Pengikut Blog Ini

Monday, August 8, 2011

Community Shield : Bad Start End By Victory..!

Penjaring 2 gol United ; Nani..!!
Permulaan buruk oleh United diakhiri  dengan kejayaan apabila menentang City semalam. Gol minit-minit akhir oleh Nani semalam sudah cukup untuk membawa United memenangi Piala Perisai Komunity. Walaupun hanya sekadar Community Shield, perlawanan menentang musuh setempat dilihat lebih penting apabila United turun menentang City. Misi membalas dendam tewas dalam semi-final Piala FA musim lalu di gelanggang yang sama akhirnya terbalas. Hahaha.. Good Job United..! Good Job Nani..! We Love You..!

Permulaan yang jahanam oleh United apabila ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama akhirnya bertukar dengan kemasukan Evans, Cleverly, dan Jones yang menggantikan Vidic, Ferdinand dan Carrick. Hahaha.. Sampai komentator boleh cakap "It's much better for United without Ferdinand and Vidic" Mak Aih... Sampai macam tu sekali ker..Ehehe.. Tapi memang ada sedikit kebenaran pun statement tu.. Tapi bagi aku, they still regular first team player.

Penjaga gawang baru United DeGea juga aku lihat tidaklah begitu diuji.. Selain daripada 2 gol yang dijaringkan oleh Lescott dan Dzeko tu, aku rasa tak dde pun percubaan yang benar-benar berbahaya untuk menguji penjaga gol baru ni. Pada aku, De Gea ada prospek besar untuk menjadi seorang penjaga gol terbaik dunia. Tapi semua itu bergantung kepada dirinya untuk terus maju pada masa hadapan disamping bimbingan kelabnya sekarang ini.

Selepas perlawanan ini United bakal bertandang ke West Brom untuk perlawanan pertama EPL dalam usaha untuk mengekalkan kejuaraan liga di Old Trafford. All the best to all player.. Ashley Young yang baru pindah dari Aston Villa juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Pembelian yang bagus buat United..

p/s : Piala pertama musim ini... =p

No comments:

Post a Comment