Hurm.. Bunyi macam pelikkan.. Tapi itulah saranan sebuah pusat kesihatan kat tempat aku ni.. Saranan ni pun diceritakan oleh kawan aku yang pergi ke pusat kesihatan tu semalam. Dia kata PK hanya menyarankan agar topeng muka dipakai oleh orang yang dijangkiti dan golongan yang berisiko tingi. Yang sihat walafiat tak payah nak gatal-gatal pakai topeng. Alasannya mudah, kalau dah nak kena tu pakai topeng pun boleh kene.. Sama ada satu arahan daripada kementerian atau hanya untuk menjimatkan topeng muka yang ada.. Aku pun tak tahulah..
Komen aku mudah je. "Prevent is better than cure". Apa masalahnya kalau yang sihat pun nak pakai..? Bukan menyusahkan orang pun.. Benar... Kalau dah nak kena tu pakai topeng pun boleh kena.. Tapi adalah lebih baik kita mencegahnya daripada awal. Bukan kita tahu siapa yang berada disekeliling kita.. Andai kata yang dijangkiti itu degil dan tak pakai pun topeng muka duk plak merayap ke tempat-tempat awam.. Apa jadi..? Sendiri jawab la...
Aku pun kadang-kadang tak faham.. Sepatutnya mereka menggalakkan langkah pencegahan. Ini dilihat seolah-olah tidak mengambil berat langsung akan langkah pencegahan. Jangan ambil mudah wabak bahaya seumpama ini.. Macam aku cakap awal-awal tadi la, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.. Jangan dah terkena baru nak terngadah..
Mungkin tidak mahu mewujudkan suasana seolah-olah Malaysia kini sudah semakin teruk jangkitannya apabila melihat ramai yang bertopeng muka di kaki-kaki lima dan pusat membeli-belah. Walaupun itulah hakikatnya..
Yang penting, jaga diri kita.. Jika kita tak jaga siapa lagi nak jaga..? Takkan hidup kita pun nak ditentukan oleh pemerintah.. Kita atur hidup kita agar jadi lebih sempurna dan sejahtera.. Jangan terlalu bergantung..
Kesimpulannya, aku SANGAT TIDAK BERSETUJU bahawa hanya yang dijangkiti dan yang berisiko sahaja perlu pakai topeng muka tetapi yang sihat Tak Payah.. Ini akan mendedahkan lebih banyak kes baru muncul di negara kita yang tercinta ini...
Cegah Sebelum Parah... Kalau dah parah, pasrah je lah..
p/s : Ini diceritakan oleh member aku.. Kalau dia tipu maknanya aku tipu korang la yek..
Reformasi,
ReplyDeleteKalau jarum suntikan kerajaan bagi percuma kpd penagih dadah, apa salahnya topeng muka pun diberi percuma kpd seluruh rakyat Msia.
Zura Halid,
ReplyDeleteMungkin niat nak bagi percuma tu ada.. Cuma pelaksanaan je yang xde.. Hehehe... Saya juga difahamkan bhw topeng muka sekarang ni x cukup..