Aku nak tulis pasal SPRM lagi hari ni sebenarnya.. Berhubung dengan arahan Khalid Ibrahim agar SPRM melakukan siasatan hanya pada waktu pejabat.. Pada pandangan aku ada baiknya cadangan tersebut walaupun ada suara-suara yang membantah dengan alasan SPRM berhak melakukan siasatanya pada bila-bila masa kerana berpendapat bahawa SPRM adalah satu badan bebas.
Ya, memang benar SPRM adalah satu badan bebas.. (Kalau benarlah..) Tetapi, walau sebebas mana pun mereka masih lagi perlu terikat dengan peraturan-peraturan yang boleh dianggap relevan seperti arahan Khalid Ibrahim ini. Kalau dah sampai tengah malam pun masih memaksa orang untuk bersoal siasat itu sudah boleh dianggap sebagai berlebihan..
Semalam (17 Ogos 2009) ada satu poll di Edisi 7 yang meminta pendapat penonton adakah SPRM patut diberi kebebasan untuk melaksanakan siasatan tanpa had masa dan lokasi. Apa kata penonton..? 75 % mengatakan TIDAK BERSETUJU bahawa SPRM patut diberi kebebasan untuk melaksanakan siasatan tanpa had masa dan lokasi. Apa maknanya ini...? Maknanya, rakyat bersetuju dengan arahan Khalid Ibrahim agar SPRM di Selangor menjalankan siasatan hanya pada waktu pejabat.
Mungkin jika dilihat secara kasar, ini hanyalah satu undian pendapat. Tetapi di sebaliknya menunjukkan betapa rakyat amat prihatin terhadap isu-isu semasa. Rakyat tahu memilih mana yang baik mana yang buruk..
Kerajaan kene sedar bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Tanpa rakyat kerajaan tidak akan terbentuk. Oleh itu hargailah rakyat dengan sebaiknya.. Dengar pandangan mereka. Dengar pendapat mereka.. Isu PKFZ belum terjawab.. Ali Rustam masih bebas.. KJ juga masih berkeliaran.. Apa SPRM tunggu lagi..? Banyak lagi ke pimpinan PR nk disoal..?
p/s : Siasat sampai ke lubang cacing jika pimpinan PR.. Tak payah sisat jika pimpinan BN...
Sdra.,
ReplyDeleteSaya juga melihat undian dalam Edisi 7 NTV7 semalam...
Itulah hakikatnya pabila sang penguasa hanya memilih untuk menjahanamkan seseorang dengan pelbagai helah serta tipu dan rekaan yang dibuat! Apakah kes-kes yang jelas melibatkan pihak-pihak sang penguasa dibuang begitu sahaja... inilah kezaliman!
Sdra Rusdi,
ReplyDeleteSetiap kezaliman pasti akan dibalas.. Cuma masa yang akan menentukan.. Lambat laun akan terbongkar jua...
MB boleh buat peraturan untuk ajensi kerajaan persekutuan?? atau ajensi swasta?? MB ada hak buat peraturan seperti mana yang difikirkan sesuai?? Apa guna Dewan Negeri dan Dewan Rakyat??
ReplyDeleteSudah jadi ahli parlimen pun masih terasa diri sebagai CEO Guthrie. Dia masah tak dapat melupakan jawatan anugerah umno pada satu masa dulu..
Dia ingat SPRM tu buat kerja tanpa undang undang atau akta dan peraturan?? Siapa yang gubal akta? Bagaimana dan di mana?? Apalah ruginya rakyat selangor yang dapat MB yang tak tahu peraturan dan undang undang, mentadbir negeri tetapi berlagak macam guru besar yang boleh menyuruh anak muridnya buat seperti apa yang dikehendakinya!!!
Masih ada orang buta hati yang mahu mengadaikan masa depan ugama, bangsa dan negara kepada gerombolan kecewa dan putus asa yang bergabung pula dengan chauvanis cina dan pak lebai melayu yang gila jawatan dan kerusi dengan menjual ayat Allah !!!