Pengikut Blog Ini

Tuesday, October 27, 2009

Rumah Tangga Siapa Kukuh, Rumah Tangga Siapa Rapuh?


Nampaknya sudah ade orang mula menyombong diri. Atau dengan istilah lain nye meninggi diri. Yang selalu nampak masalah rumah tangga orang lain.. Sampai terlupa masalah rumah tangga sendiri. Hehe.. Tapi masalah rumah tangga siapa yang nampak sampaikan rumah tangga sendiri terlupa? Atau hanya buat-buat lupa?

Kata Muhyiddin, kerjasama dalam Pakatan Rakyat jelas tidak mantap sehingga menimbulkan pelbagai masalah dan isu di setiap negeri yang mereka kuasai. Jelas Muhyiddin lagi, beliau bimbang pembangunan yang dibawa oleh BN di negeri-negeri yang sebelumnya dikuasai BN akan musnah dibawah pimpinan PR. Satu je aku nak komen kat sini, jangan lah kita terlalu membangga diri dengan pembangunan yang telah dibawa. Teruk sangatkah PR memerintah? Adakah tiada sebarang masalah dalam pentadbiran kerajaan BN di negeri-negeri yang dikuasainya? Janganlah kerana berbeza haluan yang jernih pun dikeruhkan...

Aku tidak hairan jika timbul sedikit permasalahan dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh PR. Biasalah tu. Sudah setengah abad menjadi pembangkang memanglah kekok sedikit apabila menjadi kerajaan yang mentadbir. Yang hairan kalau setengah abad memerintah tapi masih bermasalah. Contoh paling mudah Pahang la. Siapa yang perintah? Dah berape lame mereka mentadbir negeri? Tapi still bermasalah. Itu yang patut dihairankan..

Masalah kepercayaan yang dibangkitkan juga sebenarnya berlaku dalam BN.. Paling mudah dan masih segar lagi adalah permasalahan dalam MCA. Berape lame dah MCA wujud dan menjadi sebahagian kerajaan? Still lagi ada masalah. Sampai sekarang Ong Tee Keat duk pegang jawatan Presiden MCA walaupun dalam EGM yang lepas telah meluluskan undi tidak percaya kepada beliau. Ini belum lagi cerita kisah Gerakan. Sampai sekarang aku tak nampak apa-apa tindakan lagi terhadap perebutan kuasa dalam Gerakan.

Kesimpulannya, sama ada BN atau pun PR masing-masing ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. BN jangan lah hanya nampak kelemahan lawannya saje. Kelemahan parti sendiri juga harus direnung-renungkan. Begitu juga PR. Selesaikan konflik yang membelit agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Mengkritik itu bagus. Tapi pastikan kritikan itu membina dan bukan menjatuhkan antara satu sama lain.

p/s : Nak bicara rumah tangga orang, rumah tangga sendiri biar kukuh dulu.. Kalau setakat diluar nampak kukuh tetapi didalam rapuh. Baik tak payah... (Ucapan ini khas buat kedua-dua belah pihak ; BN dan Pakatan Rakyat)

No comments:

Post a Comment