Pengikut Blog Ini

Monday, February 8, 2010

Ku Sangkakan 3.. Rupanya 5... Nasib Baik Tak 6....


Seperti dijangka kedudukan liga berubah lagi.. Selepas 24 jam United menerajui liga kini Chelsea kembali memintas apabila menang 2-0 dengan Arsenal semalam. Secara jujurnya aku nak seri jer pada mulanya, tapi apabila melihatkan kedudukan dalam liga biarlah Arsenal menang.. United gak yang untung.. Ahaha..

Walaubagaimanapun agak malang apabila Arsenal kembali malang apabila tewas buat kali kedua berturut-turut dalam tempoh seminggu. Mula-mula dengan United.. Kemudian dengan Chelsea.. Apa pula ceritanya dengan Liverpool nanti.. Janganlah kalah... Menarik gak kalau tengok Liverpool tak dapat main kat Champions League musim depan.. Hehe..

Dalam perlawanan sebelum ini, seperti dijangka United mudah untuk menewaskan Porstmouth di Old Trafford.. Dalam entri sebelum ni aku hanya jangkakan 3-0.. Tetap ramalanku ini adalah salah sama sekali.. Rupanya 5-0.. Ahaha.. Dan lagi menarik 3 dari 5 gol tu gol sendiri.. Player Portsmouth dah tak dapat nak skor gol lawan, skor gol sendiri pun ok la kot.. Hehehe..

Perlawanan selepas ini menentang Aston Villa agak sedikit sukar aku fikir.. Tetapi memandangkan prestasi terkini United aku yakin mereka akan menang dalam perlawanan pertengahan minggu itu..

Glory.. Glory....

p/s : Prediction akan datang Aston Villa 0-2 Man United... =)


2 comments:

  1. Sdra. Akureformasi,
    Begitulah putaran hidup... yang pastinya persaingan sengit beginilah yang memanaskan persaingan barulah seronok ditatapi dan diikuti, perlu ada situasi begini melibatkan 2 atau 3 kelab bersaing dengan beza 2-3 mata setiap minggu. Lihat Liga Serie A Itali, beza mata pasukan pertama dan kedua hampir 7-8 mata.
    Pasti persaingan seterusnya antara Chelsea - Man U tetap dinikmati bersama; ramalan diri ini bahawa Liverpool akan ke Champions League 2010/2011 nanti... pasti!

    ReplyDelete
  2. gua dah up 5-0..tepat la pulak predict hehehe
    utk game di villa park.. villa 0 vs MU 2.
    runi gol sebijik :)
    he is realy on fire..

    ReplyDelete