Pengikut Blog Ini
Wednesday, September 16, 2009
Siapa Yang Sesat.....?
Nampaknya ada orang yang sudah tidak keruan hidupnya... Rasa malu mungkin.... Atau terasa diri ini sangat-sangat ditolak... Hingga tersungkur rasanya.... Itulah hakikat UMNO hari ini.. Sudahlah jatuh ditimpa tangga, tiada pula orang yang nak alih tangga tu.. Terduduklah sang pemimpin dihimpit sang tangga... Tapi mengapa begitu lakunya..? UMNO kan gagah.. UMNO kan kuat... UMNO kan berpengaruh.... Semuanya adalah kerana orang Melayu itu sendiri yang merupakan tunjang hidup untuk UMNO..
Mengapa aku cakap macam tu? Sebabnya mudah, orang melayu kini lebih terbuka mindanya.. Tidak lagi terjajah oleh bentuk pemikiran UMNO yang sentiasa memainkan pelbagai isu perkauman.. Penglibatan orang Melayu dalam DAP sebenarnya telah memberikan tamparan yang hebat kepada UMNO dan bukannya PAS seperti mana yang digambarkan oleh Ketua Penerangan UMNO iaitu Ahmad Maslan.
Ahmad juga menyifatkan kemasukan orang Melayu kedalam parti DAP sebagai "sesat" dalam berpolitik dan sepatutnya kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO. Alahai... Janganlah kerana tidak menyokong UMNO terus dikatakan sesat.. Pada aku tidak kiralah menyertai parti mana sekali pun yang penting seseorang individu itu boleh menerima asas perjuangan parti yang disertai.. Kalau bersetuju dengan agenda yang dibawa oleh Barisan Nasional, masuk sajalah UMNO. Dan jika bersetuju dengan agenda Pakatan Rakyat masuk sajalah mana-mana parti sama ada PAS, PKR atau pun DAP.. Semuanya boleh.. Orang bukan Islam juga boleh bersama-sama dalam PAS.
Sebenarnya, penyertaan orang Melayu dalam DAP ini sudah lama. Dan sudah ada pun orang Melayu yang menjadi calon Pilihan Raya dan bertanding bawah tiket DAP.. Cuma baru sekarang penyertaan orang Melayu dalam DAP dipromosikan... Pegangan aku satu je.. Sokonglah mana-mana kau nak sokong.. Ini negara demokrasi.. Jangan terlalu sempit pemikiran itu dengan kata kalau sokong DAP itu akan melemahkan orang Melayu.. Dan kalau sokong UMNO itu suka rasuah.. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.. Sokonglah sajalah UMNO jika masih bersetuju dengan UMNO.. Dan sokonglah PR jika mahu melihat perubahan baru...
Bak kata Najib : 1 MALAYSIA...
p/s : Jangan cepat menilai seseorang... Tidak kiralah PR mahupun BN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sdra.,
ReplyDeleteSiapakah yang sesat, buat-buat sesat atau 'sesak fikirannya' dengan sokongan (menurun dan meningkat) terhadap sesebuah parti politik? Apakah dengan tidak menyertai UBN maka seseorang itu sesat...? apakah tidak menyokong fahaman UBN maka seseorang itu dilabel pula sesat fahaman agamanya suatu hari nanti?
Ini negara demokrasi bebas memilih fahaman politik masing-masing, kalau tidak mahu rakyat sesat kerana tidak menyokong fahaman UBN maka wujudkan sahaja satu parti sahaja berfahaman UBN semata-mata cukup... mudah, selesai banyak masalah!
Terimalah hakikat bahawa rakyat semakin cerdik walaupun 'sering dibodohkan' dalam pelbagai hal dan propaganda isu...
Sdra,
ReplyDeleteMakin ramai la orang yang sesat sekarang ni...
"sokonglah PR jika mahu melihat perubahan baru" ???? apa yang berubah???
ReplyDelete