Pengikut Blog Ini

Saturday, September 5, 2009

Tukar Jadi 8 Atau Jadi 2...?


1 Malaysia sudah tahu aku fikir... Satu lagi PRK akan diadakan dalam tempoh 60 hari ini.. Kali ini kita bakal menyaksikan pertembungan di Bagan Pinang pula.. Hal ini berikutan pulangnya penyandang kerusi DUN Bagan Pinang iaitu Azman Mohammad Noor ke rahmatullah petang tadi.. Ucapan takziah kepada keluarga beliau.. Al-Fatihah..

Nampaknya, Najib tiada alasan lagi untuk mengelak kali ini.. Ingatkan dapat tidur lena selepas Kota Seputih terselamat daripada PRK, nampaknya tak lena jugalah tidur PM 1 Malaysia kita ni.. Hehe... Rilek.. Ini kan tempat BN... Pasti lebih mudah kan... Janganlah sampai tak tidur lena ya..

Untuk rekod, BN telah memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini dengan majoriti 2333 undi.. Boleh dikatakan agak tinggi juga.. Persoalannya, mampukah BN untuk terus kekal di kerusi tersebut atau terpaksa berputih mata sepertimana yang berlaku di Kuala Terengganu sebelum ini..? Hanya rakyat yang menentukan...

Pertembungan di Bagan Pinang ini aku lihat sebagai amat penting bagi Pakatan Rakyat dan juga BN.. Bagi PR, inilah masanya untuk membuktikan mereka benar-benar kuat untuk mengambil alih pemerintahan negara pada PRU-13 yang akan datang.. Selain daripada Kuala Terengganu, 6 kawasan lain yang dimenangi PR sebelum ini adalah kawasan yang mana mereka telah menang pada PRU-12 yang lepas.. Oleh sebab itu, PRK Bagan Pinang adalah tempat yang paling sesuai untuk menunjukkan kepada BN bahawa PR semakin diterima rakyat dan kukuh untuk menjadi parti pemerintah pada masa akan datang.. Bukan mudah untuk memadamkan kelebihan majoriti 2333 undi memandangkan angka tersebut agak besar jumlahnya.. Tetapi dengan usaha jentera kempen PR, aku berpendapat peluang PR untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang secara halal akan berjaya..

Bagi BN pula, ini adalah masanya untuk memastikan mereka tidak kehilangan lagi satu kerusi setelah kehilangan satu kerusi Parlimen di Kuala Terengganu pada PRK yang lepas disamping gagal merampas 6 kerusi yang lainnya.. Ini juga akan menjadi titik tolak sama ada sokongan daripada rakyat kepada UMNO itu masih ada atau UMNO makin keciciran dalam arus politik semasa.. Juga menjadi persoalan, adakah kemenangan pertama untuk PM 1 Malaysia kita di Semenanjung akan menjadi kenyataan..? Seperti yang aku katakan, hanya rakyat yang boleh menterjemahkannya.. Sudah 7 kali post mortem dibuat.. Moga-moga mereka jumpa formula yang sepatutnya untuk terus kekal menguasai Bagan Pinang..

Harapan aku adalah satu sahaja.. Biarlah hari mengundi untuk PRK Bagan Pinang ini diadakan pada hujung minggu dan bukan pada hari bekerja.. Target keluar mengundi nak tinggi tapi buat hari bekerja.. Apa kes.. Memang la sikit peratus keluar.. Agak sukar bagi pengundi di luar kawasan untuk balik mengundi jika dibuat pada hari berkerja..

Inilah dilema UMNO/BN sekarang.. Terlepas Kota Seputih, muncul pula Bagan Pinang.. Apa pula modal BN kali ini.. Anak Emas lagikah..? Atau mungkin anak Intan Berlian pulak... Jambatan..? Pengkhianat bangsa..? Hanya PM 1 Malaysia saja yang dapat tentukan modus operandinya.. Hehe... Semoga kemenangan akan terus berada di pihak Pakatan Rakyat... Insyaallah..

p/s : 8 atau 2..? 3 atau 30..? Pengundi Bagan Pinang yang tentukan...

2 comments:

  1. Sdra.,
    Saya amat berharap menjadi 8, jika jadi 2 pun tidak menjejaskan PR kerana ini tempat kubu kuat UBN tapi jika UBN menang harap PR dapat kecilkan majoriti hanya dalam 100 - 500 cukup kerana menggambarkan UBN juga semakin kurang diterima rakyat.

    Namun UBN akan buat pelbagai hal dan onar untuk kekalkan kemenangan kali ini, jika kalah malu melanda diri... moral jatuh teruk. UBN pasti akan bertungkus lumus agar Bagan Pinang ini tidak bertukar tangan kepada PR seperti terjadi dalam PRK K. Trg, tapi ingat rakyat yang akan tentukan. Jika PR kalah sekalipun UBN tetap tak menang selagi UBN amalkan banyak perkara yang membuatkan rakyat menyampah serta membodohkan rakyat...!

    Kali ini PR turun sebagai 'underdog' macam Burnley lawan Man U... hehehe...

    ReplyDelete
  2. Sdra Rusdi,
    Moral BN dalam pilihanraya kecil selepas 8 Mac yang lalu telah merudum dengan teruk. Berbeza dengan moral PR walaupun sebagai 'underdog' adalah cukup tinggi selepas PRU-12 yang lalu apabila melihat kejayaan demi kejayaan dalam PRK yang dihadapinya..

    Setuju dengan pandangan bhw UBN akan lakukan apa saja demi memastikan kemenangan di pihak mereka..

    Semoga harapan kita untuk melihat angka 8 menjelma akan menjadi kenyataan..

    p/s : Huhu.. Kesian MU di analogikan sebagai UMNO....

    ReplyDelete