Pengikut Blog Ini

Wednesday, May 27, 2009

Gergasi England atau Gergasi Sepanyol...?


Pertembungan epik dua kelab terbaik Eropah malam ini bakal menyaksikan satu persaingan yang menarik. Turun dengan misi mempertahankan kejuaraan, United sudah pastinya tidak akan membiarkan barisan serangan Barca bermaharajalela di kubu pertahanan.

Lebih menarik, mungkin pertembungan dua pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi dan Christiano Ronaldo bakal menyajikan satu persembahan berkualiti dalam pertembungan kemuncak bagi pasukan-pasukan terbaik Eropah.

Barcelona yang juga memburu trofi ketiga mereka musim ini sudah pastinya tidak mahu berputih mata. Mereka sudah pastinya mahu menebus kehampaan musim lalu apabila tewas kepada United pada peringkat separuh akhir.

Kepada semua peminat bola sepak jangan lupa untuk menyaksikan pertembungan dua gergasi ini. Kita bakal melihat aksi bola sepak sebenar...

p/s : Gergasi England atau Gergasi Sepanyol...?

Tuesday, May 26, 2009

Manik Urai : BN Memulakan Kempen


Ibarat sebuah pasukan bola sepak yang baru di naikkan pangkat ke liga utama, BN berkobar-kobar semangatnya untuk memenangi Pilihanraya selepas ini, setelah tewas dalam kesemua pertandingan di Semenanjung termasuk yang terbaru tidak meletakkan calon di Penanti.

Seperti biasa media pro-kerajaan melaung-laungkan pelbagai kata-kata semangat dan slogan. Terbaru, hari ini Utusan melaporkan bahawa BN akan sedia menerima asakan pembangkang (klik sini) untuk memenangi Pilihanraya yang bakal di adakan di Manik Urai setelah penyandangnya meninggal dunia akibat masalah kesihatan

Seolah-olah sudah menjadi satu skrip mungkin kenyataan-kenyataan seumpama ini dilaung-laungkan. Pada akhirnya tersungkur. Bila tersungkur maka dialog seterusnya ialah akan mengkaji dan membuat post mortem. Itulah jalan ceritanya. Bak drama Melayu yang boleh dibaca jalan ceritanya walaupun baru bermula.

Dialog lain yang selalu di pakai bila tersungkur ialah adat pertandingan. Mesti ada kalah, mesti ada menang. Wake up bro.. Dialog-dialog cover line ni orang dah jemu dengar. Dah jadi bahan gelak je kat kedai-kedai kopi. Hehe...

Ape-ape pun selamat berjuang kepada PAS untuk mengekalkan kerusi Manik Urai di tangan PR. Kepada BN, taburlah duit anda banyak-banyak untuk rakyat disana. Harap-harap dapat tarik undi. Macam biasa la kan. Hehehe...

p/s : Kisah lawak BN bakal bermula...

Selamat Datang Ke Peringkat Tertinggi




Entri yang sebelumnya aku cerita pasal dramatiknya EPL musim ini dengan tersingkirnya kelab-kelab berpengaruh seperti Newcastle dan Boro.

Tapi entri kali ni aku nak bagi tabik hormat kepada pasukan-pasukan yang dinaikkan pangkat ke liga perdana musim depan. Pasukan-pasukan tersebut ialah Wolverhampton Wanderes, Birmingham City, dan Burnley.

Tiga pasukan ini adalah tiga pasukan terbaik daripada Liga Kejuaraan (Championship) yang dinaikkan pangkat pada musim depan untuk bersaing dengan kelab-kelab besar seperti Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

Mungkin pasukan yang paling gembira adalah Burnley kerana setelah 33 tahun ini adalah kali pertama mereka dapat bersaing di peringkat tertinggi.

Kepada pasukan-pasukan dominan dalam Liga Perdana ini adalah cabaran baru buat mereka setelah dua daripada tiga kelab yang di naikkan pangkat musim lepas iaitu Hull dan Stoke berjaya menempatkan diri mereka untuk bersaing pada musim depan sehingga tergelincirnya pasukan besar seperti Newcastle.

