Pengikut Blog Ini

Thursday, July 28, 2011

Warkah Buat Sang Harimau Malaya....


Seluruh Malaysia akan bergegar.. Seluruh Malaysia akan bergetar.. Seluruh Malaysia akan terus membakar..Ayuh Harimau Malaya.. Bangkit daripada terluka.. Bangkit daripada terlena.. Baham Sang Singa Tua..Hapuskan ego Sang Singa Tua.. Malaysia pasti berjaya....


Seluruh Malaysia menanti.. Untuk melihat kita di segani... Bila lagi..? Inilah masanya.. Mari buktikan..! Malaysia lebih kuat..! Malaysia lebih hebat..! Malaysia lebih berbahaya..! Malaysia lebih berbisa..! Jangan hanya menang sorak.. Kami seluruh penyokong sentiasa berada di belakang.. Mohon Harimau Malaya merebut peluang.. Hidangan sudah tersedia.. Apa lagi mulakan kerja..!

Bangkit..! Bangkit..! Bangkit..! Kita harus bangkit..! Pusingan ketiga untuk kita.. Bukan buat Sang Singa Tua.. Sebelum melangkah Sang Singa Tua ini harus dihantar ke tempat asalnya. Biar egonya lebur menjadi sisa..!

SELAMAT MAJU JAYA buat HARIMAU MALAYA..!!

p/s : Jauh Dimata Dekat Di Hati... Tak pergi stadium Tengok kat tv...

Wednesday, July 27, 2011

PRU-13 Dah Dekat Wei... Dah Daftar Ngundi Belum..??

Baik korang dengar cakap bos korang.. Hahaha... Rase lawak pun ada.. Rasa kesian pun ada.. Kahkahkah.. Pusing-pusing dekat surat khabar mainstream ni, aku terbaca satu statement "Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta bekerja lebih keras dan menemui rakyat sekerap mungkin untuk menerangkan projek pembangunan yang dilakukan kerajaan seolah-olah pilihan raya akan diadakan hujung minggu ini" Ape da.. Selama ni korang tak pernah jumpa rakyat ker sampai nak kena mintak suruh jumpa dengan rakyat..? Kahkahkah.. Jangan ada yang salah paham pulak.. Ini kenyataan perli.. Kang ade pulak yang bodoh piang kate aku fitnah cakap wakil rakyat tak pernah jumpa rakyat.. Hahaha... 

Tak pe la.. Sekurang-kurangnya korang diingatkan agar tidak duk senang-lenang lagi. PRU-13 sudah semakin hampir. Hanya tunggu saat dan ketikanya saje.. Kadang-kadang aku terfikir, adakah rakyat hanya mahu projek pembangunan semata-mata.? Dah lebih 50 tahun ni pun masih ada tempat yang bekalan air dan elektrik tidak dapat disalurkan. Masih ada yang duk merempat tiada tempat tinggal. Kat tempat aku ni, kalau nak tengok tv nak kena pasang Astro. Kalau takde Astro HARAM tak de siaran. Kalau dapat pun siaran TV1, TV2, NTV7.. Tu pun nak kena pasang aerial tinggi macam KLCC baru dapat. Ish.. tak paham la aku..

 Kartun SpongeBob lagi Best.!!
Kerajaan harus ingat bahawa material semata-mata tidak akan menjamin mereka mendapat undi dengan mudah. Tabur duit orang undi.. Tabur duit orang undi... Kalau dulu boleh la.. Sekarang dah tak valid lagi dah.. Pada pandangan aku, golongan muda hari ini lebih cenderung untuk tidak menyokong kerajaan yang sedia ada.. Golongan muda hari ini tidak tertumpu kepada media yang sedia ada saje.. Banyak lagi media alternatif yang boleh memberi maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara disebalik maklumat-maklumat mengampu Barisan Nasional yang bersepah dekat tv tu.. Aku sekarang ni pun dah malas nak tengok berita kat tv tu.. Elok-elok tak muntah, boleh keluar muntah kuning kalau tengok.. Baik aku tengok SpongeBob.. Haha..!

Sudah-sudah la nak sogok rakyat dengan kebendaan dan material. Itu dah jadi tanggungjawab kerajaan nak kena bagi.. Itu pun masih ada yang belum terlaksana.. Boleh jalan la dengan projek mee segera tu.. Korang bagi,, kita ambik.. Korang suruh undi, kitorang pikir balik... Bukan senang-senang nak dapat undi kitorang..
Kadang-kadang bila aku cakap macam ni, ada la suara-suara pencacai yang cakap, sedar la diri tu sikit, blaja pun kerajaan tanggung.. Ko kerja pun dengan kerajaan.. So what kalau kerajaan tanggung..? Asal kerajaan tanggung kena undi kerajaan..? Ikut suka aku la nak kan... Hahaha..! Ade jugak yang kata kita ni tak bersyukur dengan apa yang kerajaan bagi sampai nak go against the BN-government. Haha.. Wei, rezeki tu Allah yang turunkan.. Bukan kerajaan-BN yang turunkan..Sedarlah sikit.!

