Nampaknya ura-ura Datuk Chua Jui Meng akan menyertai PKR berlaku juga. Perkara yang paling ditakuti BN akhirnya berlaku juga. Perkara yang di nanti PR berlaku juga. Harapan PR terlaksana juga. Setelah melepas jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri Khamis lalu, hari ini Chua Jui Meng mengumumkan penyertaannya bersama PKR.
Mungkin ini adalah satu berita baik buat PR. Penyertaan bekas menteri ini telah menunjukkan betapa kerajaan BN sudah semakin tidak relevan lagi. Tapi aku berpandangan skeptik terhadap penyertaan bekas ahli BN ke dalam PR.
Mana tidaknya, masih terbayang lagi dalam kepala aku ni penyertaan sorang Adun BN Perak ke dalam PKR. Tup tup 2 hari lepas tu masuk balik BN. Sampai tergadai negeri Perak kepada BN. Malas aku nak cakap namanye. Semua orang tahu. Kalau tak tahu, korang carilah sendiri yek..
Tapi itu hanyalah pandangan peribadi aku. Jika benar Chua Jui Meng ingin bersama-sama PR berjuang demi hak rakyat adalah dengan segala hormatnya dipersilakan. Sebelum ini juga Zaid Ibrahim yang juga bekas menteri kabinet telah pun menyertai PKR.
Hakikatnya, berjuang bersama PR adalah satu cabaran yang amat besar. Meminjam kata-kata seorang sahabat bloggger aku, tiada karpet merah dibentangkan dalam memperjuangkan hak rakyat bersama PR, tetapi jalan yang penuh berliku dan bermacam dugaan bakal ditempuhi..
Semoga dengan penyertaan Datuk Chua Jui Meng akan mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat pada masa akan datang...
p/s : Siapa lagi mahu keluar..? Angkat tangan...
Lama dah aku tak jenguk blog ngko...wah dah berubah rupa nampaknya blog ngko ni yek??
ReplyDeleteApapun aku memang tak sabar2 tunggu detik2 BN to Be End! Makkal shakti!
Mayahalim : Terima kasih atas sokongan anda.. Apa-apa pun kene sabar lah yek.. Hehe..
ReplyDeleteSdra.,
ReplyDeleteSaya juga amat 'marah dan tersentuh tentang hal Y.B. Bota awal Februari lalu. Kita sama-sama bersangka baik sentiasa, jika berlaku pengkhianatan (seperti kes Perak) maka pemimpin sebegini harus 'dihukum'!
Sedikit pembetulan - "Tup tup 2 minggu lepas tu masuk balik BN", bukan 2 minggu tapi 2 hari.
Saudara Rusdi,
ReplyDeleteYa, kita harus bersangka baik. Semoga kebaikan itu akan di balas dengan kebaikan.
Terima kasih atas pembetulan itu.. =)
ape kate lpas ni ko plak y kua drpd karier mnulis blog ko ni????
ReplyDeleteAnonymous : Tak de sebab aku nak keluar...
ReplyDelete