Pengikut Blog Ini

Monday, June 15, 2009

Jalan Pintas Buat Yang Lemas...

Sejak akhir-akhir ini, isu kerajaan perpaduan menjadi topik hangat terutamanya di media-media yang menjadi lidah kepada kerajaan. Isu ini dimanipulasi sepenuhnya oleh media dalam usaha untuk melagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Sebabnya mudah, kerana Umno/BN melihat PR adalah sebuah pakatan yang kukuh dan semakin diterima rakyat.

Tajuk-tajuk berita seperti ''PAS Kuda Tunggangan DAP,PKR'' dan ''Pas Tunduk Kepada DAP'' dalam Utusan hari ini (15/6) seakan-akan sudah lali di dengar dan tajuk-tajuk seumpama ini akan terus digunakan secara giat bagi mengelirukan rakyat. (klik sini)

Ada satu perkara yang aku terfikir. Mengapa UMNO bersungguh-sungguh ingin membuat rundingan tentang kerajaan perpaduan dengan PAS? Pada pandangan aku, jawapan nya mudah. Hal ini kerana UMNO tahu mereka sudah berada di ambang kejatuhan dan idea kerajaan perpaduan ini adalah satu batu loncatan untuk survival politik mereka. Ini adalah pandangan aku mungkin ada yang bersetuju dan mungkin juga ada yang tidak bersetuju walaupun itulah hakikatnya.

Oleh sebab itu, aku amat bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz bahawa kerajaan perpaduan adalah tidak perlu kerana hanya akan memakan diri sendiri. Adalah lebih baik perkasakan Pakatan Rakyat dan mengukuhkan persefahaman dalam PR demi kesejahteraan rakyat.

Kenyataan oleh Shabery Chik bahawa PAS dan UMNO mempunyai persamaan adalah salah sama sekali. (lihat sini) Semua orang pun tahu PAS adalah berjuta kali lebih baik jika hendak dibandingkan dengan UMNO. Dan itu adalah fakta. Bukan pendapat.

p/s : UMNO makin terdesak....

4 comments:

  1. ermm...sewaktu gagah mereka tidak pernah ingat utk berpadu, dilanyak sampai lumat. Tiba saat dalam kelemahan baru nak berpadu ? khianat adalah darah daging mereka :(

    ReplyDelete
  2. Anonymous : Ape nak dikata.. Itulah yang sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. dulu Pas pernah jugak masuk BN
    tapi jadi bahan turutan BN sahaja..
    Pas pun keluar semula dr BN

    dan kini, UMNO nak gabung lagi dgn pas
    adakah pas akan setuju?
    tidak...

    ReplyDelete
  4. Amirul : Bukan tidak, tapi mustahil...

    ReplyDelete