Dah la.. penat pulak aku membebel dalam entri kali ni.. Kepada anak muda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, baik pergi daftar sekarang sebelum terlambat... Korang nak ke tengok negara ni makin musnah dek kerakusan pemimpin sekarang..? Pikir la sendiri yer..

p/s : Tetiba emo sket dalam entri kali ni.. Ahaha... Petikan tu aku petik dekat Berita Harian Online...

Monday, July 25, 2011

Malaysia Bukan Kalah... Cuma Tak Menang....

Malaysia tidak kalah. Ini pandangan aku la kan.. Walaupun di atas kertas Singapore 5-3 Malaysia, bagi aku itu bukanlah sesuatu yang sangat teruk. 3 gol di tempat lawan sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada kem Malaysia. Dengan lawan yang mempunyai kelebihan 2 gol, Malaysia hanya perlu menang 2-0 sahaja di Bukit Jalil, dan kita akan layak ke pusingan yang seterusnya menerusi peraturan gol di tempat lawan. Nak dapat 2 gol aku rasa bukanlah suatu yang sukar buat penyerang Malaysia. Tetapi adakah barisan pertahanan mampu untuk tidak melepaskan sebarang gol..? Itu yang menjadi persoalannya sekarang. Gol-gol mudah yang dilepaskan di Singapore seharusnya dielakkan. Tapi aku rasa ni bukan harus lagi dah. Ni dah jadi wajib untuk tidak melepaskan gol-gol "cap ayam" macam tu.

Disebalik jaringan pantas oleh Safee Sali dalam perlawanan tersebut, pemain Malaysia seolah-olah kehilangan fokus sehingga lawan mampu menjaring 4 gol selepas itu. Episod malang negara bertambah apabila kapten Malaysia, Safiq Rahim di arah keluar padang akibat terjahan keras yang aku rasa tidaklah disengajakan. Tapi memang pedih gak la kena "terajang" tu.. Singapore yang juga kehilangan pemain selepas itu agak sukar mengawal permainan sehinggalah Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol pantas untuk merapatkan kedudukan. Nah, dah nak minit-minit akhir, orang tua No.9 tu plak score lagi sebijik.. Aku dah kata, orang tua tu memang power. Turning mantap. Kantoi defender yang muda nih.. 

 Hadoi... Berbalik kepada perkara pokok aku lihat para pemain tidak begitu selesa apabila beraksi di atas padang sintetik seperti di Stadium Jalan Besar tu. Bukan sahaja pemain Malaysia malah pemain Singapore juga menghadapi permasalahan yang serupa. Ini pada pandangan mata kasar aku la yang duk menonton kat tv di rumah. Situasi sebenarnya takde la aku nak pergi tanya sorang-sorang player tu kan. Haha.. Pergerakan bola yang laju menyebabkan para pemain sukar untuk mengawal bola. Aku tengok kat tv pun macam tak feel. Rasa tak best sebab bola pergi laju sangat. Kalau pergi laju dapat control tak pe.. Ini asyik terlepas jer..

Walauapapun, masih ada 90 minit lagi masa permainan tidak termasuk masa kecederaan ataupun masa tambahan kalau ada. Harap-harap takde la. Biar main 90 minit terus Malaysia qualify next round. Kan senang. Wakaka.. Moga-moga player Malaysia lebih menyerlah apabila bermain di Bukit Jalil nanti. Jangan bikin malu lagi kalah dengan Singapore. Kita juara ASEAN beb.. Walaupun kebanyakan player Singapore tu tak de la ASEAN pun.. Ahaha..

Goodluck and All The Best to Harimau Malaya.. 

p/s : Orang Tua No. 9 tu memang power la.. Defend, BEWARE of this Orang Tua.... Keeper Singapore bernasib baik tak kena berhadapan dengan free kick Safiq Rahim...

Friday, July 22, 2011

Chelsea : Hanya Satu Jer Yang Mampu..? Malaysia Memang Gempak.. Kahkahkah..

Arsenal 4, Liverpool 6.. Time Chelsea 1 jer..? Haha.. Itu antara status FB member aku tentang match Malaysia - Chelsea semalam. Kahkahkah.. Bangga siot sebagai rakyat Malaysia.. Hehehe... Sape-sape yang pakai jersi Chelsea semalam keluar stadium kena cabut baju la.. Sebijik yang gol tu pun aku rasa tak macam gol. Malu dowh.. Kahkahkah.. Pujian untuk Farizal Marlias. Beberapa cubaan yang boleh disifatkan berbahaya berjaya diselamatkan. Ada striker termahal pun tak guna. Hahaha...
Gol yang aku rasa tak macam gol...

