Stupid..!! Tercakap Inggeris plak aku hari ni.. Memalukan seluruh umat Islam je puak yang satu ni... Penghinaan yang melampaui batas dan membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat. Provokasi melampau dan boleh mencetus isu perkauman yang amat serius jika tidak ditangani dengan seberapa segera. Ini semua adalah berhubungan dengan tindakan segelintir manusia yang mengaku umat Islam tetapi lagak lakunya jahil yang amat sangat. Yang pergi berarak bawak kepala lembu tu jadah ape..? Disepak-sepak.. Diludah-ludah.. Dan dipijak-pijak kepala lembu tu..
Difahamkan bahawa hal ini adalah berhubung kait dengan pemindahan tapak kuil daripada Seksyen 19 ke Seksyen 22 Shah Alam.. Tindakan ini seolah-olah menghina tuhan bagi mereka yang beragama Hindu.. Tindakan bodoh apakah ini...?
Dalam Al-Quran pun ada menyebut dalam surah Al-An'am ayat 108 yang maksudnya :
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-
Sudah terang lagikan bersuluh diterangkan dalam Al-Quran larangan menghina Tuhan-Tuhan lain selain Allah kerna kelak kaum-kaum lain akan membuat penghinaan kepada Allah jika kita menghina tuhan-tuhan mereka..
Semalam, YB Khalid Samad ada menerangkan kat tempat aku bahawa cadangan tapak kuil itu adalah 600 kaki daripada rumah penduduk yang terhampir berbanding dengan lokasi asal yang hanya seberang jalan sahaja daripada rumah penduduk.. Jadi aku lihat tiada masalah untuk mengalihkan lokasi asal ke tempat baru yang dicadangkan.. Menurut statistik yang dinyatakan oleh YB terdapat lebih kurang 1000 penganut Hindu sahaja yang berada di Seksyen 19, 22 dan 23 dan hanya ada satu kuil sahaja dalam lingkungan kawasan itu.. Sungguhpun hanya 1000 orang, tetapi mereka berhak untuk mendapatkan tempat untuk beribadat bagi agama mereka..
Tak tahu lah aku nak cakap apa lagi... Laporan polis sudah dibuat bagi menghalang provokasi yang berterusan kepada penganut Hindu.. Kita lihat sajalah apa tindakan yang selanjutnya... Memang memalukan apabila Ramadhan yang mulia ini dicemari dengan tindakan-tindakan ekstrem. Dan lebih memalukan dan mengecewakan apabila nama Islam diguna untuk "menghalalkan" tindakan mereka yang lansung tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah...
p/s : Bapak-bapak mufti sekalian, tak kan senyap je kot... Ayat ni xde ke dalam Al-Quran..??
Sdra. Akureformasi,
ReplyDeleteAmat mudah teka-teki ini, sudah terang lagi bersuluh pihak mana di belakang semuanya ini...!
Kata Pengerusi yang anjur demo itu, beliau tak tahu ada ahli demo bawa kepala itu... Alamak...! lawak betul, ini satu lagi kenyataan untuk membodohkan rakyat, kepala sebesar itu pun tak tahu lainlah dibawa kepala semut atau kepala lalat...!
Sdra Rusdi,
ReplyDeleteKalau tak cakap pun 1 MALAYSIA tahu...
Malas lah nak cakap kat sini.. Mencemarkan kesucian blog ni je.. Hehe... =p