Semua orang sibuk bicara... Ade gembira.. Ada yang duka... Dan ada juga yang tiada perasaan.. Menangnya Isa Samad di Bagan Pinang di sambut dengan sorak sorai umpama sudah berkurun lamanya tidak menikmati kemenangan... Selepas 7 PRK Barisan Nasional pulang awal... Kali ini giliran PR pula untuk pulang awal setelah kekalahan calon mereka di Bagan Pinang. Angka 8 yang diharapkan tetapi yang menjelma angka 2..
Itulah politik... Ada pasang surutnya.. Ada naik turunnya... Ada panas sejuknya... Pada pandangan aku BN menang di Bagan Pinang atas faktor calon... Bukan faktor parti. Mungkin pengundi Bagan Pinang masih menerima aura Isa Samad di tempat mereka walaupun beliau ni pernah dijatuhkan kesalahan politik wang atau dalam bahasa standardnye rasuah dalam pemilihan agung UMNO. Jadi tak perlulah UMNO begitu mendabik dada bahawa mereka sudah kembali kuat.. Aku rase kalau Isa Samad ni jadi calon BEBAS pun bole menang kalau lawan BN di Bagan Pinang.. Hehe..
Kepada PR, aku berasakan ini adalah detik terbaik mereka untuk merapatkan saf kepimpinan dan mengukuhkan pakatan antara parti. Bagus juga PR kalah kali ini.. Setidak-tidaknya mereka akan lebih berusaha untuk terus maju dalam menyampaikan agenda mereka kepada rakyat. Pada aku PAS tidak kalah.. Cuma mereka gagal sahaja dalam merampas Bagan Pinang daripada BN.. Terima kasih kepada 2578 pengundi yang mengundi untuk perubahan di Bagan Pinang.. Tetapi apakan daya undi itu masih belum lagi mencukupi untuk mengalahkan calon pengamal politik wang....
Tahniah buat Isa Samad.. Mungkin selepas ni ada cadangan untuk ambil balik kerusi MB Negeri Sembilan.? Kita tengok sajalah babak seterusnya dalam drama politik terhebat masa kini.. Atau mungkin juga BN sudah bersedia untuk bubarkan DUN Perak? Maklumlah... UMNO/BN kan sudah kuat.... Nak takut apa kan... Untung sabut timbul... Untung batu tenggelam...
p/s : Jangan lepas ni makin ramai main politik wang @ rasuah sudah la yek... Maklumlah.. Nak ikut role model.... =p
kot-kot, guna politik wang nak menang kat bagan pinang?
ReplyDeletewho's know? lighting may strike twice...
telah diakui dlm undang2 UMNO, Isa, itu rasuah orangnya,dia tidak layak utk bertanding utk jawatan dlm umno (tp layak bertanding utk jd ADUN ) . Apa itu rasuah ? Bg org lain duit, supaya undi dia menang dlm pemilihan. Bermoralkah perbuatan ini ? Semua org tahu ia perbuatan terkutuk. Tapi UMNo bukan peduli ini semua. Kotor atau bernajis sekalipun asalkan menang !
ReplyDeleteTak layak bertanding utk jwtn dlm UMNO tp layak bertanding utk jd ADUN, apa maknanya ni ? Maknanya Dlm UMNO Tan Sri Isa adalah insan bersalah, tak layak bertanding tetapi di luar UMNO dia suci..( ibarat UMNO adalah dunia lain, Bagan Pianang adalah dunia lain )
entahlah...kalah menang aku tak peduli, tp semakin hari UMNO telah meletakkan parti mereka dlm kejijikan, bila nak berubah ? Jika terus begini lambat laun kalian akan ditolak rakyat dlm PR Umum nanti. Tiada kerajaan yg kekal, apatah lagi kerajaan yg mengangkat/menjulang insan yg korupsi utk dijadikan pemimpin. Untuk UMNO, berubahlah demi agama bangsa dan negara.
Amirul,
ReplyDeleteMatlamat menghalalkan cara.. Harap2 tiada lah perkara seumpamanya berlaku di Bagan Pinang...
Pakcu,
Mungkin ade hikmah PR kalah kali ini..
Sdra.,
ReplyDeleteTahniah kecil buat pemenang. Kali ini selayaknya UBN menang juga selayaknya pihak PR harus terima hakikat positif untuk mengukuhkan ikatan serta menyusun strategi yang rapi ke arah perjuangan di hadapan yang masih lagi berliku. Biarkan UBN berpesta besar untuk meraikan kemenangan ini, ya... selayaknya beraya besar tapi PR kena undur setapak dahulu untuk melangkah lima tapak ke hadapan lagi. Ada hikmah kemenangan UBN dan kekalahan PR, mungkin akan ada kejutan besar (positif dan negatif) yang bakal memihak kepada UBN dan PR, diharap kejutan besar positif sifatnya kepada PR!
Sdara,
ReplyDeleteSama-sama kita nantikan kejutan besar yang positif itu...