Pengikut Blog Ini
Sunday, April 19, 2009
Hipokritkah PKR...?
Tertarik dengan kenyataan Ibrahim Ali yang menyatakan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan Elizabeth Wong adalah satu tindakan yang hipokrit. (klik sini) Hipokrit ke? Pada pandangan aku sebagai penduduk (bukan rakyat) di Selangor ini, aku berpendapat bahawa tindakan kerajaan negeri itu adalah wajar.
Jika diteliti kembali kes tersebut, bukanlah kesalahan beliau (Elizabeth Wong) yang membawa kepada penyebaran gambar tersebut. Mungkin ada sesetengah pendapat yang kurang bersetuju dengan pendapat aku ini.
Pada hemat aku juga, aku berpendapat pengundi-pengundi di Bukit Lanjan masih dapat menerima Eli sebagai wakil rakyat mereka dan menjalankan tugasnya sebagai Exco malah mereka amat bersimpati kepada beliau yang seolah-olah teraniaya dek gambar-gambar tersebut.
Jika hendak dibandingkan dengan politik wang yang berleluasa berlaku dan secara sedar dengan seorang wanita yang dicerobohi hak privasinya tanpa sedar, orang yang manakah lebih tidak bermoral? Melaung-laungkan penghapusan politik wang tetapi masih diangkat seseorang yang terlibat dalam politik wang sebagai pemimpin. Sudah terang lagikan bersuluh. Siapa yang hipokrit sebenarnya? Itu yang menjadi tanya sekarang ini.
Tindakan ini merupakan satu tindakan yang pada aku tepat dan tidak akan menggugat kerajaan negeri. Ini bukanlah satu permasalahn moral tetapi satu jenayah dan Eli telah menjadi mangsanya.
Kepada yang mengkritik, fikir-fikirkan kembali...
p/s : Bersimpati dengan Eli..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
seorang teman seperjuangan ada btau yang sepatutnya TV3 mnta maaf kat Eli..sebab apa???Zakiah Anas lagi dahsyat..posing maut atas meja solek kat Genting..Hotel..tah get ready nak main dgn sapa tah..Islam tu..Eli ni bukan Islam..xde konsep dosa pahala..
ReplyDeleteBiasa la tu.. Kalau melibatkan pemimpin PR cepat je. Ade tu bukan salah diorang pun. Contohnya macam kes Eli ni la.. Hurm...
ReplyDelete