pembaca blog aku yang tak seberapa ni..

Semoga aku diberi kelapangan dan kesihatan yang lebih baik untuk terus menyampaikan pandangan serta pendapat dalam blog ni..

p/s : Harap-harap maaf diterima.. =)