Pengikut Blog Ini

Thursday, March 11, 2010

4-0 Itu Terlalu ''Melampau'' Buat Milan...


Rooney, Ji Sung, Fletcher... 3 nama 4 gol.. Hoho.. Akhirnya badi Milan dapat ditamatkan hari ini. United berada di puncak prestasi apabila berjaya mara ke suku akhir setelah menang 7-2 secara aggregat ke atas AC Milan.. (Arsenal menang aggregat 6-2 je.. Ahaha..) Dalam perlawanan sebelum ini United telah menang 3-2 di San Siro dan kecemerlangan itu diteruskan di Old Trafford. Memang terbaik la United.. Huhu..

Dalam pada itu nampaknya 2 bekas bintang United ; Ronaldo dan Beckham terpaksa mengadapi saat-saat yang menghampakan apabila pasukan mereka gagal layak ke pusingan seterusnya. Real walaupun membariskan barisan bintang dunia meneruskan rentak tempang dalam kejohanan Eropah apabila sekali lagi gagal layak ke suku akhir apabila tewas kepada Lyon menerusi aggregat 2-1. Bekham pula seperti diketahui juga gagal apabila pasukannya tewas kepada kelab yang pernah mengukir namanya suatu ketika dulu..

Selepas ini perlawanan liga menentang Fulham. Diharapkan United tidak tergelincir tatkala persaingan liga berada pada saat-saat yang genting seperti sekarang ini. Jangan jadi seperti minggu-minggu lalu apabila menang ke atas AC Milan di San Siro tewas pula kepada Everton..

Dalam kempen Liga-Liga Juara minggu depan sudah pastinya pertembungan antara Chelsea dan Inter akan menjadi tumpuan. Empat pasukan sudah layak ; Arsenal, Bayern. Lyon, dan United. Siapakah lagi empat pasukan yang bakal berentap di suku akhir..?Tunggu sajalah minggu hadapan...

p/s : 4-0 itu terlalu ''melampau'' buat Milan.... Welcome Home Becks..!! =)

4 comments:

  1. dengar khabarnya chelsex bakal di potong mata kerna menjalankan proses pembelian yg menyalahi undang2 tike beli wright philips dulu...
    konspirasi nak jatuhkan chelsex ke hape ?hahaha
    si gondol runi kian menjadi.30gol kini..

    ReplyDelete
  2. pakcu,
    Gile lame punyer cerita.. Wright Philips dah masuk City pun...

    Aku rase Rooney suke pakai kepala nak score.. =)

    ReplyDelete
  3. Sdra. Aku Reformasi,
    (komen saya ini dalam blog Pak Cu)
    Tahniah besar buat Lyon kerana meruntuhkan ego Real Madrid; buat Man U belum masa untuk diucapkan tahniah kerana AC milan hanya bermain separuh tenaga sahaja lalu sewajarnya Man U menang 4-0... itu biasa-biasa sahaja buat AC Milan.

    ReplyDelete
  4. Sdra RAR,
    Mungkin rase macam dah lame tak menang dengan Milan menyebabkan rase terlampau dengan jumlah 4 itu.. Hehe....

    ReplyDelete