Pengikut Blog Ini

Showing posts with label Tottenham Hotspurs. Show all posts
Showing posts with label Tottenham Hotspurs. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Liverpool Makin Mabuk Tanpa Arak..


Aduyai. Ape kes la minggu ni.. Seri lagi. Minggu lepas seri, minggu ni seri lagi. Hurm.. Arsenal plak boleh main-main lawan Chelsea. Kan dah kena 2 bijik. Sekarang Chelsea sudah 5 point kat depan. Yang lebih tak best United turun ke tangga ke tiga apabila City memintas dengan kelebihan satu mata.

Pasukan-pasukan lain yang masih bersaing hebat untuk tangga keempat adalah seperti Spurs dan West Brom yang mengumpul 11 mata ; sama dengan Arsenal, dan Stoke, Villa dan Blackpool yang masing-masing mengumpul 10 mata ketika ini.

Hurm.. Mana Liverpool yer...? Seperti semua orang tahu, Liverpool tersungkur lagi. Semalam tewas kepada Blackpool di Anfield. Aku ingat boleh la dorang nak menang. Tapi tak boleh jugak.. Macam yang aku cakap dalam entri sebelum ini. Liverpool sekarang semacam semua pasukan boleh kalahkan mereka.

Berada dalam zon penyingkiran, mungkin satu mimpi ngeri buat pasukan itu. Mungkin ini terlalu awal untuk menyatakan hala tuju Liverpool selepas ini. Kita tunggu sahaja selepas separuh perjalanan liga. Adakah mereka akan kekal di zon tersebut atau akan bangkit selepas ini..? Ehehe.. Sama-samalah kita saksikan..

p/s : Liverpool makin mabuk tanpa arak.. Wakaka... =p

Wednesday, September 15, 2010

Seri Yang Tidak Berseri...


Permulaan yang tidak memberangsangkan. Sekadar seri 0-0 dengan Rangers bukanlah satu keputusan yang baik buat United. Adapun seri itu lebih baik daripada kalah, tapi menang itu sudah pasti lebih baik daripada seri. Apa-apa pun ini mungkin hanya permulaan untuk keputusan yang lebih baik pada perlawanan yang seterusnya.

Aku sebenarnya tak tengok pun match ni. Al-maklumlah game peringkat kumpulan ni memang aku tak tengok. Kadang tu game round 16 pun aku tak tengok. Kiranya aku tengok match quarter dan keatas je. Kalau United awal-awal dah tersingkir memang aku tak tengok terus la CL ni. Ehehe.. Match team lain yang aku suka tengok adalah macam match Real Madrid. Itu ok gak la untuk aku tengok. Ehehe..

Menurut member aku yang tengok, match ni bosan. Tak tahu la sampai tahap mana bosannya. Paling menyedihkan apabila Valencia mengalami kecederaan teruk dalam perlawanan ni sehinggakan dihantar terus ke hospital. Huh. Memang teruk la kot teralih dan keretakan buku lali. Confirm lamanya rehat. Moga-moga Si Valencia ni cepat baik.

Berikut adalah keputusan penuh CL awal pagi tadi :-

Kumpulan A
FC Twente 2-2 Inter Milan
Werder Bremen 2-2 Tottenham Hotspurs

Kumpulan B
Olympique Lyon 1-0 Schalke 04
Benfica 2-0 Hapoel Tel Aviv

Kumpulan C
Manchester United 0-0 Rangers
Barsaspor 0-4 Valencia

Kumpulan D
Barcelona 5-1 Panathinaikos
FC Conpenhagen 1-0 Rubin Kazan

Berikut pula adalah jadual perlawanan CL pada awal pagi Khamis :-

Kumpulan E
Bayern Munich lawan AS Roma
CFR 1907 Cluj lawan Basel

Kumpulan F
Olympique Marseille lawan Spartak Moscow
MSK Zilina lawan Chelsea

Kumpulan G
Real Madrid lawan Ajax
AC Milan lawan Auxerre

Kumpulan H
Arsenal lawan FC Braga
Shakhtar Donetsk lawan Partizan Belgrade

p/s : Tak sabar tunggu match dengan Liverpool hujung minggu ni.. =p

Tuesday, September 14, 2010

Liga Juara-Juara Tanpa Liverpool..


Awal pagi esok saingan Liga Juara-Juara akan mula membuka tirainya. Pasukan tumpuan aku sudah pastilah United yang akan turun menentang Rangers di Old Trafford awal pagi esok waktu Malaysia. Dalam perlawanan awal pagi esok, Rooney yang direhatkan dalam perlawanan menentang Everton minggu lalu dijangka akan kembali dan Ferdinand juga akan turut menguatkan kembali barisan pertahanan yang kelihatan agak rapuh terutamanya pada minit-minit akhir perlawanan.

Diletakkan bersama Valencia, Bursaspor, dan Rangers dalam kumpulan C, United dilihat tidak menghadapi masalah untuk mara ke peringkat seterusnya. Hanya sesuatu yang di luar jangkaan sahaja akan menafikan anak didik Ferguson ini untuk mara ke peringkat seterusnya.

Selain United, kelab Inggeris yang akan turun dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan awal pagi esok adalah Tottenham Hotspurs yang akan menentang Werder Bremen di tempat lawan. Ini adalah penampilan pertama Spurs di peringkat tertinggi Eropah selepas 48 tahun.

Berikut adalah jadual perlawanan yang akan berlangsung awal pagi esok :-
Kumpulan A - FC Twente lawan Inter Milan
- Werder Bremen lawan Tottenham Hotspurs

Kumpulan B - Olympique Lyon lawan Schalke 04
- Benfica lawan Hapoel Tel Aviv

Kumpulan C - Manchester United lawan Rangers
- Bursaspor lawan Valencia

Kumpulan D - Barcelona lawan Panathinaikos
- FC Copenhagen lawan Rubin Kazan

p/s : Moga kejayaan milik United... =)