Pengikut Blog Ini

Sunday, September 6, 2009

Kempen Anti-Katak Se-Malaysia...


Aku kadang-kadang tak paham... Apalah yang bagusnya kalau seseorang Adun atau MP tu berpaling tadah dan menyokong parti lawannya atau dengan kata yang lebih mudah di fahami oleh 1 Malaysia adalah melompat parti.. Aku tak setuju langsung dengan tindakan lompat-lompat parti ni..

Aku masih ingat dulu DSAI ada mencanangkan bahawa ramai MP daripada Sabah dan Sarawak akan menyeberang parti dan menyokong Pakatan Rakyat.. Malah ada ura-ura PR akan mengambil alih Kerajaan pada satu tarikh keramat iaitu pada 16 September.. Tapi gagal apabila tiada pun MP daripada BN yang menyertai PR... Mungkinlah ini salah satu strategi beliau untuk menimbulkan satu suasana yang menggerunkan buat Kerajaan BN.. Siapa tahu.. DSAI bab bermain politik memang geliga.. Hehe...

Kemudian, kes di Perak pula timbul.. Si ADUN Bota tiba-tiba mengisytiharkan diri menyokong kepimpinan PR di Perak.. Nah bersorak sakanlah kita dengan penghijrahan ADUN Bota ini ke dalam PR.. Lepas 2 hari si mamat ADUN Bota ni berada dalam kerajaan PR, dia masuk balik BN dan bawak sekali 3 ekor katak join mereka.. Maka tergadailah Perak kepada BN...

Yang terbaru.. Ada ura-ura beberapa ADUN BN di Terengganu nak menyertai PKR dan menubuhkan kerajaan baru di Terengganu bersama PAS akibat daripada ketidakpuashatian Adun-Adun ini dengan kepimpinan Ahmad Said.. Tetapi berita ini di nafikan oleh pihak-pihak yang terlibat.. Begitu juga di Negeri Sembilan.. Kalaulah PR menang di Bagan Pinang maka PR hanya memerlukan hanya 3 orang Adun daripada BN untuk menyertai mereka dan menjatuhkan Kerajaan BN di sana..

Apa yang aku nak kata disini ialah tak perlulah nak lompat-lompat parti semata-mata nak membentuk kerajaan. Setelah apa yang berlaku di Perak, aku berpendapat biarlah kita berkerajaan dengan sokongan rakyat.. BUKAN dengan sokongan para KATAK yang masuk ke parti kita... Biarlah kita melihat rakyat senang dengan pilihan yang dibuat oleh mereka.. Kalau kita kalah hari ini tak bermakna kita akan kalah juga pada masa akan datang..

Aku akui dulu aku agak bersetuju dengan tindakan DSAI untuk menjemput MP daripada Sabah dan Sarawak untuk menyertai PR seterusnya membentuk kerajaan.. Tetapi hari ini pandangan aku berubah sama sekali kerana aku berpendapat apa yang diputuskan oleh rakyat itu adalah muktamad.. Sebarang pertukaran kerajaan bolehlah kita lakukan pada PRU yang akan datang.. Hak rakyat sebagai pengundi hendaklah di hormati.. Bukan dilanggar sesuka hati..

Semoga apa yang aku titipkan ini akan membuka mata semua pihak bahawa jika benar rakyat didahulukan, BUBAR saja DUN Perak.. Apa lagi yang mahu ditunggu.. Barulah benar rakyat didahulukan.. Bukan katak didahulukan..

Kepada PR, janganlah kita ghairah mengejar untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan KATAK-KATAK ini.. Tiada gunanya membentuk kerajaan jika kita bukanlah pilihan rakyat.. Oleh itu tadbirlah negeri yang dikuasai dengan baik kerana negeri-negeri inilah yang akan dijadikan modal untuk meraih sokongan rakyat pada PRU yang akan datang... Baik modalnya, maka tinggilah hasilnya...

p/s : Kejayaan menanti untuk PR pada masa akan datang.. Insyaallah... =)

4 comments:

  1. Sdra.,
    1. Katak yang paling popular dan hangat dalam pasaran masih hidup 'BEBAS'. Beliau konon-kononnya 'PERKASA' kerana berasal dari tanah tumpah 'BERPASIR EMAS'. Itu semua 1 Malaysia kenal. Ketika dia ingin guna 'BULAN' untuk jadi 'BEBAS', saya dah nampak tipu helahnya. Beliau terbukti laompat sana lompat sini sejak tahun 1990-an lagi!

    2. Setuju kata Sdra. bahawa tak perlu untuk lompat... berjuang atas kehendak rakyat pilih, tetapi kadang-kadang hak rakyat dinafikan seperti di Perak, juga ditambah dengan segala yang mustahil boleh dijadikan realiti oleh UBN.

    3. Tiada nampak lagi 'rakyat didahulukan' setakat ini, cuma didahulukan untuk kepentingan puak-puak dan kelangsungan UBN sahaja?

    ReplyDelete
  2. Sdra Rusdi,
    Rakyat didahulukan bila mana ada pilihanraya.. Itu pun bukanlah pendahuluan yang benar2 ikhlas saya fikir.. Hanya utk menarik undi saja...

    ReplyDelete
  3. http://sangtawal.blogspot.com/2009/09/politik-kreatif-puisi-tertangguh-pak.html

    blog di atas nampak menarik..sila layari nya.. =)

    ReplyDelete
  4. Anonymous,
    Terima kasih atas link yg telah diberikan.. Kalau nak tgk ape komen balas saya kat blog ni boleh la tgk..

    Salam Reformasi..

    ReplyDelete