Pengikut Blog Ini

Friday, January 22, 2010

Pengemis Jalanan.. Sampai Bila..?


Saban minggu aku melihat seorang makcik tua duduk bersila di tepi tasik Shah Alam berhampiran dengan masjid negeri meminta ihsan daripada orang yang lalu lalang untuk menuju ke masjid menunaikan solat Jumaat. Setelah 3 tahun aku di Shah Alam ni, makcik tersebut masih lagi meminta sedekah di kawasan tersebut.. Sebelum-sebelum ini tidaklah pula aku tahu..

Sebenarnya sudah lama aku ingin menitip kisah pengemis jalanan ini yang aku lihat semakin lama semakin bertambah bilangannya.. Kisah makcik tua ini adalah sebahagian daripada kisah rakyat yang masih lagi berada di bawah paras kemiskinan. Berada di sebuah negeri yang maju tetapi kehidupan mereka tidak seiring dengan kemajuan yang dikecapi. Ramai juga anak-anak kecil yang mengemis di jalanan. Tidak perlulah aku pergi jauh.. Sekadar di Shah Alam sahaja, bersepah pengemis-pengemis kecil ini duduk berteleku di tepi-tepi jalan meminta sedekah..

Kemana ibu bapa mereka? Atau mungkin ini adalah satu sindiket pihak tertentu yang menggunakan kanak-kanak sebagai pengemis di jalanan. Aku sekadar menelaah, tetapi ada logik dan mungkin kebenarannya disitu..

Aku sentiasa mengimpikan bahawa suatu hari nanti ada para pemimpin yang turun padang untuk melihat keadaan mereka ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.. Alangkah baiknya jika pengemis-pengemis jalanan ini dibawa ke satu tempat penjagaan yang lebih sempurna dan mendapat kemudahan asas yang secukupnya..

Kepada para pemimpin, walau sesibuk mana pun anda luangkanlah sedikit ruang waktu meninjau keadaan rakyat yang bukan lagi miskin tetapi berada dibawah paras kemiskinan ini.. Selusurilah lorong-lorong.. Menapaklah di kaki-kaki lima.. Agar anda dapat melihat penderitaan dan kisah hidup mereka...

Ke Arah Kemiskinan Sifar.... (gambar sekadar hiasan)

p/s : Masih adakah pemimpin yang sanggup menyelusuri lorong-lorong dan kaki lima..?

No comments:

Post a Comment