Pengikut Blog Ini

Wednesday, August 10, 2011

Safee Sali Dapat Offer Ke Eropah...?

Entri lewat malam. Penyerang Harimau Malaya Safee Sali yang kini merupakan penyerang di Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia dikhabarkan terdapat tawaran terhadapnya untuk ke bermain di Eropah. Aksi yang memberangsangkan sewaktu menentang Liverpool dan Singapura tempoh hari telah membuka mata banyak pihak terhadap penyerang kebangsaan itu. Walaubagaimanapun menurut Safee tawaran itu masih di peringkat awal dan tiada tawaran rasmi lagi yang dikemukakan.Menurutnya lagi tawaran itu dikatakan datang daripada kelab yang berpangkalan di Jerman yang bermain dalam Bundesliga, namun tiada kepastian terhadap kelab mana yang dikaitkan dengannya. Beliau juga tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut memandangkan berita ini masih di peringkat awal.

Wah ini sudah cukup bagus. Kalaupun ini sekadar berita yang masih berada di peringkat awal, aku sebagai rakyat Malaysia berasa cukup bangga. Ini baru desas-desus, aku dah bangga.. Kalau betul-betul confirm seperti mana penghijrahan beliau untuk bermain di Pelita Jaya memang tak tahu la aku nak cakap macam mana. Ehehe.. Bukannya apa, pendedahan terhadap pemain kebangsaan untuk bermain di luar negara aku lihat bagus untuk perkembangan bola sepak di negara kita ni. Banyak benda boleh belajar. Bukan setakat mengejar bayaran yang tinggi semata-mata.

Walauapapun, tahniah buat Safee Sali. Tiada tawaran rasmi lagi pun tak mengapa. Fokus kepada kelab sekarang. Kalau ada rezeki tidak kemananya. Berita yang di peringkat awal ni la yang kita kena ambil tahu sikit.. Bak kata pepatah kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang kan..

p/s : Kalau betul la Safee Sali dapat main Bundesliga, memang aku layan Bundesliga pulak la selain daripada EPL... Hehehe...

No comments:

Post a Comment