Pengikut Blog Ini

Sunday, February 21, 2010

Malam Suram Buat United...


Minggu yang sedikit malang buat United. Setelah berjaya menewaskan AC Milan dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu United kembali dalam persaingan liga dengan langkah kiri. Mana tidaknya, mereka tewas buat kali ke-6 musim ini di tangan Everton-kelab kelahiran Rooney dengan jaringan 3-1. Sebelum perlawanan ini, United seri dengan Villa-satu perkembangan yang kurang baik buat United dalam perebutan takhta kejuaraan. Kemenangan Everton ini aku lihat sebagai satu detik kebangkitan buat Everton setelah sebelum itu menewaskan Chelsea - satu lagi pencabar kejuaraan di gelanggang yang sama.

Selepas jaringan Berbatov aku lihat United tidak begitu berdaya untuk menahan serangan Everton yang kelihatan menguasai keseluruhan permainan. Tambah malang lagi apabila pencabar terdekat Chelsea kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Wolverhampton 2-0 di gelanggang lawan. Begitu juga dengan Arsenal yang menang ke atas Sunderland dengan jaringan serupa.

Nampaknya United perlu kembali ke landasan kemenangan untuk merapatkan kembali jurang 4 mata dengan Chelsea dan menjauhkan kembali jarak mata dengan Arsenal yang kini berbaki 2 mata selepas perlawanan malam semalam.

Perlawanan selepas ini, United melawan West Ham di Old Trafford diharap dapat mengembalikan kembali momentum kemenangan yang sedikit terjejas setelah kekalahan malam tadi. Walaupun kecewa, aku masih menaruh keyakinan bahawa United mempunyai ramuan yang cukup untuk bergelar juara liga musim ini...

P/s : Prediction perlawanan semalam gagal.. Untuk perlawanan akan datang aku predict 3-0..

No comments:

Post a Comment