Pengikut Blog Ini

Wednesday, July 6, 2011

Siapa Juara Liga Super...?

Lupakan saingan antarabangsa sebentar. Malam ini penentuan antara 3 pasukan gergasi bola sepak di Malaysia untuk merebut kejuaraan Liga Super musim ini. Saingan sengit sejak daripada awal musim telah membawa kepada perlawanan terakhir untuk penentuan kejuaraan Liga Super musim ini. Antara Kelantan, Selangor mahupun Terengganu, masing-masing mempunyai kelebihan untuk merangkul kejuaraan. Namun demikian, Kelantan dilihat lebih selesa dan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk merangkul kejuaraan musim ini. Mereka hanya perlu seri untuk meranapkan impian dua lagi pesaing iaitu Selangor dan Terengganu.

Tapi kalau dorang kalah terpaksalah mereka bergantung kepada lain-lain keputusan yang melibatkan pasukan Terangganu dan Selangor. Ehehe.. Pahang? Entahlah aku pun tak tau nak cakap ape. Peluang  nak kena turun liga masih lagi ada. Harap-harapnye tak kena turun lah ye..


Saingan musim ni aku rasa sengit semacam. Aku ni pun takde la follow sangat Liga Super ni. Tapi tau la sikit-sikit perkembangannye. Ehehe.. Mat Yo fight dengan rakan segandingan dalam skuad Harimau Malaya dari Terengganu, Abdul Hadi Yahya untuk penentuan kasut emas. Tapi beza gol tak jauh pun. 1 gol je beza. So sape score bnyak mlm ni, dapat la kasut emas tu.. =p

Pape pun, macam biasa aku akan ucapkan ALL THE BEST kepada semua pasukan. Bermainlah dengan penuh semangat kesukanan. Martabatkan kembali bola sepak negara...

p/s : Masih menunggu team mane dalam liga Malaysia yang dapat kekal rekod 100% tanpa kalah...

No comments:

Post a Comment