Pengikut Blog Ini

Friday, March 12, 2010

Jadi Sajalah Wakil BEBAS....


Seperti yang kita sedia maklum, Sabtu lalu PKR telah memecat YB Kulim- Bandar Baharu Zulkifli Nordin daripada parti. Sehubungan itu secara automatik beliau telah menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Pada pandangan aku, tidak perlulah YB Zul untuk memohon untuk menyertai mana-mana parti komponen dalam gagasan Pakatan Rakyat setelah dipecat oleh PKR.. Hal ini merujuk kepada laporan yang mana beliau mungkin akan menimbang untuk menyertai PAS atau DAP.. Sama ada beliau hanya bermain kata-kata atau benar-benar memaksudkan sedemikian seperti yang aku nyatakan tadi tidak perlulah beliau berparti. Jadi sajalah wakil rakyat BEBAS..

Jika benar YB Zul masih menaruh kepercayaan kepada PR walaupun berlaku perbalahan di antara beliau dan parti, jadilah saja wakil BEBAS yang menyokong Pakatan Rakyat. Kalau wakil BEBAS di Perak boleh menjadi wakil BEBAS yang menyokong BN sehingga tertumbangnya PR di Perak, mengapa tidak boleh untuk menjadi wakil BEBAS yang menyokong PR di Parlimen..?

Atas dasar itulah aku beranggapan bahawa YB Zul tidak perlu menyertai mana-mana parti untuk diwakilinya. Berkhidmat saja untuk rakyat. Kalau rasa tidak mampu letak sahajalah jawatan daripada menjadi wakil rakyat. Pada aku kalau khidmat kepada rakyatnya cemerlang, tanpa parti pun boleh menang. Parti itu adalah satu institusi yang mengukuhkan lagi khidmat kepada rakyat. Janganlah jadikan suatu lambang parti itu sebagai tiket untuk memenangi hati rakyat..

Mungkin apa yang aku coretkan ni ada cacatnya.. Tetapi inilah yang sedang berlegar dan bermain di benak aku sekarang ni....

p/s : Hapuskan anasir-anasir yang menggugat kepercayaan rakyat....

1 comment:

  1. Sdra. Aku Reformasi,
    Membaca entri-entri tulisan tentang YB yang seorang ini dalam blog penulis prolifik yang unggul tentang politik tanah air iaitu Mohd Sayuti Omar (MSO), maka layaknya YB seorang ini tinggalkan terus parti PR mahupun BN. Lebih menyedihkan tulisan YB seorang ini yang 'mengutuk' Wan Azizah hanya kerana Wan Azizah menasihatinya dalam konteks politiuk bukan peribadi agar kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu...

    ReplyDelete