Pengikut Blog Ini

Friday, July 15, 2011

Mari Pakai Baju Kuning Esok..!! Hidup Malaysia..!!

Kenapa sekarang ada umat manusia takut warna kuning? Kenapa baru sekarang nak takut warna kuning? Sampai Persatuan Kanser Malaysia yang nak buat larian amal pun dah sound awal-awal kepada mereka yang fobia dengan kuning ni jangan nak politikkan warna kuning. Apa salah kuning? Kesian kuning.. Kihkihkih..

Aku dengan berbesar hati ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong warna kuning. Takkan asyik nak sokong merah je. Hari tu aku tengok kat tv ramai yang pakai baju merah. Yang pakai baju kuning takde la seramai si baju merah. Tapi bagus jugak la sebab walaupun berbaju merah tapi still sokong yang berbaju kuning. Ada tu sokong dua-dua sekali.. Mane satu da.. Ahaha.. Kesian jugak melihat si baju kuning bile tengok ramai yang berbaju merah dan bukannya kuning. Sedangkan mereka di tanah air sendiri.. Huhu..

Jadi pastikan esok tidak lagi menjadi seperti hari yang sebelumnya bila mana si baju merah mengatasi si baju kuning. Si baju kuning mesti menang. Menang sorak pun sudah oke daripada tak menang apa-apa.. Jangan lupe untuk memakai baju kuning esok kerana sokongan anda semua akan dapat membangkitkan semangat mereka untuk berjuang menentang si merah di Bukit Jalil esok..! Ayuh bangkit HARIMAU MALAYA..!!

p/s : Kuning tetap di hati.. Merah tetap di kaki.....

2 comments: