Pengikut Blog Ini

Thursday, September 16, 2010

16 September : Tertubuhnya Negara Malaysia


Selamat Hari Malaysia yang ke-47. Kalau tak salah aku ini adalah kali kedua Hari Malaysia merupakan cuti umum. Kalau aku tak salah la. Kalau tersalah mohon dibetulkan. Uhuhu..

Apa-apa pun aku mendoakan agar Malaysia sentiasa selamat dan bebas daripada cengkaman anasir-anasir jahat. Walaupun sekarang ni dah tak berapa selamat, sekurang-kurangnya kita masih boleh lagi bergerak bebas untuk kemana-mana sahaja.

Andai kata nikmat itu ditarik kelak, tak tahulah aku nak cakap ape. Dalam tempoh 47 tahun penubuhan Malaysia ni macam-macam dah perkara yang berlaku. Malaysia yang pada asalnya terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura kini hanya tinggal Sabah dan Sarawak bersama-sama Tanah Melayu masih berada dalam Malaysia. Singapura sudah lama keluar daripada Malaysia.

Kepada seluruh rakyat Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, selamat bercuti dan hayatilah Hari Malaysia ini. Semoga Malaysia terus maju dari segi aspek sosial dan ekonomi. Aku pun tak tau nak cakap apa lagi. Sampai disini saja. Jumpa lagi di entri yang akan datang. Daa~~

p/s : Sambutlah sesuatu perayaan itu dengan berpada-pada... =)

No comments:

Post a Comment