Pengikut Blog Ini

Thursday, July 16, 2009

Kata Najib : Angin Perubahan Kepada BN


Angin perubahan kepada BN. Itulah yang dikatakan oleh Najib. Ya mungkin benar dan mungkin juga tidak benar. Pada aku kekalahan tipis BN kepada PAS dalam PRK Manik Urai yang lalu tidak boleh dijadikan kayu ukur dalam menentukan tahap penerimaan rakyat kepada BN.

Hal ini kerana pada aku Manik Urai bukanlah kawasan yang benar-benar kuat atau dikatakan sebagai kubu kuat PAS. Jika benarlah Manik Urai itu kubu kuat PAS, mana mungkin mereka akan tewas dalam PRU-11 yang lalu sebelum dirampas kembali dalam PRU-12 lepas. Pada aku pengundi Manik Urai mengundi berdasarkan calon dan bukanlah 100% atas parti.

Jika benar ingin mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap BN, BUBARKAN sahaja DUN Perak. Serahkan mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang dimahukan oleh mereka. Mungkin dengan cara itu sahaja akan dapat menentukan tahap penerimaan rakyat terhadap BN disamping menyelesaikan terus krisis yang berlarutan di Perak yang masih belum nampak jalan keluarnya. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

p/s : Mungkin BN tahu bahawa dengan BUBAR DUN Perak umpama menggali kubur sendiri...!!

2 comments:

  1. Sdra. Akureformasi,
    1. Ada rahmat izin-Nya hanya memberikan menang tipis kepada pasukan hijau-putih kali ini, ya... agar sedari lebih awal akan kelemahan dan kekurangan pasukan, lalu bersiap sedia dengan strategi yang lebih mantap kuat di setiap posisi (penjaga gol, pertahanan, tengah, serangan) untuk mengejar 'memenangi perlawanan dan menjulang piala yang lebih utama' nanti. Izin-Nya ini agar dapat membentuk kesedaran baharu juga menyusun kembali pasukan hijau-putih agar beretika dan berdisplin.
    2. Biarkan pasukan biru putih @ merah-putih-kuning berpesta seluruhnya lalu hanyut dalam dunia asyik dan gembira yang amat itu, pasukan hijau-putih harus berundur 2-3 tapak untuk melangkah 5-10 tapak akan datang. Biarkan pemimpin 100 hari itu amat-amat gembira dengan 'angin perubahan'? (angin apa ya?) itu.
    3. Hakikatnya piala berjenama timah yang ingin direbut di tanah besar timah itu, tidak berani ditanding oleh pasukan biru putih @ merah-putih-kuning itu! Mereka semacam 'takut dan kecut' menghadapinya!
    4. Dalam proses muhasabah pasukan hijau -putih ini, antara hal yang rasanya perlu difikirkan bahawa 'pemain jersi no. 2' hijau-putih harus dibuang dan dijual juga?, mungkin 'virus' kini tidaklah sehebat mana tapi pasukan biru putih @ merah-putih-kuning itu akan terus 'menyuntik virus baharu yang lebih besar kesannya' melaluinya nanti? Mungkin? Pemain ini akan tetap menjadi 'sasaran' buat pasukan biru putih @ merah-putih-kuning itu (lihat sahaja medianya menyebut setiap hari tentang 'mulianya' hasrat pemain no. 2 itu).

    Terima kasih sdra. ya... kita tetap berkongsi pendapat untuk mengaktifkan minda kita. Serba sedikit perbezaan itu lumrah, tapi kita menuju ke destinasi yang hampir sama. Moga kita terus dapat berkogsi pandangan dan idea ya...

    ReplyDelete
  2. Saudara Rusdi,

    Terima kasih atas pandangan saudara.Semoga kita akan menuju ke destinasi yang sama. Gembira dapat berkongsi pandangan dan idea... =)

    ReplyDelete