
Walaupun tidak kalah di Bukit Jalil tapi itu masih tidak mampu untuk memadamkan kelebihan Singapura dan melayakkan diri dalam pusingan seterusnya..Khairul Fahmi menunjukkan prestasi cemerlangnya apabila menyelamatkan beberapa percubaan hasil daripada kealpaan benteng pertahanan.. Nasib baiklah dia masih berbisa.. Kalau tidak memang lagi teruklah kena tibai..
Juz sedikit kecewa dengan corak permainan Singapura yang banyak membuang masa yang sedikit sebanyak menggangu rentak permainan Harimau Malaya.. Sikit-sikit nak injured.. Kasi rembat betul-betul atas muka tu baru tau.. Rase nak bagi penampor je kat keeper Singapura tu..
Anyway, kami rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada anda semua.. Tahniah juga buat para penyokong kerana berjaya memenuhi setiap ruang di dalam stadium... Gegak gempita stadium malam ini..
Selepas ini kita akan fokus pula kepada skuad Olimpik.. Skuad Harimau Muda kita.. Moga skuad Olimpik kita akan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London bagi mengubat duka lara peyokong skuad Malaysia malam ini...
p/s : Teruskan membentuk Skuad Harimau Malaya yang lebih mantap untuk masa hadapan... Mungkin ada hikmah kita tidak layak kali ini...
No comments:
Post a Comment