Pengikut Blog Ini

Wednesday, June 10, 2009

Anda Wajib LULUS..!!!


Dah 2 minggu aku tak menulis. Malas + kekeringan idea. Otak beku. Cuti yang membuat aku hilang arah tuju. Hehe... Cukup sekadar intro...

Untuk entri pertama setelah 2 minggu ni aku nak kongsi pendapat aku pasal isu yang sedang nak hangat sekarang ni. Isu BI yang ingin dijadikan syarat lulus bagi SPM.. Secara AM nye aku BERSETUJU dengan cadangan yang dikemukakan.

Sungguhpun begitu, cadangan ini seharusnya diperhalusi bagi memastikan matlamat daripada cadangan tersebut berjaya dicapai. Secara totalnya penguasaan Bahasa Inggeris di kawasan luar bandar masih lagi jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan pencapaian dikawasan bandar.

Jika benarlah cadangan ini ingin diteruskan, aku berpendapat bahawa cadangan ini seharusnya tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa. Dalam masa terdekat ini cadangan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai satu subjek wajib lulus SPM hanya akan mengakibatkan ''kemusnahan'' kepada pelajar terutamanya di kawasan luar bandar.

Mungkin cadangan ini boleh dilaksanakan dalam tempoh 5 atau 7 tahun akan datang yakni penguasaan bahasa Inggeris terutamanya dikawasan luar bandar benar-benar kukuh dan pengukuhan itu seharusnya bermula daripada sekarang.

Janganlah menjadikan para pelajar ini sebagai mangsa keadaan. Bukan sahaja pelajar, malah guru-guru juga akan menerima tempiasnya jika cadangan ini dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Jangan nanti gred lulus direndahkan serendah-rendah nye untuk memastikan ramai pelajar lulus. Tak guna hanya menang kuantiti, tetapi kualiti hancur.

Oleh yang demikian, wajarlah diperincikan pelaksanaan ini kerana dalam jangka masa panjang pelaksanaan ini akan memberi manfaat kepada generasi akan datang jika dilaksanakan kelak. Dunia hari ini memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris untuk membolehkan negara terus bersaing di peringkat global.

Janganlah kita asyik membandingkan dengan Jepun dan Korea yang menggunakan bahasa ibunda mereka tetapi tetap juga maju dalam pelbagai bidang. Mentaliti rakyat mereka berada satu tahap lebih tinggi daripada tahap mentaliti rakyat Malaysia. Jadi adalah tidak adil untuk menyamakan tahap mentaliti rakyat Malaysia dengan rakyat di Jepun dan Korea. Bukanlah aku hendak merendahkan tahap mentaliti rakyat Malaysia dan mengagung-agungkan mereka, tetapi itulah hakikatnya yang harus kita sedari.

Semoga penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia dapat ditingkatkan dalam usaha melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi disamping meningkatkan tahap mentaliti rakyat Malaysia.

p/s : Tidak begitu gembira terhadap tahap penguasaan Bahasa Inggeris....

2 comments:

  1. payah2 sangat inggeris kan aje semua sekolah di malaysia mcm zaman british dulu. Dah ak sangat inggeris kan ? settle dulu PPSMI baru cerita hal nih !

    ReplyDelete
  2. setle kan dulu PPSMI, baru cerita hal nih. Problem lama x setle lagi mahu bikin problem baru.
    Perkasakan English dulu. Tambah waktu belajar. Maybe after 5-6 tahun baru la bleh kuatkuasakan..buat percubaan dulu. Kalau main redah je..ramai pulak anak melayu yg bijak pandai maths x layak masuk IPTA nanti. English bungkus !

    ReplyDelete