Pengikut Blog Ini

Sunday, August 16, 2009

Henti Siasatan Politik ; Apa Lagi Helah SPRM..?


Nampaknya SPRM bukanlah satu badan "BEBAS" yang benar-benar hebat. Baru terima tekanan sikit terus nak berhenti.. Akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM akan memberhentikan siasatan keatas ahli politik serta merta kerana suruhanjaya itu terus menerima kecaman daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara pelaksanaan siasatan SPRM.

Memanglah rakyat tak puas hati.. Yang sepatutnya disiasat tak pun disiasat... Tapi sibuk duk menyiasat kes-kes yang entah ape-ape.. Tindakan SPRM untuk memberhentikan siasatan ke atas ahli politik ini aku lihat sebagai langkah untuk menyelamatkan individu-individu tertentu..

Nampaknya, selamat lagilah Khir Toyo dengan mahligainya.. Khir Toyo tu kan ahli politik.. Hahaha... Karut betullah SPRM ni.. Perkara yang sudah terang lagikan bersuluh ni tak pun dorang tengok.. Kes PKFZ, dah banyak laporan. Tak nampak pun ada tindakan. Tapi bila kes lembu korban yang hendak diagihkan kepada rakyat cepat je nk siasat.. Hari ni lapor esok dah siasat.. Double Standardkah..?

Cakaplah apa pun.. Tukarlah nama apa sekalipun, kalau memang sudah begitu asal kejadiannya susah nak diubah.. Aku sekadar berpendapat.. Mungkin SPRM mahu membersihkan kembali imejnya yang semakin tercalar di mata rakyat. Tapi walaubagaimanapun caranya untuk membersihkan imej SPRM, aku berpandangan bahawa tiada lagi jalan keluar buat SPRM melainkan segala perkara berbangkit dapat disiasat dengan segera tanpa ada Double Standard..

p/s : Teluslah dalam siasatan.. Jangan pilih bulu...

5 comments:

  1. Very unique blog.
    Fantastic pictures. Wow...

    I like your blog.

    Please visit:
    http://paradise-adventure.blogspot.com

    Keep blogging.
    Have a great time.
    Everyday.

    ReplyDelete
  2. Sdra.,
    Lama sdra. 'menghilang', saya menunggu tulisan sdra. yang semacam sealiran dengan pemahaman dan sepandat dengan saya.

    Memanglah sedari dahulu yang dinamakan 'pembangkang dan penentang' akan dihentam habis-habisan oleh sang berkuasa (yang diarahkan oleh kepala busuk sang penguasa besar), siasatan terpilih... mudah disiasat maka mudahlah dijatuh hukum...!

    ReplyDelete
  3. Sdra Rusdi,
    Maaf lah kerana tiada kesempatan utk menulis dek kerna himpitan waktu sebagai seorang pelajar.. Terima kasih atas sokongan saudara..

    Kerana kuasa, sang pemerintah sanggup lakukan apa sahaja bagi menjamin kemaslahatan mereka...

    ReplyDelete
  4. SPRM bebas?
    hahaha... kelakar tu

    SPRM ni just another boneka yg diguna pakai je..

    ReplyDelete
  5. Amirul,
    Satu boneka yang dikatakan "BEBAS"
    Hahahaha...!!!

    ReplyDelete