Pengikut Blog Ini

Friday, August 21, 2009

Semua Orang Sayang Khairy..!!


Sebelum aku tulis apa-apa, aku nak gelak dulu... Hahahaha.... Kenapa la aku gelak macam orang gila ni...? Bukan ape, aku gelak sebab terbaca kenyataan KJ yang cakap pemuda PAS dan PKR menyokong calon BN si Rohaizat tu.. Mula-mula cerita hantu PAS... Lepas tu kata dapat sokongan pemuda PAS dan PKR pulak.. Ada-ada je modal si menantu Pak Lah ni.. Lepas ni apa pulak..? Nak kata Nik Aziz pun sokong BN ker..? Hehehe.. Karut.. Karut...

Dalam keadaan calon BN yang tak menentu keperibadiannya setelah satu persatu pekung terbuka, mana mungkinlah akan mendapat sokongan. Kalau ade pun, KALAU... Kalau ada pun pemuda PAS dan PKR nak sokong BN aku rasa tak perlu la sampai nak telefon si mamat KJ ni beritahu.. Ntah2 suruh orang menyamar kata daripada Pemuda PAS dan PKR telefon dia kata nak sokong BN.. Kihkihkih..

Menurut kata beliau lagi, tiada maknanya untuk menyokong PAS kerana wakil rakyat tunggal parti itu tidak akan dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri. Malah dilihat sebagai sama dengan menyokong DAP sahaja.. Komen bodoh aku untuk kenyataan yang bodoh KJ; habis kalau sokong calon BN, dia akan jadi Anggota Exco Kerajaan Negeri ker..? What a stupid argument..!! Harap je Ketua Pemuda UMNO.. Tapi tak bole pakai..

Kepada KJ, henti-hentilah buat statement yang bikin UMNO makin di tolak.. Pasal "hantu-hantu" tu orang-orang PR dah lame report tapi takde ape tindakan pun.. Ke saje nak tuduh PAS pakai "hantu" sebab nak cover line UMNO untuk pakai "hantu" dekat Permatang Pasir... Hahaha... SPR baik check betul2....

p/s : KJ Mencari Taring Yang Tak Pernah Tumbuh....

2 comments:

  1. Sdra.,
    Kenyataan amat-amat klise setiap kali UMNO/BN bertanding:
    a. Di bawah pembangkang tiada kemajuan langsung.
    b. Rakyat harus tolak pembangkang kerana pembangkang tiada arah tuju.
    c. Perubahan besar BN akan buat jika menang.
    d. Kitalah pembela utama bangsa dan agama.
    e. Pakatan semakin berpecah, kita (UMNO/BN)makin diterima rakyat.
    f. Kawasan ini akan jadi anak angkat Persekutuan.
    g. ... dan macam-macam lagi kenyataan bodoh untuk membodohkan rakyat, sedangkan merekalah yang membodohkan diri sendiri...!

    Catatan: Nampak gayanya UMNO/BN masih belum mahu berubah...! Rakyat suruh berubah tapi mereka pinggirkan kata-kata rakyat ramai... biarkan mereka...!

    ReplyDelete
  2. Saudara Rusdi,
    Itulah masalahnya UMNO/BN ni.. Semuanya materialistik...Rakyat sudah muak saya kira dengan kematerialistikan mereka..

    Biarlah mereka terus hanyut.. Biar hanyut pergi dan tak kembali lagi.. Tidak sabar rasanya mahu melihat Malaysia Baru dibawah kepimpinan yang lebih baik dan beragama kerna agama dan politik tidak boleh dipisahkan...

    ReplyDelete