Pengikut Blog Ini
Friday, April 24, 2009
Cerita Lawak : PPP Pula Bersuara.
Haha... Nak tergelak bila aku membaca kenyataan daripada Parti Progresif Rakyat (PPP) ni. Mereka mencadangkan kepada SPR agar melantik calon yang mendapat undi kedua terbanyak dalam pilihan raya sebagai wakil rakyat sekiranya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang menang di kawasan itu meletak jawatan. (boleh klik sini kalau nak baca cerita lawak nih..)
Pada pandangan aku yang naif ini aku berpendapat ada dua perkara lawak disini. Yang pertama ialah aku lihat SPR seolah-olah tidak lagi menjadi sebuah badan bebas tetapi sebagai satu unit dibawah BN. Dan cerita lawak yang kedua sudah tentulah tentang kenyataan PPP ini. Tapi disini aku nak fokus cerita lawak yang kedua sebab yang pertama tu semua orang pun tahu..
Kenapa perlu dicemari sistem demokrasi di negara ini? Pada aku cadangan PPP ini seolah-olah menggambarkan mereka menolak sistem demokrasi yang ada. Mengapa tidak sejak dulu lagi dibangkitkan ''cerita-cerita lawak'' ini?
Kalau dulu, BN adalah sebuah parti yang paling gembira jika terdapatnya kerusi Pembangkang yang di kosongkan. Kata mereka, inilah masanya untuk merampas kembali kerusi tersebut. Mereka sanggup berhabisan. Tidak timbul isu pembaziran dan sebagainya. Baru hari inilah kita dengar keyataan yang mengatakan PRK itu membazir.
Kenyataan PPP ini juga aku lihat sebagai ''pengecut'' kerana tidak berani untuk bertanding merebut kawasan sebaliknya hanya mengambil calon yang sedia ada dan kalah di kerusi tersebut.
Kalau takut just say it. Tak perlulah nak berdolak-dalik dengan pelbagai alasan dan cadangan yang tak munasabah langsung. Kepada BN janganlah malu untuk mengakui kelemahan. Dan bagi pihak PR pula, kita baru sahaja bermula. Teruskan agenda bersama rakyat. Biarkanlah BN dengan rentaknya.
p/s : Aku rasa BN tetap akan lawan di Penanti. Kata-kata Najib hanya retorik semata-mata untuk mengalih tumpuan PR daripada bersedia... Ayuh bersedia untuk rakyat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Itulah padahnya bila dah sudah hilang keyakinan.
ReplyDeletePPP ni parti yang sangat pengecut. Mula-mula dia ugut Pak Lah kononnya kalau ISA tidak dihapuskan PPP akan keluar dar BN.
Pak Lah persilakan PPP keluar dari BN kerana sekali-kali BN tidak akan hapuskan ISA. Mengecut tikus PPP dan lepas tu terus tak sebut-sebut dah ugutan nak keluar BN.
Sebab itu kini beribu ahli PPP di Kedah keluar dari parti itu dan menyertai PKR.
Apelah pulak kata SPR dengan cadangan mengarut PPP ni... Tak kan cakap akan kaji jugak kot...
ReplyDeleteaku tak tau pulak yang kau dah pindah ke blog ni..
ReplyDeleteawat tak cakap awal2?
anyway...
sudah pasti BN akan bertanding...
kata2 najib tu cuma nak memesong perhatian pihak lawan barang kali...
PPP dah kalah...
diorang saje je timbulkan isu ni supaya orang tak lupa kat parti tu...
dah kalah tu senyap je la kan?
hahahaha...
Amirul : Hehe... dah nak sebulan dah usia blog ni..
ReplyDeleteTaktik memesongkan perhatian.. Transformasi la tu kononnya.. Haha...
Betul..Betul..Betul.. Dah kalah duduk senyap2 sudah...