Mungkin Farizal mempunyai misi tersendiri untuk membuktikan kemampuannya di peringkat antarabangsa selepas  disisihkan daripada skuad kebangsaan. Mungkin dia suka lawan dengan team EPL kot.. Kalau masih ingat sewaktu Malaysia menentang United dulu, Farizal juga berkasi cemerlang. Kali ini menentang Chelsea. Juga cemerlang. Selain Farizal, tonggak pertahanan seperti S.Subramaniam juga patut diberi pujian apabila beberapa kali mengekang penyerang-penyerang Chelsea termasuk penyerang yang paling mahal tu daripada menghasilkan gol. Memang terbaik. Lain-lain pemain senior aku lihat macam tak berfungsi sangat. Bagus lagi budak-budak Olimpik ni main. Nampak kemas dan fokus terhadap permainan.

Selepas ini pemain skuad Olimpik akan ke Slovakia untuk latihan intensif selama sebulan di sana. Lawan pertama dalam kelayakan Olimpik peringkat kumpulan adalah Jepun. Sebuah pasukan yang telah diketahui akan kehebatannya. Walauapapun skuad Harimau Muda ini tidak seharusnya gentar dan terlalu menghormati lawan. Karekter seperti ini sedikit sebanyak telah ditonjolkan oleh pemain Harimau Muda sewaktu menentang Chelsea semalam. Tackel-tackel berani yang dibuat apabila berhadapan dengan pemain bertaraf dunia ini seharusnya di puji kerana ini akan meningkatkan lagi keyakinan mereka dalam menghadapi perlawanan-perlawanan yang besar.

Untuk game semalam aku tidaklah mengharap untuk Malaysia menang. Tetapi sekurang-kurangnya dapat mengekang asakan lawan dan memberi cabaran kepada benteng pertahanan lawan. Dan aku dapat lihat itu apabila Malaysia hampir menyamakan kedudukan namun pengalaman yang kurang menyebabkan pemain agak gugup apabila berhadapan dengan penjaga gol lawan. Kalau Safee Sali yang one on one tu, aku rase dah gol kot.. Hehe.. Tapi takpe la.. 1 gol ni pun dah cukup memalukan buat pasukan Chelsea tatkala dua lagi pencabar EPL yang hadir berpesta gol di Bukit Jalil.

Apa-apa pun tamat lah sudah siri jelajah pasukan EPL menentang pasukan Malaysia tahun ini. Mungkinkah akan ada lagi tahun hadapan? Aku pasti tahun hadapan akan ada lagi perlawanan seumpama ini diadakan.. Cuba la try bawak kelab lain pulak.. Barcelona ker.. Real Madrid ker... AC Milan ker.. Tak pun Juventus.. Nak gak tengok Buffon boleh save ke tak free kick Safiq Rahim.. Nak gak tengok Farizal boleh save ke tak free kick Ronaldo.. Kihkihkih..

Congratz Malaysia... All The Best in World Cup and Olimpic Qualification.... We behind You..

p/s : Defend Malaysia Gempak atau Striker Chelsea yang Bodo..? Kahkahkah..!

Wednesday, July 20, 2011

Sape Nak Jadi Legend..? Tiru Macam Mamat Ni.. Kihkihkih..

Huyoo..!! Bangga siot kalau orang kata kita legend..! Lagi-lagi kalau orang yang kata kau legend tu memang seorang yang terkenal di seluruh dunia bola sepak. Kalau Pak Berahim yang kata kau legend tak payah la.. Kahkahkah.. Jalan-jalan pusing Berita Hairan bahagian sukan aku terbaca tentang ni.. Memang bangga la aku kalau jadi mamat tu.. Bole letak status kat Facebook "Rooney kata AKU LEGEND.. Korang Ada..?" Kihkihkih..

Dipetik daripada Berita Harian Online

BINTANG sensasi Manchester United, Wayne Rooney menghambur kata-kata pujian ke atas seorang peminat Malaysia yang berani memakai jersi skuad Red Devils itu ketika menyaksikan sesi latihan Liverpool sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.


Jersi Manchester United yang dipakai pemuda itu kemudian ditanggalkan oleh penyokong Liverpool di depan sekumpulan orang ramai yang menjerit “Buka! Buka!” sebelum memaksanya memakai jersi Liverpool. Namun, pemuda itu enggan dan hanya duduk dengan tidak berbaju sebelum di bawa keluar.

p/s : Sape-sape nak jadi legend macam mamat tu pakai jersi yang ada nama Rooney tu masa training Chelsea plak.. Kihkihkih... Glory Glory Man United..!!