Pengikut Blog Ini

Tuesday, July 21, 2009

Erti Cinta....


Erti cinta. Apa itu cinta..? Setiap orang da definisi yang tersendiri tentang cinta. Cinta juga ada pelbagai jenis cinta. Cinta kepada keluarga, cinta kepada alam, cinta kepada rakan, dan yang paling utama tapi sering dilupa cinta kepada tuhan yakni Allah S.W.T.

Ramai orang yang bercinta di luar sana. Ada yang baru mula bercinta. Ada yang sudah lama bercinta dan ada juga yang telah pun kehilangan cintanya. Kepada yang baru mula bercinta mungkin akan merasakan keindahannya. Siang malam dibuai rasa. Siang malam dilanda gelora cinta yang membara. Bagi yang telah lama bercinta pula mungkin ingin menyuburkan kembali cinta yang mungkin semakin hari semakin pudar. Kepada yang telah kehilangan cinta mungkin mereka merasakan cinta itu belum sebati dalam diri mereka lalu melepaskan cinta itu pergi.

Ramai yang bertanya kepada aku. "Kau takde gf ker.?" Dan ada juga yang kata "Kenapa tidak bercinta..?" Hehehe... Cukuplah sekali merasa bahananya. Bukan untuk kali keduanya. Cukuplah sekali terkena penangan sang cinta yang tidak begitu sebati dalam hidup aku mungkin. Jika ada umur yang panjang cinta akan menjengah lagi. Tapi bukanlah buat masa ini aku fikir.

Dengan cabaran yang bakal mendatang aku belum sempat untuk memikirkannya kembali. Belum tiba masanya lagi. Belum tiba saatnya lagi. Mungkin bila tiba waktunya cinta itu akan hadir dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa atau dicari.

Kepada yang sedang bercinta, jaga perhubungan anda sebaiknya. Semoga akan terus utuh hingga ke akhir hayat. Kepada yang belum bercinta tapi mahu kenal apa itu cinta, siapkan diri jika tidak mahu tenggelam dilanda badai gelora cinta yang menggila...

p/s : Cinta kepada tuhan adalah cinta yang paling abadi.....


9 comments:

  1. em...cinta kepada Allah adalah cinta abadi dan cinta yang paling indah...
    semoga cinta kita selepas ini akan terus membawa kita semua kepada cinta Allah...dan bukan melupakannya~~insyaallah(hamba Allah)

    ReplyDelete
  2. Yup.. Semoga cinta itu akan terus kukuh...

    ReplyDelete
  3. Cinta umpama seekor burung di dlm genggaman, digenggam t'lalu kuat ia mati, digenggam t'lalu lemah ia lari.
    Cinta umpama dadah yang b'upaya m'buatkan kita ketagih...kita terus mengambil dos yg b'lebihan w'pun kita tahu dos yg b'lebihan m'bahayakan kita...semuanya kerana gian...
    Cinta umpama sambal belacan, kita tahu ianya pedas ttp rasa pedas itu tidak m'halang kita utk mengambil lagi dan lagi...
    Kita sibuk m'cari org sedangkan hakikatnya diri kita sendiri pun kita tak temui lagi....
    P/S Maaf la ye, dah la komen aku panjang, jiwang pulak tu...hodoh je bunyinya...hehe

    ReplyDelete
  4. mayahalim :
    Hehe.. Xpenah dgr plak macam sambal belacan... Hehehe...

    ReplyDelete
  5. Org reka sendiri...2 yg x pnah dgr seblm ni. Alaa...yg x ada 2 la kita kena adakan. Baru inovatif sket. Hehehe...

    ReplyDelete
  6. Bagus2.. Berinovatif... Hahaha...

    ReplyDelete
  7. kpale ko da msok air ke kk??
    da x klakar mcm dlu ak tgok..
    kacak klakar idop slamenye..

    ReplyDelete
  8. Anonymous : Oit.. Mane ade masuk air.. Kene tembak dgn air ade la... Hehehe...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete