Pengikut Blog Ini

Monday, October 4, 2010

Liverpool Makin Mabuk Tanpa Arak..


Aduyai. Ape kes la minggu ni.. Seri lagi. Minggu lepas seri, minggu ni seri lagi. Hurm.. Arsenal plak boleh main-main lawan Chelsea. Kan dah kena 2 bijik. Sekarang Chelsea sudah 5 point kat depan. Yang lebih tak best United turun ke tangga ke tiga apabila City memintas dengan kelebihan satu mata.

Pasukan-pasukan lain yang masih bersaing hebat untuk tangga keempat adalah seperti Spurs dan West Brom yang mengumpul 11 mata ; sama dengan Arsenal, dan Stoke, Villa dan Blackpool yang masing-masing mengumpul 10 mata ketika ini.

Hurm.. Mana Liverpool yer...? Seperti semua orang tahu, Liverpool tersungkur lagi. Semalam tewas kepada Blackpool di Anfield. Aku ingat boleh la dorang nak menang. Tapi tak boleh jugak.. Macam yang aku cakap dalam entri sebelum ini. Liverpool sekarang semacam semua pasukan boleh kalahkan mereka.

Berada dalam zon penyingkiran, mungkin satu mimpi ngeri buat pasukan itu. Mungkin ini terlalu awal untuk menyatakan hala tuju Liverpool selepas ini. Kita tunggu sahaja selepas separuh perjalanan liga. Adakah mereka akan kekal di zon tersebut atau akan bangkit selepas ini..? Ehehe.. Sama-samalah kita saksikan..

p/s : Liverpool makin mabuk tanpa arak.. Wakaka... =p

No comments:

Post a Comment