Paling membanggakan adalah Stoke City yang berjaya menempatkan diri mereka di pertengahan liga pada musim pertama mereka dalam Liga Perdana.

Semoga kehadiran pesaing baru dalam Liga Perdana musim depan dapat merancakkan lagi persaingan dalam liga.

p/s : Jangan main untuk satu musim saje macam West Brom dan Derby County..

Monday, May 25, 2009

Kisah Si Lelaki Dan Si Perempuan....


Ade satu kisah dahulu kala.. Seorang lelaki yang bersimpati terhadap rakan perempuannya yang dikecewakan oleh kekasih nya. Kisahnya bermula apabila tanpa sengaja si lelaki terserempak dengan rakan perempuannya itu.

Oleh kerna si perempuan itu tidak tahu kemana arah tujunya maka si lelaki itu mengajaknya untuk bersama-sama menenangkan fikiran. Si perempuan itu menceritakan segala permasalahannya kepada si lelaki tersebut.

Si lelaki dengan penuh dedikasi memberikan pendapat tentang permasalahan yang dihadapi oleh si perempuan. Maka daripada situlah mereka berhubungan dengan lebih rapat. Daripada rakan yang hanya dikenali dari jauh, si lelaki dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan si perempuan.

Hari berganti hari. Dalam diam si lelaki menaruh perasaan terhadap rakan perempuannya itu walaupun dia tahu yang si perempuan itu sangat sayang kepada kekasihnya itu. Oleh sebab itu, si lelaki terus berusaha menyokong si perempuan yang telah hilang semangatnya dek penangan kekasihnya yang curang itu.

Si lelaki sanggup berkorban apa saja demi si perempuan itu walaupun dia tahu yang si perempuan tidak akan mungkin memandang kepadanya. Apabila ada cerita tersebar yang mengatakan si lelaki cuba untuk menakluk hati si perempuan maka dengan tidak semena-mena si perempuan menjauhkan dirinya daripada si lelaki.

Maka si lelaki merasa sedikit terkilan kerna segala pengorbanan nya kepada si perempuan seolah-olah tidak dihargai. Bukanlah mengharapkan balasan tetapi cukuplah sekadar ucapan terima kasih. Tidak pernah terlintas di fikiran si lelaki untuk menagih kasih daripada si perempuan walaupun si lelaki pernah berperasaan sedemikian.

Mungkin sehingga kini si perempuan masih lagi berasakan sedemikian..

Rampasan Kuasa Dalam PPP..?



Nampaknya PPP masih tidak lagi stabil untuk menjadi sebuah perti yang memperjuangkan hak rakyat. Kisah pergolakan dalaman PPP semakin meruncing apabila T.Murugiah yang telah dipecat daripada parti itu bertindak mengishtiharkan dirinya sebagai presiden parti setelah mengadakan EGM semalam. (klik sini)

Walaubagaimanapun, M.Kayveas menafikan perlantikan itu dengan mengatakan bahawa perlantikan itu tidak sah dan melanggar perlembagaan parti. Dalam erti kata lainnya, PPP semakin celaru dan haru dek kerna perebutan kuasa dalam parti. Boleh lah diibaratkan sebagai satu badan yang mempunyai dua kepala; cacat..!

EGM yang diadakan itu tidak dihadiri oleh Kayveas yang menghadiri Perhimpunan Agung PPP di Johor Bharu. Bolehkah senario terbaru yang berlaku dalam PPP ini ditafsirkan sebagai rampasan kuasa..?

Mungkin ini adalah jangkitan daripada Perak yang mempunyai 2 Menteri Besar. Yang membezakannya adalah di Perak antara BN dan PR. Tetapi dalam PPP melibatkan 2 pemimpin dalam BN.

Nampaknya, PPP semakin tidak sehaluan. Dalam satu kapal ada 2 nakhoda. Satu nak ke kiri, satu lagi nak ke kanan. Mana mungkin satu kapal dapat menghala ke dua arah yang berbeza pada waktu yang sama. Tapi itulah yang telah berlaku dalam PPP sekarang.

Nampaknya satu lagi cabaran buat Najib datang tidak di undang...

p/s : Apa kata Najib...