Pengikut Blog Ini

Thursday, April 8, 2010

Tumbangnya Sang Gergasi.....


Misi gagal.. Walaupun bermain dengan cemerlang United gagal untuk ke separuh akhir setelah tewas dengan peraturan gol di tempat lawan kepada Bayern dalam pertembungan CL pagi tadi..

Pada pandangan aku, perlawanan pagi tadi jauh lebih baik jika dibandingkan dengan aksi pertama di Allianz Arena dan sewaktu perlawanan menentang Chelsea minggu lalu.. Mungkin United tidak begitu bertuah kali ini apabila terkandas di suku akhir walaupun menang di Old Trafford..

United juga tidak begitu bertuah apabila Rafael di hantar keluar oleh pengadil setelah kekasaran yang aku sifatkan sebagai "kebudak-budakan" walaupun menampilkan aksi terpuji pada separuh masa pertama..

Hanya tinggal kejuaraan liga untuk United musim ini selepas tercicir daripada persaingan Piala FA dan CL.. Sebelum ini United telah pun memenangi piala ''kecil" iaitu Piala Liga. Setidak-tidaknya musim ini tidak lah berakhir dengan tangan kosong..

Apa-apa pun tahniah buat pasukan yang layak ke separuh akhir CL.. Walaupun tewas aku puas kerana United bermain dengan baik.. Cuma tuah yang tidak begitu menyebelahi...

All the best for United...

p/s : Gol pemusnah dari Robben tu memang cun walaupun "sakit" aku tengok....

2 comments:

  1. Sdra. Aku Reformasi,
    Bersabar..., hati ini tetap berbunga riang atas kemenangan (lalu tersingkir) pasukan merah itu, yang tidak gemarnya Pak Alex itu tetap salahkan pengadil... elok sahaja beliau dirujuk kepada 'jawatankuasa hak dan keistimewaan'... Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Sdra RAR,
    Ehehe... Tp memang 2nd yellow card tu mcm x patut je... Yg first tu memang patut la..

    ReplyDelete